PENGIKUT

Sunday

bandung day - 1

so, jom sambung entry yang lepas.

day 1
- kawah putih-trans studio- terminal tas- herritage- the summit- cascade

kawah putih.

lepas breakfast yang menyelerakan, terus naik kereta sewa. orang bandung ni, jujur bila buat kerja. kitorang kata pukul 8, pukul 8 tepat dia sampai. :") perjalanan ambil masa 2 jam ke selatan bandung. lama baq hanggg! nasiblah scenery agak menggiurkan mata, so i dont care. :)

oh ye. bandung dengan malaysia, waktu diorang lambat sejam. so, kalau waktu solat tu, pukul 12.30 dah masuk waktu solat lah. korang just tolak sejam dari waktu malaysia. faham kan? harap faham lah ye.. hehehe.

cakap banyak tak guna, nah! aku tepek gambar sepanjang nak ke kawah putih, dan kawah putih tu sendiri.

main entrance

bayar kenderaan kat sini. kalau convert duit malaysia dalam 15.00 lah sorang.



naik van kaler oren tuh untuk naik sampai atas.

jaga-jaga dah nak sampai nih.




tadaaaaa!!! subhanallah. :")


sorryyyy.. aku dh rotate byk kali. tetap macam ni gak senget dia.. :(

teheeeee :D

cantik kan? 
*lap air mata*

                             
*lap air mata lagi*

scenary nak ke kawah putih ni pun cantek.tak tahu cheq nak habaq lagu mana ntah. sepanjang jalan teringat cerita "love is cinta" tapi, yang budak2 berlakon punya versi. diorang ada lalu danau lah apa lah.. cantek wooo.. 




kebetulan waktu balik tu, supir kitorang nak pergi solat jumaat, so kitorang decide makan kat kedai sehaluan nak balik tu. kitorang minta supir drop kitorang then dia pergi solat jumaat.

recognize banner ni kalau korang nak makan kat sini lah.
:)

ini menu

kitorang makan:
gurame kecil asam manis 40 ribu = 12.00
sayur asem 10 ribu = 3.00
nasi putih 4 ribu = 1.50 (lebih kurang)


tadaaaaa!!!
:D

sekitar kedai ni cantek wooo.. kat malaysia perlu buat macam ni kat mana mana kedai pun. check it out gambar bawah ni..




rupa paras kedai makan situhyang nih.

makanan yang halal tu, bersih! sumber yang diyakini halal. :)

next!

trans studio

trans studio ni sama macam kat times square. kanak kanak suka lah masuk dalam ni. nak masuk ada entrance tau

weekdays, 51ribu = 16.00
weekend 150 ribu = 35.00 (lebih kurang)

takpun, korang boleh check it out dekat web dia. KLIK LINK NIH. 





kat sini, kitorang solat jamak dengan bersihkan dan buang lah apa yang patut. muahahaha!! lepasni, nak pergi shopping!weeeeeeeee~~

oh ye. surau diorang campur gender. jangan terkejut plak. tempat ambil wuduk pun tak seperate. tadaaaa!! bawaklah tuala kecil ke apa ke dalam beg besar tu supaya aurat tidak terdedah. :)

terminal tas- herritage- the summit- cascade

shopping tyme! weahooooo!!! 

*4 tempat ni, satu jalan.dan bersebelahan antara satu sama lain. so, dalam tentatif aktiviti korang boleh lah letakkan tempat2 ni untuk seharian punya perjalanan.*

terminal tas, memang boleh gila tengok harga beg branded kat sini. kalau korang gila beg branded lah. macam aku, takde nafsu sangat. sebab, aku cari henbeg lain. kalau mak mak memang suka lah. ni memang taste diorang. tapi, dalam takdak nafsu nak beli, aku sambar gak satu. heeeeee


syurga beg 
*tarik rambut*




model beg
ehemmm!!

harga beg yang paling mahal kat sini, 417 ribu. kalau convert 130 ringgit. which is masih murah berbanding dekat malaysia. ada beg yang aku memang nak beli sangat masa kat batu pahat dulu, aku dah pegang dah alih2 sorang makcik ni ambil. nak nanges ke tak nak ni???? :(


muka depan terminal tas

lets go to cascade, herritage, summit.


khusyuk!
:D
sambil tunggu makcik dua orang ni beli belah apa apa yang diorang nak, aku jalan-jalan sekitar. battery aku dah kaler kuning dah tyme ni. which is, i am sooooo exhausted. tak dak ghase nak beli apa apa dah aku tyme nih. 
check it out, apa yang aku jumpa

abah abah, pakcik pakcik yang malas layan isteri beli belah, boleh lah
lepak sini.. :P





          



                            


kat sini, ada wifi.
aha!! upload kat instagram lah apa lagi kannn!!
heeeee~





sebelum balik, kitorang singgah makan malam. kitorang pakai terjah je kedai makan sehaluan nak balik hotel. kedai makan sunda. terbaik wokkkkk!!!




teh botol
wangi nak matiiii!!
rasa macam minum minyak wangi.
tapi, kawan aku dua orang ni boleh telan pulak lah kan..
hmmmm...


nasi bambu komplit.
ala ala nasi ayam penyet tapi, dalam nasi dia ada ikan bilis dengan apa ntah.

muka kenyang.
:P


cantik deco kat restoran bandung nih.
:)

sampai bilik hotel. tidur. mati.

sekian,

jumpa next entry.

:)

Saturday

tips bercuti #2 (Bandung - day 0)

assalamualaikum.

macam yang aku janji, nah! ni aku bagi tips kalau nak ke bandung pulak. walau aku tahu, bandung tu dah macam taman permainan korang je kan... tapi aku first tyme nak pergi ni. :)

before pergi bandung

1) study tempat yang korang nak pergi.
+ aku pergi bukan guna package. pergi dengan kawan-kawan, semua kena main peranan. so, lebih baik korang buat tentatif hari 1, 2 ,3 ke 4 ke berapa ntah nak pergi ke mana. barulah korang tak tercangak cangak nak pergi mana kan. so, aku dengan kawan kawan yg pergi trip ni, study guna gugel je. hahahaha!! nih satu link blog yang memang banyak info lah . TEKAN LINK NIH!!

2) seperate tax 75 ribu rupiah = rm25.00
+ tax ni, penting. korang beli barang banyak ke, barang sikit ke, tetap kena tax 75 ribu rupiah ni. so, belilah barang banyak2 sebab tax nya tetap 25.00. hahahaha! ingat tau! jangan sampai terguna plak tax ni. tak balik malaysia korang kang.

3) adapter travel.
+penting! tapi, hotel yang kitorang duduk sangat mesra orang malaysia. maybe sebab ramai orang malaysia sealu dok hotel tu agaknya, so, plug diorang 3 pin maca kat malaysia. tapi travel adapter ni penting! penting! bawa ke mana-mana sepanjang korang berjalan kat bandung nanti.

4) accomodation
+bagi yang travel without agency macam kitorang ni, semua benda kitorang urus sendiri. bermula dari hotel nak stay selama kat bandung sampailah kereta sewa. korang tak payahlah nank tunjuk terer nak drive kat bandung. menangis korang nanti kat tengah jalan.

::::: tempat tinggal : aku stay kat hotel progo. weekdays : rm 50 ringgit sebilik (deluxe)
                         
harga bilik kat hotel progo :)

:::: supir @ kereta sewa  : dekat airport ada package kereta sewa. bayar ikut jam.
macam aku ambil 12 jam untuk hari pertama ngan kedua, hari ketiga ambil 6 jam.

:::: dari airport ke hotel progo naik taxi,
 40 ribu rupiah = rm 12.00 (murah!!! sebab aku bahagi 4)

5) KALKULATOR!!
+ aku bawak kalkulator saintifik lagi. hambekkk!! selamber calculate harga kat kedai2. PENTING! SERIOUSLY, SANGAT PENTING! kalau korang akauntan, tak payahlah nak bawak.

6) list converter duit.
+ ini pun sangat penting! korang bawak ke mana-mana bila korang nak membeli belah. beli makanan pun korang kena tengok harga. baru budget tak lebih. biasalah kan, nak bercuti tapi nak budget. saya bukan anak orang kaya macam kome.. :))

INI LINK CONVERTER DUIT YANG KORANG BOLEH PRINT.

INI LINK SATU LAGI

tak payah berlagak nak kira guna otak. otak kita semua ada had limit yang sampai satu tahap korang akan pening bila harga beribu ribu.. huhuhuhuhu

7) beg shopping extra.
+bawaklah beg shopping giant ke, jusco ke, apa2 lah yang go green tuh. pastikan besar. kalau tak, korang memang akan beli beg kat pasar baru harga 20 ribu lah gamaknya.. keh keh keh. aku memang tekankan beg shopping ni sebab memang korang akan balik dengan 2 3 beg extra. SERIUS! tak pun, bawak beg pack. senang. sumbat semua barang shopping dalam beg pack. setel masalah.


*aku sangat rekemen korang tinggal kat hotel progo. sebab, belakang hotel progo dah ada tempat-tempat yang best untuk korang shopping. :)

*breakfast dia pun best!!! :D

budget aku:

aku tukar 2 juta rupiah. maksudnya, 600++ untuk semua sekali. termasuk pengangkutan, makan, tempat tinggal, shopping. jangan lupa, bawa cash malaysia dalam rm 150. in case, korang terguna untuk tax ke apa ke lah. PENTING TAU DUIT EMERGENCY NIH.


sekian, jumpa next entry.

peace. :))



Sunday

dah nak setahun kot (perth 4)

assalamualaikum...

sebenarnya, nak sambung tentang vacation masa ke perth , western australia yg dah nak setahun berlalu tapi tak habis cerita tu. [phewwwww. lama betol baq hanggg] sebab dah janji mesti kena tepati. heh. [amal, amal kau buat apalah sampai bizi  sgt mcm ni]

so, here we goes. [tolong lah set dalam otak, seperti saya BARU baru je balik dari perth 2minggu lepas. eheh!]

fremantle (kaili's) - uni curtin -around perth city- swan valley (bell tower) - king's park - london court

fremantle

so, bangun pagi terus suwaibah hantar pergi train. nak pergi fremantle. iheh.. pergi fremantle lagi? why amal why? sebab, kitorang nak makan kat kaili's pulak. muahahaha!! semua kaki makan, maka makanan dekat freemantle ni haruslah di cuba semuanya. well, kalau korang baca post pasal perth 3 ni, kitorang ada makan kat chcherillo's kan? haa, kaili's ni kat sebelah dia. menghidangkan makanan yg sama, portion yg besar cuma view je yg berlainan. harga makanan 13.90 aud also. kitorang makan fish and chip jugak. engkorang jgn makan ayam pulak kat sini ye. ahahahaha~ (tak lawak amal, tak lawak T_____T )


Kaili's di kala malam hari (snap masa kat chicherillo's malam sebelumnya)

the menu. hungreyhhhhhh!!!

boleh pilih sebelum masuk kedai. lapar tahu tak?? LAPAR!


the eater.
*gemuk*
(dah boleh nangis dah tgk kegemukan sendiri)

acah-acah baca news. padahalllll -__-

rupa paras kedai kaili's ni. :)
*sorry, tak rotate*

the portion of fish and chip. oh dengan fish and sotong. 
sotong dalam english apa? noob amal. noob.


the scenary. woallaaaa! :)

dont u ever feed this ALLAH's creature.
sebab, ada notis jgn beri binatang ni makan. 
maybe ianya seperti gagak di Malaysia cumanya, ianya putih bersih. serius.

jadi, lepas makan, kitorang decide nak jalan-jalan sekitar kaili's tu, and decide nak jalan kaki sampai fremantle train station. korang kena rajin jalan kaki. barulah macam tourist. lagipun, tak peluh pun kalau jalan banyak-banyak. sejukkkkkk ok sejukkkkkkk. :)

tengah jalan-jalan nampak this human creature

TADAAAAAA!! 

MERMAID versi tua. T_T

ikut sejarahnya, mermaid tak pakai baju ni tunggu nelayan pulang bla bla bla blaaa... ah! i forgot about the story. hello. dah setahun vacation ni weyyyyhhhh. poor me. (nanges)

tapi! korang leh baca, kat info yang terletak di sebelah creature mermaid tu. 


ha, kat sini. 
bagus perth ni. everywhere u can learn. like seriously. 



ihiks. hello, mermaid.

my friend: euwwww.. geli lah aku tgk perempuan tepi laut ni.

aku: epik kot. aku nak ambil gambar. ihiks (muka gediks)

my friend: geli lah malina. euwwwww. (snap pic)

aku : ahahahahahahah!!! epik.


