PENGIKUT
Wednesday
si cantik sesuai dengan namamu
selama 20 tahun jugalah aku memegang nama amalina wahida..
tapi kenapa mesti 'memegang' kan? kenapa bukan menyandang??
tapi kalau guna 'menyandang' mesti akan dipersoalkan kenapa tidak
gunakan perkataan 'memegang'.(ok! dh pening dengan kata-kata sendiri)
masa aku masih berada pada tahap pra-operasi menurut jean piaget
aku dengan bangganya beranggapan hanya aku seorang je yang
memegang nama 'amalina wahida'.
aku fikir dalam dunia ni hanya ada aku seorang sahaja yang menggunakan
nama 'amalina wahida'. memang sangat bangga kerana diberi nama 'amalina wahida'
bila para ibu dan bapak bapak bertanya tentang nama aku akan cakap..
"nama kita amalina wahida" (sambil kembang2 hidung sebab terlalu bangga)
kebanggaan semakin memuncak dan terserlah bila aku berada pada tahap operasi konkrit menurut teori piaget.
ketika ini aku sudah bersekolah dan nak ambil upsr.
bangga seyh bila dalam sekolah hanya aku seorang.
ok diulangi hanya aku seorang yang guna nama 'amalina wahida'
memang aku suka sungguh lah nama aku 'amalina wahida'
"dahsyatlah amalina wahida nih. dahlah pandai. baik pulak tuh. aktif lagi"
ayat2 kat atas nih aku dah lali..sampai pergi sekolah pun aku dah kembangkan hidung siap2 sebab dah tahu, pergi sekolah mesti kena puji nya..
bila aku dah sampai operasi kognitif.. (oh! tidak bukan teori piaget! harap maklum)
masa tuh aku kat sekolah menengah..
masa ni.. hidung aku dah tak kembang dah.. sebab ramai lagi yang kembang dari aku..
lagipun.. sapa suka perempuan hidung kembang kan?? kau suka ke?? aku tak suka!! hahahaha. ok tak lawak!
kalau tak silap aku, aku masih pemegang the one and only 'AMALINA WAHIDA'
bangga seyh. takde sapa yang sama nama dengan aku..
ketika ini masih mempertahankan carta yang nama aku tak pernah di tiru oleh sesiapa.
tapi..
masuk je INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUN HUSSEIN ONN..
tiba2!!!
aku dikejutkan dengan berita
sorang senior aku bernama AMALINA
junior aku bernama AMALINA
oh my god!!!
tak cukup dengan itu
dalam dunia blogger pun ada jugak yang guna nama amalina
tapi..
ada seorang individu buat confession depan aku
masa tu aku hadiri suatu seminar..
dia kata
selama dia hidup dia kenal hanya beberapa orang sahaja yang guna nama amalina
dan amalina yang dia kenal semuanya baik2 ^^ dan menarik ^^ kihkihkih!!
berbakul bakul dia puji.. tapi kau rasa apa aku buat?? dan kau rasa individu yang diceritakan ni lelaki ke perempuan?? jeng jeng jeng!!
(ok! setakat ini sahaja yg dapat diceritakan tentang individu ini..llalalala~~)
selama bertahun tahun aku bangga kerana takde sapa yang bernama amalina wahida kecuali aku seorang.. kebanggaan tuh semakin luntur apabila
aku google nama amalina
ada beribu ribu lemon lagi yang guna nama amalina
looser!!looser!!looser!! KAHKAHKAHKAH!! maaf. tak lawak. sakit hati lagi adalah..
disini.. aku nak seru kepada nama semua pemilik nama
amalina!! jadilah seorang yang berguna jangan jadi looser! HAHAHAHA!! takde kena mengena seruan ni. ok2.. hargai diri anda.. kerana dirimu begitu berharga.. setiap orang ada kelebihan masing2.. tak kiralah nama kau semua apa... setiap nama sudah ditetapkan dan sesuai dengan diri masing2.. bawalah nama yang cantik tu secantik pembawakan orangnya..
*nota ringkas*
aku google nama aku "amalina wahida"
tiada siapa.. hanya aku seorang pemilik gabungan nama
"AMALINA WAHIDA" ^^
DAH HABIS PERIKSA!! MAHU APA LAGI?
Sindrom sindrom nak baca buku tu memang ada. Tapi semuanya hanya sindrom. Dan hanya disimpan di dalam hati. Sebabnya, sebulan sebelum periksa iman dah kata..
”amal, baca buku, nanti senang tak delah tergopoh gopoh nak baca semua nota”
Tapi memang kata kata iman tak dapat nak bertahan lama... kerana takde satu nota pun yang aku baca. (nampak kan kerja syaitan memang melalaikan manusia!)
Kemudian, seminggu sebelum exam mula tergopoh gapah baca nota, print nota apa yang patut sampai habis kertas A4 kemudian, satu bijik tuh pun aku masih tak baca.. sebab tergoda dengan cerita cerita download Sassy girl, my girl, khabi kushi khabi gam, syurga cinta, mohabbatein dan etc. U did such a good job man!!! Memang aku tak baca nota langsung!! Bagus!!
Dalam minggu periksa
2012 on cinema bebeh! Mulalah rasa nak tengok itu nak tengok ini, nak pergi berfoya foya, nak main bowling, nak makan kfc, nak makan mcd, nak pergi meroyan! Semua ada dalam satu. Tetapi ketika ini iman memang johan! Kerana aku tetap kat meja study, study sampai sakit tulang belakang. Bagussnyaaa!! Anak siapa ni?
Selepas periksa
Rasa macam nak menjerit MERDEKA sebanyak 70 kali!!! Warghhhhhh!! Melangkah je keluar dari dewan periksa rasa nak lompat lompat cium pegawai yang jaga periksa dan buat flying kiss kat semua orang. Tapi hakikatnya..
Sekarang aku kat bilik layan cerita spontan!! Hajat hajat sebelum nih yang aku nak tunaikan tak jadi. Tak tahu sebab apa. Walaupun mood berfoya-foya telah sampai ke kemuncak tetapi masih tidak dapat ditunaikan.
Tetapi!! Aha!! Aku nak kecoh nih!!
AKU DAH HABIS PERIKSA WEYH!!!!
SILA BERIKAN TEPUKAN GEMURUH SEKARANG!!
Monday
7 kategori kecewa versi AKU!!
apa itu?
aku rasa sejak akhir akhir ni perkataan kat atas tuh menyelubungi hidup aku..
kadang kadang rasa macam gila pun ada.. hahahahha
siapakah yang bertanggungjawab membuatkan aku macam gila ni??
aiyok!! tak tahu! sapa buat!
mari sini cuba baca sampai habis..
aku rasa aku ada beberapa kategori untuk dikongsikan dengan kau semua berkenaan dengan
k . e . c . e . w . a
tapi.. ini teori profesor amalinayangbelumdiiktirafmenjadiprofesorsebabdegreepundiatakhabisbelajarlagi.
kategori 1) rasa kecewa bila orang yang kau suka atau yang dah macam terpahat dalam hati kau sudah menjalinkan hubungan dengan orang lain kerana kau tak sempat nak bagitahu dia tapi dia dah lari dulu dengan orang lain. aha! kecewa semacam ini memang parah! kalau tidak kuat iman kau akan berfikir untuk bunuh diri. tapi kalau kau tak takut dengan neraka kau bunuhlah diri kau tu. aku tak nak.
kategori 2) rasa kecewa bila apa yang kau nak kau tak dapat. biasanya kategori ini akan berlaku kepada manusia yang berumur 2-12 tahun.. bila kau mintak sesuatu dekat mak ayah kau tapi mereka kata. "dont u dare to get it!" perghh.. memang aku tahu kau kecewa gila kan.. tapi aku rasa macam 12 tahun ke atas dan mungkin juga berlaku pada orang yang berumur 20 tahun macam aku bila aku nak ........... tapi ayah aku tak kasi! padan muka kau!! HAHAHAHHA!!
kategori 3) rasa kecewa bila harapan dan kepercayaan yang kau sandarkan pada kawan atau sahabat yang kau anggap sejati dipersiakan begitu sahaja. INI AKU MEMANG PANTANG!! sungguh dan sangat kecewa tahap mokhsya dewa bila kau buat kat aku eh! bukan aku tetapi bila terjadi pada sesiapa yang memang memegang bahawa pesahabatan itu terjalin pada kepercayaan dan harapan serta perlu ditaburi dengan kasih sayang.
kategori 4) rasa kecewa bila kau nak tengok nur kasih tetapi kau malas sungguh nak ke bilik rekreasi dan kau bukak u tube semua cerita nur kasih dah di delete dan hilang. ini kecewa yang membuatkan rasa macam nak buat dosa carutan. tetapi hanya perasaan rasa maksudnya masih tidak mencarut.. tidak mencarut kerana nanti kene potong lidah dekat akhirat.. apa susah masuk je lah dekat www.tv3.com kau pergi je dekat catchup tv. ade je nur kasih kat situ.. tak payah nak buat dosa carutan hanya kerana nur kasih.
kategori 5)rasa kecewa bila kau rasa nak makan MCD, PIZZA, KFC, KENNY ROGERS, RASAMAS, BIG APPLE dan etc dalam satu hari tetapi sebenarnya bila kau tengok balik makanan makanan yang kau senaraikan seperti diatas tadi membuatkan kau berkata
"habis rosak program diet aku!! nak mampos makan benda2 alah ni dalam satu hari?? gila!!"
jadi.. tak payah nak mengada ngada nak kecewa.. LUPAKAN SAHAJA SEMUA MAKANAN DIATAS! FAHAM??!!
kategori 6) rasa kecewa bila kau bukak fb dan kau lihat.. orang yang kau nak sangat jumpa pergi ke tempat yang kau lawati hari yang sama kau pergi tetapi berlainan waktu.. sebab kau pergi tengah hari dia pergi petang. siap ambil gambar ditempat yang kau juga ambil gambar disitu? dan ketika kau tengok gambar gambar dia kau rasa macam nak menangis.. dan berkata
"oh my god!! kenapa aku pergi pagi dia pergi petang!! kenapa!!kenapa!!kenapa!!"
kategori7) cukuplah.. nanti kalau ada lagi kategori terbaru oleh profesor amalinayangbelumdiiktirafmenjadiprofesorkeranadiabelumhabisbelajarlagi aku akan post untuk tatapan kau semua..
sampai disini sahaja.
Tuesday
SAYA MEMANG SUKA MENANGIS
kenapa?? tak boleh ke?
biarlah.. mak ayah aku tak marah pun aku suka menangis.. menyampah adalah sikit.. tetapi memang saya memang suka menangis sejak dari dilahirkan lagi..
aku rasa dah tak terkira banyaknya aku menagis tetapi aku rasa aku boleh state kan perkara perkara yang membuatkan aku menangis..
1) aku menangis bila aku dilahirkan.. memang tipulah aku ingat benda ni.. tapi aku rasa aku bayi yang normal dan sangat comel luar biasa.. so.. aku memang menangis.. apa?? memang betullah.. buktinya.. mak aku cakap aku menangis masa doktor pukul pukul punggung aku..(jahat dow doktor nih)
2) aku menangis bila ayah aku bantai aku dengan penyapu masa dekat tadika.. yelah anak dia ni memang mengada ngada sejak azali.. dan yang mengada dan menyampah inilah yang menjadi kesayangan dia sampai sekarang.. ok.. orang lain pun panas panas ambil gambar tapi tak se anoying aku ni yang mengada tak nak panas.. so tak nak ambil gambar.. mungkin kerana cuaca yang panas sampai ayah aku pun naik panas minyak menggelegak langsung dia belasah aku.. HAHAHAHA PADAN MUKA KAU AMALINA!!HAHAHHA!!
3) aku menangis bila aku jatuh tersungkur masa latihan bola baling.. lutut berdarah.. kuku ibu jari berdarah.. weyh.. bukan cagu ok!! memang berdarah sebab latihan yang aku rasa agak hard core tyme tuh.. tapi kalau sekarang buat latihan yang sama.. pejam mata pun aku boleh buat lah..
4) aku menangis bila cikgu ariyati sambung belajar.. serius aku rindu gile kat cikgu ni.. sampai sekarang cikgu ni masih dalam ingatan aku.. aku takut satu hari nanti aku terlupa nama cikgu ni.. betul!! aku takut gila.. so.. kau semua janganlah marah bila aku asyik sebut nama cikgu ni dekat post2 entry aku ye.. aku cuba tak nak lupakan cikgu ni.. cikgu ni banyak bagi semangat dekat aku.. dia yang buat aku fikir IMPOSIBBLE CAN BE POSSIBLE.. dia yang buat pemikiran negatif aku pada semua benda untuk berfikir positif.. cikgu ni yang selalu bagi nasihat.. dia yang buat aku percaya pada diri sendiri.. dia buat aku menjadi seorang yang berfikir.. TAKDE APA YANG TAK MUNGKIN..TAKDE APA YANG AKU TAK BOLEH BUAT.. ok.. esekarang pun dah nak menangis..
5) aku menangis bila aku clash for the first tyme.. ok second tyme clash pun nagis jugak.. tapi tak delah macam first tyme clash.. even aku tak rugi apa apa pun clash.. tapi air mata ni laju je bila terkenang tentang clash tuh.. tetapi.. sekarang tidak lagi!! AMALINA ADALAH SEORANG YANG TABAH.
6) aku menangis bila ayah aku masuk hospital.. mak aku tak sihat.. adik adik aku ditimpa sesuatu.. kakak aku tak sihat.. ah.. pendek kata apa apa sahaja yang berlaku kepada ahli keluarga aku akan membuatkan air mata berharga ni menitis laju macam air terjun.
7) aku menangis bila tengok orang lain menangis.. kan aku dah kata menangis tu memang hobi aku..
8) cerita yang membuatkan aku meangis tanpa henti mcam HOT FM BIG JAM adalah cerita khabi kushi khabi gham.. gila!! setiap scene aku menangis.. macam banjir dah bantal busuk aku.. habis semua hingus mukus berwarna warni keluar meleleh tanpa had.
9) aku menangis bila baca novel suara hati.. sehangat asmara.. jendela hati.. kau untukku.. setia menanti.. ah!!! semua novel lah aku nangis.. macam hape je.. tersedu sedan pukul 2 3 pagi sebab baca novel punya pasal.. ini antara sebab aku berhenti baca novel..
10) aku menangis.. bila kau semua menangis..
Friday
INI ADALAH BUKTINYA KAMI MASIH WARAS.
gambar amali lanskap yang aku pernah cakap kat kau semua..
dipersilakannn!!! lihatlah2..~~ kat bwh ni..
ni lah bukti kami semua masih ceria untuk langsaikan semua exam tak kiralah
exam amali ke exam teori...
SYABAS AMALINA!!!KAU MEMANG HEBAT!
betul!!
aku dah bebas!!
bebas dari hari hari yang aku kata macam scary gila aku nak lalui
kau ingat tak aku kata ada amali, periksa, ktp, kayak n whatso eve lah kan..
aku dah lalui 1/3 daripadanya!!!
yes2!!!
memang.. aku tahu aku memang hebat..
sebab aku masih disini..
bersedia lalui 2/3 lagi hari yang bakal menjelma..
nak tahu tak apa yang aku dah lalui??
aku dah buat 3 exam final!!! syabas amalina!!!!syabas!!!
aku dah buat satu ujian amali dengan bestnya..(nanti aku upload gambar)
syabas amalina!!! syabas amalina!!!
yang belum aku lalui..
kayak (yang tak tahu jadi ke tak masih tak dapat jawapan)
ktp
amali pergerakan asas
dan 4 lagi paper final..
fuhhh!!!!
doakan saya ye..
tapi sekarang..
aku nak berfoya-foya dengan facebook..ym...friendster...myspace...nak tgk greys anatomy smpai boleh jadi doktor.. dan lain2 lagi..
daaa!!!!
Sunday
kau dengarlah.. mesti kau suka..
ermmm....(kau setakat nak ermmmm baik tak payah post amal!) apa nak tulis eh??
aha!! nak kongsi dengan anta, antuma, antum, antunna, anti, kau, kamo, beliau semua
sejak akhir-akhir ni.. setelah aku mengunjungi blog ahsfantasy
ada satu lagu yang buat aku terkenang satu cerita dulu.. cerita apa?? aha!! itu yang kita tak tahu
lagu muhasabah cinta dendangan (kenapa macam rendang je sebutannya?) edcoustic
sebenarnya.. bukan lagu tu.. tetapi kumpulan tu..
teringat kisah aku dan prince charming..
kumpulan ni yang buat permulaan perkenalan
ok! cukup itu je...sebab bukan tentang ini yang aku nak kongsi
aku nak kongsi tentang kumpulan nasyid
suatu waktu dulu.. aku memang peminat nasyid..
masa zaman inteam, raihan, rabbani...
paling minat inteam
sampaikan aku beli kaset, cd, ngan vcd karaoke (aku beli ori ok) untuk tajuk album yang sama
(ok! telaga biru sila beri award kepada saya)
disebabkan minat sangat, aku sign up komuniti-komuniti mereka semua..
kira memang die hard fan lah.. tak berbelah bagi..
sampaikan aku belajar sungguh-sungguh nak masuk uia sebab nak jumpa mereka
semua live.
tapi sebab niat macam tak betul kot.. aku tak masuk uia aku masuk..hmm.. ala..
kau semua tahu aku kat mana sekarang (heh!! aku dah boleh terima lah possition aku sekarang!)
mungkin disebabkan persekitaran aku kot..
semua membe2 ala2 muslimah tudung labuh-labuh masa aku form 1 sampai form 3..
(OMG!!! tak sangkanya) dan aku masih lagi simpan ilmu berbahasa arab aku sampai sekarang..
masa form 4 aku pindah sekolah.
konon nak kejar cita-cita sebagai enginerr ..
(hati kuat nak kejar cita2 jadi lecturer nih!)
padahal sebenarnya aku merajuk dengan kawan-kawan aku tyme tuh
sebab aku masuk kelas techno mereka semua kelas bio..
bio techno lain2 waktu rehat..
(aku bukan tak pandai lah!! aku yang nak tukar..
aku tak suka bio.. okeyh!!
masa bersama tu terhad.. so agak kejauhan dan aku kesunyian.
Monday
speselnya tentang aku..52 tahun merdeka
kau sudah besar..sudah sampai masanya
gembira kan hamba ALLAH kat atas ni??
memanglah.. dia kat rumah ibu bapa ketika ini..
senyuman itu akan hadir bila dia berada di rumah.. disamping keluarga..
tapi.. sekarang...
hamba ALLAH kat atas tu dah balik maktab semula..
senyuman telah ditinggalkan di sana..
dia kembali ke tempat dia menuntut ilmu...membalas jasa ibu bapa..
tetapi..hatinya masih dirumah walaupun jasadnya berada di sini.. di bumi IPTHO ini..
Sunday
kamoo sudah bersayap..pergilah terbang~
Thursday
10 things i hate about you
ayoh!! kita ikuti sorotan perkara dibawah!!
1: aku geli dengan benda-benda berbulu, tak kiralah kucing ke hamster ke dan apa-apa sahaja yang berbulu aku sangat fobia!! (yer!! teddy bear pon aku jadi benci)
2: aku tak suka binatang! diulangi binatang!! ketika kecil aku sangat takut dengan lipas, sehinggakan kalau aku demam panas aku akan mimpi lipas tu bertukar menjadi raksasa yang sedang berlawan dengan ultraman!!
3: aku tak suka benda-benda yang mengengsot, terbang, dan suka jalan merata-rata <~ merujuk kepada binatang juga. ye! paling aku tak suka kelawar mengengsot!! (horrow weyh!)
4: aku tak suka jaga tepi kain orang.. tapi selalunya kain orang akan terjaga kalau dengan aku.. (apa yang cuba disampaikan oleh penulis sebenarnya??)
5: aha!! aku tak suka tempat yang tinggi! yer!! aku memiliki warisan penyakit dari mak aku yang dipanggil gayat. extremely gayat!
6: aku tak suka tempat sempit! rasa macam tak bernafas. (selalu berdoa kuburku diperlebarkan apabila aku tidur panjang nanti)
7: aku tak suka orang ambil barang aku without permission! extremely tak suka.. even adik beradik aku pun tahu aku memang tak suka..
8: aku menyampah( sama lah kan dengan tak suka) orang yang mementingkan diri sendir! gila harta! gila kerja aku suka.. hahahahhaah~~
9: aku tak suka jalan itik! serius aku fobia!! (aku tak suka orentasi!!)
10: apa lagi yang aku tak suka?? cukup setakat ni..( buat masa sekarang)
Monday
jadual semester ini..
1st~> english language profeciency => bende nih dah bese belajar dari mula masuk smpai sekarang dan aku tatau bila lah kos nih nak hilang dari hidup aku..
2nd~> literasi bahasa => mata pelajaran baru.. ala-ala bahasa melayu gitu.. tapi bukan.. aku akan belajar seni dalam nih.. aku tatau seni apa sebab tak masuk kelas nih lagi..
3rd~> numerical letracy => yer!! ini yang akan membebankan aku.. OH MY GOD!!!
4th~> ko-kurikulum permainan => ini ala-ala macam koko mase sekolah dulu.. sudah biasa dari mula belaja kat sini.. so okeyh kot!!
5th~> teknologi tanaman dan sayuran => ini major subjek aku.. ade amali, ujian amali, ujian bertulis, pekse!! ape nih!! lepas nih kalo nak tanam sayur ajak aku yer!!
6th~> murid dan alam belajar => nih ala-ala perkembangan kanak-kanak masa sem 1 dulu.. hmm.. tak tido malam lagi lah aku nampaknya..
7th~> pergerakan asas => aha!! nih paling tak leh blah.. aku tatau nak belajar gerak asas ape lagi.. ade lak mata pelajaran nih..
8th~> kajian kurikulum kemahiran hidup => aha!! nih jatuh kepada matapelajaran mengarut ranking teratas.. nih ala-ala mengarut mcm pengenalan teknik dan voka masa sem 1!!
aha!! ade 8 mata pelajaran sumenye.. exam naty sumenye de 4paper UAK 4 paper wajib!! perghh!!! sedap betul sem nih!!!
please...
kamoo semua pernah tak rasa nak menangis?
hmm..
takde2 aku okeyh..
hmm..
aku rasa dalam hati ni macam ada benda yang dicincang2 lah..
hmm..
takde2 aku okeyh..
..
Sunday
kerja sambilan
mesti ramai student yang nak bekerja part tyme kan??
yerla.. untuk menyara kos diri sendiri..
atau nak mencAri duit lebih..
fenomena macam ni dah biasa sangat terjadi sejak dari azali lagi
(okeyh..ayat skema)
tapi!
aku tak termasuk dalam golongan kerja part tyme nih..
(okeyh2!! bace dulu sampai habis..jgnlah buat kesimpulan awal)
actually,
ade kisah disebalik part tyme nih..
sampaikan bila aku cakap aku nak keje tyme cuti mak aku akan cakap
"tak payah!! membazir tenaga ngan minyak kereta jerk!"
apa kene mengena minyak kereta ngan kerje part tyme??
aha! itu yang kita tak tau!!
aku pernah je kerja part tyme mase lepas spm dulu..
bersemangat nih cari kerje..
siap survey lagi..
n impian2 pon dah tercipta..aku siap dah tampal kat dinding2 bilik aku.. nak gunakan gaji tu untuk apa..
so..
aku dapat keje!!
weehoooo!!
giler seronok tyme nih..
then g ler keje..
keje kat mana??
kat kedai tudung kat satu shopping complex yg agak sibuk..
hari pertama..
aku relax lagi..
yerle..baru 1st tyme keje..so semangat keje tuh mmg melonjak lah kan..
hari kedua..
aku dh kene dtg awal gile..
nk kene bukak kedai plak dah..
relax lagi..
berbekalkan semangat nk memenuhi impian tuh masih berbaki..
hari ketiga..
aha!!
aku salah bagi baki..
aku terketar2 guna mechine kat casher tuh..
aku tersalah bagi tudung kat customer..
aku tersalah bagi inform kat customer..
bank lak memarah aku bila aku nk pecah duit..
that's it!!
aku tak citer kat owner kedai tuh..
n setiap kejadian tuh dia takde..
bagusz!!!
semangat aku dah luntur dah tyme nih..
impian tuh dah semakin kabur dan malap2..
hari keempat..
aha!!
aku cabut dari kerja!!<--lalalala br="">aku dah tak datang kedai tuh sampai sekarang..
sebab aku tak nak makcik tuh tanya aku macam-macam..
atas kejadian di atas, setiap kali bila aku kata nk keje part tyme..
mak, ayah, akan gelakkan aku..
(i hate this situation!!)
so..
sbb tu lah aku tak tergolong dalam orang2 yang kerja part tyme bila cuti panjang..
(bukan berlagak tau..serius! aku fobia kot keje part tyme)--lalalala>
Thursday
peristiwa pada pagi itu..(konvo day)
hmm.. actually aku n rakan-rakan kene jadi sukarelawan untuk konvokesyen kali nih..
kene bahagian pendaftaran..
nampak gamba tuh??kitorg dok kat belakang sit paling belakang sekali!!
bergegar2 weyh!! dahlah tempat engine!! macam @$^&*&*&$ lah weyh!!
then sesampainya kami disana..diberitahu tugas kami sume akan bermula pukul 11..that's it!! aku dah buat dosa pagi-pagi pastu nak tambah dosa mencarut aku lagi ker ape nih??
lapar weyh!! dahlah tadi bergegar-gegar..serakarang nak buat ape nih??
penyelamat sampai..tau sape penyelamat nye..nih dia..
so.. gerak g makan... chantekkk.. terbaekk nye lapar g makan lak kan..
pastu gerak g tempat konvo tuh balik sambung kerja yang bermula pukul 11 tuh...aha! selesai keje-keje jawatankuasa pensijilan..
ustaz pulak bawak g makan..walaweyh!! kenyang makan pagi tadi aku tak habis lagi..kene sumbat lagi perut nih??(okeyh2.. kene gak sumbat..kalo tak aku lapar balik hostel nanti)
hmm..actually.. nih first tyme aku terlibat dengan acara-acara sebegini (aku sendiri pelik aku leh lak korbankan masa nak join acara-acara seperti ini)
rasa teruja tuh takdelah sangat..tapi macam biasa..
kalau kita diberi tanggungjawab..kita kene jalankan sebaiknya..(kalau kamoo sume mengikuti post aku dari awal, kamoo sume akan mengerti apa yang aku maksudkan)
hmm.. actually aktiviti-aktiviti seperti ini agak membosankan..
tapi.. aku ingat pesan seseorang yang dikagumi..
kita jangan tengok keseronokan yang ada pada sesuatu pekerjaan tuh, tapi kita jadikan pekerjaan yang kita lakukan tuh satu keseronokan..
okeyh.. bawah nih serba sedikit moment-moment indah yang tercipta hari ini..
cukuplah ek??
hahahhaha.. so.. terima kasih kepada penyelamat *jidu dan kepada rakan-rakan yang sentiasa di samping aku...
p/s: sayang weyh kat korang.. serius tak tipuu..
*jidu= mohd zawahir aka bf wani aka kawan aku gak.. ehhheehe..
--serius>
Monday
kepelikan..
aku tgh pelik kenapa aku nye layout nih mcm..
hmm... ntah!!
rase pelik lah..
mcm ade bende yg hilang..
okeyh,..
nampaknya aku kene belajar lagi..
okeyh!!
baiklah!!
ingat senang ke nak jadi cikgu??
susah tau..
mcm2 kene belaja..
cikgu...jentera manusia..
1st impression
bila kamoo sume tgk blog nih ape kamoo sume fikirkan??
"asal kosong je blog nih?"
jawapan--> mmglah..ini adalah kali pertama aku menype blog nih..
"ele..sebijik follower pon takde"
jawapan--> mmglah..ini adalah kali pertama aku menype blog nih..
"asal mcm bosan ek?"
jawapan--> mmglah..ini adalah kali pertama aku menype blog nih..
"kenapa mcm kosong jerk?"
jawapan--> mmglah..ini adalah kali pertama aku menype blog nih..
"e'ele..tak menarik langsung!"
jawapan--> okeyh!! cukup nak komplen yerk.. ini adalah penype an aku yg pertama...
kesimpulannya.. this my blog new born..
so.. selamat ber follow lah yerk.. =)
ingat nak jadi cikgu
senang ke??
susah tau..mcm2 kene belaja
cikgu..jentera manusia...