PENGIKUT

Saturday

lampu berkelip-kelip

bau klorin dari akuarium ni buat aku pening.
buat kesekian kalinya, aku rasa lemah. lemah kerna bau klorin dan kondisi badan yang tiba-tiba nak suhu selsiusnya. aku perlukan ubat untuk turunkan darjah selsiusnya.

melihat pada ubat, aku jadi terkenang. terkenang pada dia yang jauh di seberang yang bukan di negara kejiranan.
pilu buat aku rasa semakin lemah.
aku ambil air aku teguk hilangkan dahaga yang semakin mendesak.
aku letak kembali ubat pada tempat selayaknya
aku bungkam.

buka muka buku rutin harian sebelum aku meninggalkan dunia buat sementara.
harapan mencari sesuatu yang boleh buat aku hilang gundah.
bungkam. tiada.
buka halaman muka buku dia buat aku semakin resah.

mata melirik pada lampu yang berkelip-kelip pada selular tanpa wayar.
hati sudah teruja mahu lihat kerana apakah dia berkelip.
dia kah yang menghantar pesanan rindu.
terus aku tangkap dia tanpa segan silu.
lihat. belek.hampa.
bukan dia. tapi kelip itu tanda selular sudah perlu cas elektriknya.

rasa hampa ini buat aku semakin pilu.
buat darjah selsius ini semakin tinggi.
aku mahu pergi.
pergi mengadu pada DIA.
DIA yang memberi perasaan ini.








*entah kenapa malam ini aku sangat sangat sangat sangat rindukan dia yang berada di seberang bukan di negara jiran.

No comments: