PENGIKUT

Wednesday

si cantik sesuai dengan namamu

selama aku hidup 20 tahun ni
selama 20 tahun jugalah aku memegang nama amalina wahida..
tapi kenapa mesti 'memegang' kan? kenapa bukan menyandang??
tapi kalau guna 'menyandang' mesti akan dipersoalkan kenapa tidak
gunakan perkataan 'memegang'.(ok! dh pening dengan kata-kata sendiri)

masa aku masih berada pada tahap pra-operasi menurut jean piaget
aku dengan bangganya beranggapan hanya aku seorang je yang
memegang nama 'amalina wahida'.
aku fikir dalam dunia ni hanya ada aku seorang sahaja yang menggunakan
nama 'amalina wahida'. memang sangat bangga kerana diberi nama 'amalina wahida'
bila para ibu dan bapak bapak bertanya tentang nama aku akan cakap..

"nama kita amalina wahida" (sambil kembang2 hidung sebab terlalu bangga)

kebanggaan semakin memuncak dan terserlah bila aku berada pada tahap operasi konkrit menurut teori piaget.
ketika ini aku sudah bersekolah dan nak ambil upsr.
bangga seyh bila dalam sekolah hanya aku seorang.
ok diulangi hanya aku seorang yang guna nama 'amalina wahida'
memang aku suka sungguh lah nama aku 'amalina wahida'

"dahsyatlah amalina wahida nih. dahlah pandai. baik pulak tuh. aktif lagi"

ayat2 kat atas nih aku dah lali..sampai pergi sekolah pun aku dah kembangkan hidung siap2 sebab dah tahu, pergi sekolah mesti kena puji nya..

bila aku dah sampai operasi kognitif.. (oh! tidak bukan teori piaget! harap maklum)
masa tuh aku kat sekolah menengah..
masa ni.. hidung aku dah tak kembang dah.. sebab ramai lagi yang kembang dari aku..
lagipun.. sapa suka perempuan hidung kembang kan?? kau suka ke?? aku tak suka!! hahahaha. ok tak lawak!
kalau tak silap aku, aku masih pemegang the one and only 'AMALINA WAHIDA'
bangga seyh. takde sapa yang sama nama dengan aku..
ketika ini masih mempertahankan carta yang nama aku tak pernah di tiru oleh sesiapa.

tapi..
masuk je INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUN HUSSEIN ONN..
tiba2!!!
aku dikejutkan dengan berita
sorang senior aku bernama AMALINA
junior aku bernama AMALINA
oh my god!!!
tak cukup dengan itu
dalam dunia blogger pun ada jugak yang guna nama amalina

tapi..
ada seorang individu buat confession depan aku
masa tu aku hadiri suatu seminar..
dia kata
selama dia hidup dia kenal hanya beberapa orang sahaja yang guna nama amalina
dan amalina yang dia kenal semuanya baik2 ^^ dan menarik ^^ kihkihkih!!
berbakul bakul dia puji.. tapi kau rasa apa aku buat?? dan kau rasa individu yang diceritakan ni lelaki ke perempuan?? jeng jeng jeng!!
(ok! setakat ini sahaja yg dapat diceritakan tentang individu ini..llalalala~~)


selama bertahun tahun aku bangga kerana takde sapa yang bernama amalina wahida kecuali aku seorang.. kebanggaan tuh semakin luntur apabila
aku google nama amalina
ada beribu ribu lemon lagi yang guna nama amalina
looser!!looser!!looser!! KAHKAHKAHKAH!! maaf. tak lawak. sakit hati lagi adalah..


disini.. aku nak seru kepada nama semua pemilik nama
amalina!! jadilah seorang yang berguna jangan jadi looser! HAHAHAHA!! takde kena mengena seruan ni. ok2.. hargai diri anda.. kerana dirimu begitu berharga.. setiap orang ada kelebihan masing2.. tak kiralah nama kau semua apa... setiap nama sudah ditetapkan dan sesuai dengan diri masing2.. bawalah nama yang cantik tu secantik pembawakan orangnya..




*nota ringkas*
aku google nama aku "amalina wahida"
tiada siapa.. hanya aku seorang pemilik gabungan nama
"AMALINA WAHIDA" ^^

DAH HABIS PERIKSA!! MAHU APA LAGI?

Sebelum minggu periksa

Sindrom sindrom nak baca buku tu memang ada. Tapi semuanya hanya sindrom. Dan hanya disimpan di dalam hati. Sebabnya, sebulan sebelum periksa iman dah kata..
”amal, baca buku, nanti senang tak delah tergopoh gopoh nak baca semua nota”

Tapi memang kata kata iman tak dapat nak bertahan lama... kerana takde satu nota pun yang aku baca. (nampak kan kerja syaitan memang melalaikan manusia!)

Kemudian, seminggu sebelum exam mula tergopoh gapah baca nota, print nota apa yang patut sampai habis kertas A4 kemudian, satu bijik tuh pun aku masih tak baca.. sebab tergoda dengan cerita cerita download  Sassy girl, my girl, khabi kushi khabi gam, syurga cinta, mohabbatein dan etc. U did such a good job man!!! Memang aku tak baca nota langsung!! Bagus!!

