PENGIKUT

Monday

tak tahu tanya

"OU?"
"i dont know how to go there. dan selama hidup 23 tahun tak pernah pergi situ.harap maklong"
"L . O . O . S . E . R !! "
=_=

Empunya blog ni, tak pandai pergi ou. ou tu mende? orang utan? wkwkwkwkwkwkwkw
ONE UTAMA lah hoi. looseeeeeerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrnyeeewwwwwwwwwwww sangat rasa..

okeyh! sekarang aku nak korang semua bayangkan(?) kenapa aku tak pandai selok belok negeri selangor darul ehsan dan cuba bayangkan kenapa aku tak pandai selok belok kota raya kuala lumpur. pffftttt! kota raya lah sangat. =_= dan cuba bayangkan juga kenapa aku tak pandai selok belok bandar kajang, shah alam, gombak, ah! semualah yang dalam selangor dan wilayah persekutuan tu.

satu ---> aku duduk kajang. bertapa dekat kajang. ye. kajang itu kampung. dan tempat permainan aku adalah bangi. BANDAR BARU BANGI. bangi adalah kampung getah. terima atau tidak dia berasal dari kebun getah. biji getah tu dah macam main guli je, berlambak-lambak dekat persekitaran rumah (ini tipu). senang cerita, tempat aku bertapa dari lahir adalah kampung. KAMPUNG.

dua-----> aku tak pernah keluar sia-sia perabih masa dekat shopping complex.keluar malam apatah lagi, bersosial pergi shopping kompleks duk bersidai dekat eskelator macam kamu kamu kamu semua pernah buat macam  yang duduk ampang, keramat, SHAH ALAM, DAMANSARA.. dan sebagainya? MEMANG TAK LAH!. persekitaran dan sahabat handai aku adalah bangi. mak ayah aku macam mak ayah diorang. sama. JANGAN KELUAR BERPELESERAN.! FAHAMM!! *jerkah si ayah*

tiga---> pergi mana-mana ayah aku hantar. kalau ayah tak boleh hantar, aku tak boleh pergi. even naik bus. dan aku memang tak pandai naik bus. senang cerita public transport aku memang tak pandai. bila aku cakap,
"ayah, angah nak keluar dengan kawan angah naik bus..tak pernah naik bus.." sambil buat muka puss n boot.
"kawan angah duduk mana? suruh dia naik kita. ayah hantar dan ambil kat rumah dia" balas si ayah.

so, what to do?i am good daughter. kihkihkih~ ikut je kata ayah sampai lah masuk asrama.

empat ---> masuk asrama dekat gombak. tak pernah outing. tak pernah merayau. tak pernah 'fly over'. percaya atau tidak, aku orang kampung yang baru berkawan dengan 'ANAK ANAK ORANG KAYA'. macam mana tercampak sana ntah. pemikiran skeptikal aku, orang yang duduk keramat,wangsa maju, wangsa segala mak nenek wangsa, damansara, shah alam, gombak, dan persekitarannya adalah 'ANAK ANAK ORANG KAYA'.

lima ---> aku bukan sosialis. maka, tiada perasaan berkawan dengan 'ANAK ANAK ORANG KAYA' ni. hidup dan jiwa aku di bangi. sosialis aku di bangi. kawan-kawan yang masuk dalam jiwa aku adalah kawan-kawan di bangi. 2 tahun terperuk dengan 'ANAK ANAK ORANG KAYA' aku buat kerja aku,mereka buat kerja mereka. maka, tiadalah explore dunia 'BUKIT BINTANG', dunia 'TIMES SQUARE', dunia BANGSAR, dunia 'MID VALLEY,' dan segala yang berkaitan pada hujung minggu. yang aku tahu, 2 minggu balik rumah. 2 minggu balik rumah. itu sahaja sampai habis SPM. (ye. jiwa aku ter'seksa' sebenarnya dekat sini)

enam ---> dapat tawaran belajar dekat shah alam. "MAK TAK SUKA ANGAH BELAJAR DEKAT SHAH ALAM". jujur si emak kepada anaknya. i got an offer to further my study for civil engineering. <--ini cita-cita ORANG KAYA yang ada dalam diri. puiii. lepastu dapat tawaran maktab, mak terus kemas baju aku. ='(  me is saddddd.. ='( dan terperuk lah aku dekat BATU PAHAT ni selama 5 tahun 1/2.

nampak tak betapa aku bukan hidup di dalam persekitaran 'ONE UTAMA.' saya amalina wahida bukan orang bandar. SAYA ORANG KAMPUNG. maka, jangan persoalkan kenapa aku tak tahu selok belok kota raya di selangor. sekian.



kalau ajak pergi alamanda, sebelum subuh saya dah sampai.. heeeee~ *kenyit mata*

No comments: