PENGIKUT

Tuesday

bahasa pelik

assalamualaikum!!!
*jerit pakai mic surau*

jawab salam pleaseeeeeeeeeeee.. heeee~~ macam lah dengar ye dak?

anyway, kau orang ada bahasa pelik tak? i mean, bahasa pelik yang akan terkeluar tanpa sengaja sewaktu kau orang sedang nerves atau sedang marah, atau sedang menasihati seseorang lepastu kehilangan idea?
macam mana nak atasi eh?

aku mengetahui tabiatku ini sejak semalam. ada beberapa bahasa pelik yang akan keluar kalau aku nerves dan dalam keadaan macam yang aku senaraikan diatas.

situasi bahasa pelik 1

seorang kakak sedang menasihati adiknya supaya pergi tuisyen

"tak pergi tuisyen ke?"

"esok orang pergilah"

"jangan malas nak tuntut ilmu, nanti ilmu tu *djjkhsudhsdjuhu ke ........"

warghhhh!!! bahagian * adalah bahasa pelik yang aku tak dapat nak typekan disini

situasi bahasa pelik 2

dua orang kawan yang berlainan jantina sedang berborak setelah sekian lama tak berjumpa

"lepasni nak pergi mana?"

"entah, takde apa2 plan ke?"

"lepasni *kajhsjjdkshfushdkjz kamu nak balik kan?"

bahagian * adalah bahasa pelik yang annoying terhadap diri sendiri

makin tua ni makin banyak bahasa pelik terkeluar dari mulut. well, mungkin aku sorang je kot yang ada bahasa-bahasa pelik yang terkeluar. harap kau orang jangan jadi macam ni lah ye. heeee~


memalukan diri sendiri betei  XD


ps: harap mereka yang pernah dengar bahasa pelik aku ni, tak gelar aku freak. huuuuuu~

Monday

jodoh

assalamualaikum..


yeah i know im supposedly study and reading. tapi, nak buat macam mana lah kan, study depan utube ni memang macam ni lah gamaknya..

dari video tudung bawal, shawl, maria elena, mathluthfi, bla. bla..bla.. blaa.. tertengok video ally iskandar dengan farah lee.. heeee~~ comel gamaknya mereka berdua ni. farah lee ada blog. dari blog ull know who she is. the real her.. =')


anyonyonyo..comelnyeeeeeeeeewwwww...~~ :D

 ape kene mengena jodoh tetiba aku letak jadi tajuk kan? kaitannya adalah, perkataan pertama yang terlintas dalam otak lepas tengok video mereka, perkataan "JODOH" terus main-main dalam otak.

kenapa? kenapa??kenapaaaa??? well, ally iskandar kan pernah bertunang, pernah putus tunang. dan tiba-tiba entah dari mana, dia jumpa farah lee lepastu terus nikah. nampak tak? NAMPAK TAK APA AKU NAK KETENGAHKAN SEKARANG NI??




perancangan TUHAN itu indah.. =')

tak tahu tanya

"OU?"
"i dont know how to go there. dan selama hidup 23 tahun tak pernah pergi situ.harap maklong"
"L . O . O . S . E . R !! "
=_=

Empunya blog ni, tak pandai pergi ou. ou tu mende? orang utan? wkwkwkwkwkwkwkw
ONE UTAMA lah hoi. looseeeeeerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrnyeeewwwwwwwwwwww sangat rasa..

okeyh! sekarang aku nak korang semua bayangkan(?) kenapa aku tak pandai selok belok negeri selangor darul ehsan dan cuba bayangkan kenapa aku tak pandai selok belok kota raya kuala lumpur. pffftttt! kota raya lah sangat. =_= dan cuba bayangkan juga kenapa aku tak pandai selok belok bandar kajang, shah alam, gombak, ah! semualah yang dalam selangor dan wilayah persekutuan tu.

satu ---> aku duduk kajang. bertapa dekat kajang. ye. kajang itu kampung. dan tempat permainan aku adalah bangi. BANDAR BARU BANGI. bangi adalah kampung getah. terima atau tidak dia berasal dari kebun getah. biji getah tu dah macam main guli je, berlambak-lambak dekat persekitaran rumah (ini tipu). senang cerita, tempat aku bertapa dari lahir adalah kampung. KAMPUNG.

dua-----> aku tak pernah keluar sia-sia perabih masa dekat shopping complex.keluar malam apatah lagi, bersosial pergi shopping kompleks duk bersidai dekat eskelator macam kamu kamu kamu semua pernah buat macam  yang duduk ampang, keramat, SHAH ALAM, DAMANSARA.. dan sebagainya? MEMANG TAK LAH!. persekitaran dan sahabat handai aku adalah bangi. mak ayah aku macam mak ayah diorang. sama. JANGAN KELUAR BERPELESERAN.! FAHAMM!! *jerkah si ayah*

tiga---> pergi mana-mana ayah aku hantar. kalau ayah tak boleh hantar, aku tak boleh pergi. even naik bus. dan aku memang tak pandai naik bus. senang cerita public transport aku memang tak pandai. bila aku cakap,
"ayah, angah nak keluar dengan kawan angah naik bus..tak pernah naik bus.." sambil buat muka puss n boot.
"kawan angah duduk mana? suruh dia naik kita. ayah hantar dan ambil kat rumah dia" balas si ayah.

so, what to do?i am good daughter. kihkihkih~ ikut je kata ayah sampai lah masuk asrama.

empat ---> masuk asrama dekat gombak. tak pernah outing. tak pernah merayau. tak pernah 'fly over'. percaya atau tidak, aku orang kampung yang baru berkawan dengan 'ANAK ANAK ORANG KAYA'. macam mana tercampak sana ntah. pemikiran skeptikal aku, orang yang duduk keramat,wangsa maju, wangsa segala mak nenek wangsa, damansara, shah alam, gombak, dan persekitarannya adalah 'ANAK ANAK ORANG KAYA'.

lima ---> aku bukan sosialis. maka, tiada perasaan berkawan dengan 'ANAK ANAK ORANG KAYA' ni. hidup dan jiwa aku di bangi. sosialis aku di bangi. kawan-kawan yang masuk dalam jiwa aku adalah kawan-kawan di bangi. 2 tahun terperuk dengan 'ANAK ANAK ORANG KAYA' aku buat kerja aku,mereka buat kerja mereka. maka, tiadalah explore dunia 'BUKIT BINTANG', dunia 'TIMES SQUARE', dunia BANGSAR, dunia 'MID VALLEY,' dan segala yang berkaitan pada hujung minggu. yang aku tahu, 2 minggu balik rumah. 2 minggu balik rumah. itu sahaja sampai habis SPM. (ye. jiwa aku ter'seksa' sebenarnya dekat sini)

enam ---> dapat tawaran belajar dekat shah alam. "MAK TAK SUKA ANGAH BELAJAR DEKAT SHAH ALAM". jujur si emak kepada anaknya. i got an offer to further my study for civil engineering. <--ini cita-cita ORANG KAYA yang ada dalam diri. puiii. lepastu dapat tawaran maktab, mak terus kemas baju aku. ='(  me is saddddd.. ='( dan terperuk lah aku dekat BATU PAHAT ni selama 5 tahun 1/2.

nampak tak betapa aku bukan hidup di dalam persekitaran 'ONE UTAMA.' saya amalina wahida bukan orang bandar. SAYA ORANG KAMPUNG. maka, jangan persoalkan kenapa aku tak tahu selok belok kota raya di selangor. sekian.



kalau ajak pergi alamanda, sebelum subuh saya dah sampai.. heeeee~ *kenyit mata*

Sunday

bercakap, tapi tidak percaya. itu bodoh.

aku ingat aku dah kuat, sekali tadi pergi ke private setting facebook.. banyak jugak orang yang aku block. wakakakaka!!

*skroll down*

nah! terjumpa nama 'lagenda teratak'    'teratak cinta' <----engkorang nampak tak persamaan nama mereka? ye. sama dari segi 'teratak'

izinkan beta meroyan sebentar

TERATAK DENGAN KAU BOLEH PERGI MENINGALLLLL!!!


*Ehemm! back to the normal person*

aku ingat aku dah kuat, aku skroll private setting, ye aku nampak nama dua makhluk TUHAN yang sedang bercinta diatas kedukaan orang lain (baca : aku) aku dah block dua-dua. sekali dengan kawan-kawan mereka aku block. sebab, aku tak nak tahu langsung pasal mereka berdua. like seriously..

tiba-tiba aku jadi hilang sabar, mempersoalkan pelbagai perkara.

'kenapa dia orang berdua, TUHAN bagi bahagia?'

'kenapa aku perlu jadi korban untuk kebahagiaan mereka berdua?'

'kenapa aku'

'kenapa aku'

'kenapa aku'

'kenapa aku, dan bukan mereka yang rasa apa yang aku rasa?'

terlalu banyak kenapa. dan perkataan kenapa ini wujud untuk hambaNYA yang tidak tahu hendak bersyukur.. ='( dengan seribu juta nikmat yang lain..

hipokrit? yup. kadang-kadang kita perlu hipokrit dan selalu bercakap pada diri,

"TUHAN simpan perasaan aku ini untuk insan yang lebih berhak memiliki"






hanya bercakap, tapi tidak percaya itu bodoh.


Monday

random

assalamualaikum..

seriously, google tabur tahi dekat blog beta ni. =_= beta tak boleh nak sign in dengan proper. crack sana sini. ah! mungkin bukan google tapi laptop yang sudah sampai tahap kena servis. well, benda buatan manusia kan. mana sempurna macam buatan TUHAN. *senyum sinis*

oh ya. macam mana boleh update pula ni kan? entah cemana ntah boleh masuk dekat write post ni. GLADD!! sebab rasa macam nak pecah dada ni simpan cerita macam-macam tak tahu nak hambur kat sapa. oh my blog.. i miss u like crazy.. seriously, tak tipu. awak sorang je lah yang tak muak dengar saya membebel, meroyan macam orang gila, menanges mengadu menjerit.. awak sorang je lah yang tahan wahai blog. orang lain semua tak tahan sebab saya ni suka menceceh entah hapa hapa.

facebook is too mainstrem untuk post macam-macam pasal perasaan ni. ah! twitter pun dah nak jadi mainstrem jugak. walaupun blog ni adalah sorang dua budak maktab follow, tapi aku tahu ramai baca sorok-sorok kan??? haaaa!! kan dah kantoi. *ke aku perasan sendiri nih?*

IM WATCHING U ..!! I KNOW WHAT U DID READING MY BLOG.

hihihihihihihihihihihihihihihihihihihihii.. =)))))
*takut kan kalau ada org gelak hihi macam ni bila dah pukul 2 3 pagi kan?*

*pandang sekeliling bilik*

lagi sehari nak 15 mei. oh mai... 15 <---this 15th  remind me for someone. remind me about everything. ='((((((

nak kene cerita ke? ah! ramai silent reader yang suka blame on me. hello guys! is my blog. is my diary. cukuplah aku tak letak widget yang annoying pun dah kira baik kan??

siapa yang memang pembaca tegar, they will know whos the person that im talking about. whos the person in this 15th number.


mirza comel, auntie miss u.. hopefully u will take care our domo carefully.. i hope that one day, u'll meet me. seiously.. i want to see u so damn much. ='(

other than that, i am too excited to story about my birthday. my vacation in perth during my birthday.. heeeee~~~~~~ *senyum sampai telinga*





but, sekarang tolong doakan perjalanan peperiksaan tuan punya blog ni berjalan lancar pleasee.. i need your pray u ollsss.. =') thank u.



ps: nanti dah habis exam mak update cerita mak kat u oll ye. sabar dan teuskan membaca blog picisan ni *macam lah ada pembaca kan?*


fake simling.. =')