PENGIKUT

Saturday

riview hotel di sekitar kota kinabalu

Memandangkan Aku selalu travel ke kota kinabalu. Jadi, aku rasa aku nk buat 1 rancangan blog show sendiri dimana aku nak review hotel hotel yang terdapat di sekitar kota kinabalu ni.

Tak, takde sponsor. Semuanya pakai duit aku sendiri. Saja perhabis duit pergi kota kinabalu tidur hotel sana sini. Aku akan bagi bintang aku sendiri. Berapa dekat dgn tengah tengah pusat kota kinabalu ni.

Antara Perkara yg aku akan riview adalah

1) service

*Aku Amat pentingkan service. Kerana budi akan dibawa ke mati.

2) kemudahan
Internet
Tempat Letak kereta

* dua Benda ni paling penting dalam kpi aku

3) jarak

*Jarak Antara hotel dengan tempat tempat menarik di kota kinabalu.

Aku Akan riview dari yang paling rendah rate semalaman sampai lah yang paling mahal. Mahal yg aku mampulah. Mampui kalau aku dh janji nak riview tapi kalau dh semalaman sampai 500 mati aku. Mungkin kalau ada yg nak sponsor aku memang tak tolak lah kan. Muahaaha. Masalahnya sekarang ada yang nak sponsor ke? Kau sape amalina? *Gelak tekan perut*

Nanti Aku buat link kat tepi blog ni bila aku buka laptop. Sebab aku mentype guna tab murah ni. Maka, non hado lah kan.

untuk Teaser aku nak mulakan dengan 2 hotel yang aku dah pergi. Tapi, maaf aku x terfikir nak ambil gambar sebab aku baru terfikir nak buat blogshow ni hari ni. Muahahha! So, cekidaut next entry.

Tata~~~

Monday

hari jubah saya :D

assalamualaikum....

29 mei 2013. hari jubah saya. nak senyum sampai 29 mei 2014 boleh tak???

5 tahun 1/2 belajar semata-mata nak jadi guru. pheuwww!! lama tahu. tambah lagi 2 tahun aku dah boleh jadi doktor pakar kalau in medic field. masalahnya sekarang, SAYA CIKGU. bukan doktor.

marilah, lihat hari jubah saya sebagai pemegang ijazah sarjana muda perguruan. now, u can call me CIKGU AMAL.  *senyum nampak gigi*

heeeeee~~

gambar kat screen.
-___-

2 orang insan yang selalu ada.. :')))
*pelukan terharu*


right after keluar dewan terus snap tetengah crowd.
power!! kahkahkah!!


hasil tangkapan 1

hasil tangkapan 2

housemate, classmate, roommate.


oh ye. one shout CONGRATULATIONNNN!! to this girl. sebab dia dapat anugerah pelajar terbaik kos reka bentuk dan teknologi. masuk tivi, masuk semua paper (baca : surat khabar) bangga mak nokkksss jadi kawan kau!! :D




last but not least.......

UTUSAN MALAYSIA. 
:P




peace yo! :D

Friday

bandung day - 2

assalamualaikum..

tak nak mukaddimah panjang-panjang. ayuh kita ke bandung semulaaaa!!!!
*lari-lari kejar flight*

hari kedua dekat bandung, kitorang pergi

cibaduyut - pasar baru - rumah mode - kartika sari

cibaduyut.

lets the picture talk




eh. sebelum tu, kenalah breakfast dulu.. ye dak?
:P





errr... rupa-rupanya, aku tak snap banyak gambar kat cibaduyut. kesian kan?? :"(
aku syorkan sesapa yang nak beli kasut kulit, boot beli kat sini. murahhhh!!! dan ini adalah reason kenapa aku tak sempat ambil gambar. gelojoh beli-belah. lupa semua benda. *big sigh*


pasar baru

 pasar baru adalah tempat wajib engkorang kena pergi. wajib. (sukahati kan jatuh hukum macam ni?) nak cari baju raya, kain pasang, lace( murah nak meninggal!!), anything u just name it. seriously, beli dekat sini. jangan lupa beli kerepek pisang salai!! seriously, aku beli sepuluh bungkus, sekali hadap je. heh. TAK CUKUPPPP!!


ehemmm!!

lace banyak dan murah!
*pengsan*

batik cotton.

batik jawa


heeeee :D

ni je lah yang sempat aku snap sebelum aku hanyut dalam kain-kain pasang yang buat aku meroyan nak beli satu kedai. T_________T

rumah mode

masa kitorang sampai kat rumah mode, hujan. lebat kemain.. rasa nak menangis je sebab harapan nak ambil gambar kat patung rumah mode macam orang-orang kat dalam google image tu seakan kabur. *lap air mata* 

untuk mengubat harapan yang semakin kabur tu, kitorang bawaklah diri pergi masuk dalam rumah mode tengok baju budak-budak kecik. haihhh.. bila ntah nak ada anak buah ntah!! heh!!





tak nampak hujan eh? 


serius! hujan. sampai jammed kat depan signature ruah mode tu. acane nak ambik gambar? wuwuwuwuwuuu~ 

maka, kitorang decide jalan-jalan sekeliling rumah mode ni, beli batagor. aha!!! korang kena beli batagor tau! sedap sampai boleh pengsan bila makan. LAPARRRRRRR!!!!!!

batagor sedappppp!!!


tengah jalan-jalan, tetiba ternampak satu lagi signature rumah mode! yeahaaaaaaaaa!!!!






heeeeeeee~~~
happy!!
:D

kartika sari

antara yang WAJIB beli, brownies kartika sari. MESTI BELI TAU!! heeeee~ memang. makanan je yang aku ingat bila pergi bandung ni. T_________T






seingat aku, kartika sari ni harganya, 35ribu rupiah untuk yang kukus, 45ribu rupiah untuk yang bakar. beza sebab expired date. kalau kukus tahan 3 hari je. so, kalau nak beli, beli masa sehari sebelum korang balik malaysia. :)

peringatan. better beli 2 paling minimum. sebab, makanan ni addicted. rasa terseksa kalau tak habiskan sekotak tu sorang. aku tak tahu lah diorang ni letak amende dalam ramuan brownies ni, ketagih kemain! heh.


balik hotel
mandi, tidur. esok nak berjalan lagi. 



see u next entry! :D