PENGIKUT

Thursday

MUNGKINKAH

petang-petang dah berjiwang (waktu entry dituis adalah pada waktu petang, sekarang baru rasa nak post). mungkin bukan berjiwang tapi hati aku tersentuh. dari mula aku baca entries dia, sampailah kisah cinta yang sangat mengusik jiwa, sehingga dia bergelar isteri dan menemui seberapa banyak cinta dalam hidup dia. semuanya buat air mata menitik.

how come aku boleh tak nampak begitu banyak cinta ada di sekeliling aku. kenapa cinta hanya banyak dikategorikan untuk perempuan dan lelaki sahaja? tak, semua tu salah, sungguh banyak cinta yang ada disekeliling yang perlu kita hargai.

aku ada tebaca satu artikel, manusia selalu meminta kepada NYA akan sesuatu yang bukan milik mereka. lepastu bila terjadi sesuatu yang bukan diminta terus salahkan takdir dan menyalahkan orang lain.

ah! memang terlalu relate dengan aku. meminta sesuatu yang bukan milik aku. bukan ke TUHAN tu maha mengetahui apa yang terbaik untuk diri hambaNYA. kenapa mesti aku nak minta dan berharap sesuatu yang belum pasti milik aku. kenapa nak punya perasaan pada sesuatu yang tak pasti bukan milik aku. tak. memang tak perlu.

"Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita

jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada

sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.

Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas

jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak

akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh

cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple

mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita

berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah

tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang

kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan

dikahwinkan dengannya.."


berkahwin dengan jodoh kita, bukan dengan orang yang kita cintai..


"Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan ,
terimalah dengan hati yang redha.. Tak

mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau

yang kita sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau

dapat yang kita tak nak, lantaran kelemahan yang

ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap

insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing

-masing. Dan mungkin kita ada kekuatan yang dapat

mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna

dan mungkin kita sahaja yang mampu mencungkil

kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si

lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kita sangat-sangat
perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kita..

Alangkah bertuahnya kalau kita mengerti setiap pemberian Allah
dan belajar untuk bersyukur.. "


mungkinkah dia adalah orangnya yang mempunyai sesuatu yang aku sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi kat aku??







"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi

hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi

hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya

hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang

bukan milik dia.

Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

No comments: