PENGIKUT

Thursday

selalu mengalah

buat kesekian kalinya henfon berlampu-lampu. bukan menandakan ada mesej tapi sebab mintak di beri makanan berupa elektrik supaya dia boleh hidup dan kejut aku setiap pagi. tetapi kerajinan dikalahkan dengan kemalasan. sifat malas ini sudah menang kerana aku masih tidak cas bateri henfon yang menyala-nyala minta disumbat elektrik. (WTH! intro mcm ni?)

ada peneman itu memang indah. kalau kau sakit kau boleh mengadu. kalau kau sakit hati kau boleh mengadu. kalau kau gaduh dengan member kau boleh mengadu. kalau kau terjumpa katak kau boleh mengadu. kalau kau tersepit jari kat pintu kau boleh mengadu. its look like insane kan? semua benda nak mengadu. =_=

aku selalu kalah untuk merebut teman mengadu itu. aku kalah dengan memberi ruang orang lain supaya bisa ada peneman mengadu. bila dah kalah pada orang lain. atau kata lainnya, aku beri orang lain rasa bahagia.  seperti biasa tertunduk sepi di suatu sudut berfikir.

"kenapa aku tidak merebut? "

"kenapa aku yang perlu mengalah?"

selalu. dan peneman yang senantiasa hadir  adalah airmata.

terlalu banyak. dan seperti sudah lali. namun, kali ni perlukah aku beri laluan pada orang lain sekali lagi? atau aku perlu ambil kekuatan dari mana-mana makhluk ghaib untuk aku merebut 'peneman' itu sentiasa menemani aku?

terlalu banyak yang aku fikir. selalunya, fikiran yang aku fikirkan ini akan berakhir dengan kekalahan. beri kemenangan pada orang lain.

mungkin. mungkin kerana aku terlalu baik hati. tidak mahu melihat orang lain kecewa dan menangis seperti aku.

tetapi sampai bila??


hati manusia ni berbolak balik. dapatkah aku menggenggam sekeping hati dimana akan sentiasa dibolak balikkan oleh pemilikNYA?

2 comments:

ezs said...

org kata if kita sukakan sumbody jgn kejar dia tpy doa supaya tuhan bukakan hati dye utk kita n ade jodoh kte dgn dye (:

amalina wahida said...

thanks ezin.. =D