Dalam minggu periksa

2012 on cinema bebeh! Mulalah rasa nak tengok itu nak tengok ini, nak pergi berfoya foya, nak main bowling, nak makan kfc, nak makan mcd, nak pergi meroyan! Semua ada dalam satu. Tetapi ketika ini iman memang johan! Kerana aku tetap kat meja study, study sampai sakit tulang belakang. Bagussnyaaa!! Anak siapa ni? 

Selepas periksa

Rasa macam nak menjerit MERDEKA sebanyak 70 kali!!! Warghhhhhh!! Melangkah je keluar dari dewan periksa rasa nak lompat lompat cium pegawai yang jaga periksa dan buat flying kiss kat semua orang. Tapi hakikatnya..

Sekarang aku kat bilik layan cerita spontan!! Hajat hajat sebelum nih yang aku nak tunaikan tak jadi. Tak tahu sebab apa. Walaupun mood berfoya-foya telah sampai ke kemuncak tetapi masih tidak dapat ditunaikan.

Tetapi!! Aha!! Aku nak kecoh nih!!
AKU DAH HABIS PERIKSA WEYH!!!!
SILA BERIKAN TEPUKAN GEMURUH SEKARANG!!

Monday

7 kategori kecewa versi AKU!!

k . e . c . e . w . a

apa itu?
aku rasa sejak akhir akhir ni perkataan kat atas tuh menyelubungi hidup aku..
kadang kadang rasa macam gila pun ada.. hahahahha
siapakah yang bertanggungjawab membuatkan aku macam gila ni??
aiyok!! tak tahu! sapa buat!

mari sini cuba baca sampai habis..
aku rasa aku ada beberapa kategori untuk dikongsikan dengan kau semua berkenaan dengan
k . e . c . e . w . a
tapi.. ini teori profesor amalinayangbelumdiiktirafmenjadiprofesorsebabdegreepundiatakhabisbelajarlagi.

kategori 1) rasa kecewa bila orang yang kau suka atau yang dah macam terpahat dalam hati kau sudah menjalinkan hubungan dengan orang lain kerana kau tak sempat nak bagitahu dia tapi dia dah lari dulu dengan orang lain. aha! kecewa semacam ini memang parah! kalau tidak kuat iman kau akan berfikir untuk bunuh diri. tapi kalau kau tak takut dengan neraka kau bunuhlah diri kau tu. aku tak nak.

kategori 2) rasa kecewa bila apa yang kau nak kau tak dapat. biasanya kategori ini akan berlaku kepada manusia yang berumur 2-12 tahun.. bila kau mintak sesuatu dekat mak ayah kau tapi mereka kata. "dont u dare to get it!" perghh.. memang aku tahu kau kecewa gila kan.. tapi aku rasa macam 12 tahun ke atas dan mungkin juga berlaku pada orang yang berumur 20 tahun macam aku bila aku nak ........... tapi ayah aku tak kasi! padan muka kau!! HAHAHAHHA!!

kategori 3) rasa kecewa bila harapan dan kepercayaan yang kau sandarkan pada kawan atau sahabat yang kau anggap sejati dipersiakan begitu sahaja. INI AKU MEMANG PANTANG!! sungguh dan sangat kecewa tahap mokhsya dewa bila kau buat kat aku eh! bukan aku tetapi bila terjadi pada sesiapa yang memang memegang bahawa pesahabatan itu terjalin pada kepercayaan dan harapan serta perlu ditaburi dengan kasih sayang.

kategori 4) rasa kecewa bila kau nak tengok nur kasih tetapi kau malas sungguh nak ke bilik rekreasi dan kau bukak u tube semua cerita nur kasih dah di delete dan hilang. ini kecewa yang membuatkan rasa macam nak buat dosa carutan. tetapi hanya perasaan rasa maksudnya masih tidak mencarut.. tidak mencarut kerana nanti kene potong lidah dekat akhirat.. apa susah masuk je lah dekat www.tv3.com kau pergi je dekat catchup tv. ade je nur kasih kat situ.. tak payah nak buat dosa carutan hanya kerana nur kasih.

kategori 5)rasa kecewa bila kau rasa nak makan MCD, PIZZA, KFC, KENNY ROGERS, RASAMAS, BIG APPLE dan etc dalam satu hari tetapi sebenarnya bila kau tengok balik makanan makanan yang kau senaraikan seperti diatas tadi membuatkan kau berkata
"habis rosak program diet aku!! nak mampos makan benda2 alah ni dalam satu hari?? gila!!"
jadi.. tak payah nak mengada ngada nak kecewa.. LUPAKAN SAHAJA SEMUA MAKANAN DIATAS! FAHAM??!!

kategori 6) rasa kecewa bila kau bukak fb dan kau lihat.. orang yang kau nak sangat jumpa pergi ke tempat yang kau lawati hari yang sama kau pergi tetapi berlainan waktu.. sebab kau pergi tengah hari dia pergi petang. siap ambil gambar ditempat yang kau juga ambil gambar disitu? dan ketika kau tengok gambar gambar dia kau rasa macam nak menangis.. dan berkata
"oh my god!! kenapa aku pergi pagi dia pergi petang!! kenapa!!kenapa!!kenapa!!"

kategori7) cukuplah.. nanti kalau ada lagi kategori terbaru oleh profesor amalinayangbelumdiiktirafmenjadiprofesorkeranadiabelumhabisbelajarlagi aku akan post untuk tatapan kau semua..

sampai disini sahaja.