:)

lets go to the next station. 

uni curtin.

suwaibah : amalina, tak nak pergi uni kitorang ke...? 

aku : *looking each other*

aku: ha, boleh2. bila lagi nk tgk uni korang kan. heeeee

mimi, minah : orait, kitorang pergi lepas pergi kaili's eh suwaibah.

maka, uni curtin ni adalah destination yang tak dirancang. but, teringin jugak tgk uni diorang ni. fefeeling macam study overseas lah kan. aku dah fikir nak ambil gambar SALAM PERANTAU dah kat sini. T____T

dah sampai! :)

aku : suwaibah, ada tak orang baring2 kat park kat uni ni?

suwaibah : *senyum* nanti kita tgk kat dalam eh.

noob kan aku. punyalah tersampuk tengok dalam cite orang inggeris kan.


TADAAAA!!! ada ok. orang baring2. so, korang dah boleh percaya cerita orang putih tu.
hahahaha!

AUTUMN. 
was soooo nice. miss the weather. :')


heee~

suwaibah : korang tak nak beli apa2 ke before jalan perth city?

kami : takde kot. baru makan tadi. 

suwaibah: takpe, kita pergi cafe tengok ada apa2 nak beli tak.

so, kitorang jalan2 dalam uni curtin ni. cantik ok uni macam ni. tenang betul suasana. UITM, ada ke macam ni? takde kannnn... :p

jalan punya jalan, tetiba i saw someone yg sangat dikenali di utube. like macam baru seminggu lepas tengok video dia kot kat dalam utube.




TADAAAAAA!!!!
MATLUTHFI.

seriously, TERUJA!!! tak jumpa kat Malaysia, jumpa kat uni dia. sepanjang tengok video tertanya jugak dia ni belajar kat aussie kat celah mana. sekali, kat uni curtin rupanya. 

matluthfi : *tengah nganga nak makan burger*

kitorang : matluthfiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!! *seriuosly. jerit ok. serius. tolong percaya*

matluthfi : errrrr... *muka hang (baca :heng; blur)

suwaibah : aik? mana kenal dia ni? *point tu matluthfi*

kitorang : amboih! kitorang ni tak tgk tivi tapi tgk utube. *senyum lebar.*

matluthfi: korang buat apa kat sini?

*macam soalan bodoh pulak bila fikir balik apa yg matluthfi tanya*

kawan : takkanlah, kitorang belajar sini kan.

matluthfi : manalah tau, hangpa belajaq sini 

suwaibah : diorang vacation. saja jalan-jalan sini.

matluthfi : vacation datang uni? 

*and the rest was history*

takkan aku nak cerita semua dialog borak dgn matluthfi ni kan. habis entry post aku nanti. muahahahha!!! yang penting, gua jumpa matluthfi. dekat perth. lu orang ada ke?? haaaaa...takde kan. :p

perth city.

kitorang jalan-jalan sekitar perth city. nak pergi harbour town. well, public transport free kan. apa lagi uolss. i olls lenjan public transport macam org gila lah. *kalau kat Malaysia memang tak lah*

harbour town ni, sebenarnya shopping complex. uolls naik CAD kaler yellow tak silap aku. well, kat dalam brochure CAD ada tentatif perjalanan CAD ni, so, dont wory be happy. semuanya akan jadi berehhhhh~ *suara heliza helmi*

*CAD - bus public free

here we goes. random picture from perth city. kitorang just jalan2 around sambil menuju ke harbour town. 


comel. :')

lots of boots!!!!
beli lah uolls. aku keluaq liuq tengok boots kat sini.
dan, terkilan sebab tak beli.
what to dooo... (nanges)


jem?
yes. perth city agak sibuk waktu balik office hour ni.

beli belah lagi?
yes! 
hahahahahahah!

CAD BROCHURE
korang, boleh ambil brochure ni kat memana information centre. 
dont worry.
perth mesra pelancong.

well, disebabkan kitorang terambil banyak masa beli sourvenir kat kedai sourvenirdalam perth city ni, bell tower dengan king's park tak sempat nak jejak. jalan2 tengok dalam CAD je. sedihhh! uolls kalau pergi perth, uolls pergi ini dua tempat tau! MESTI PERGI!!

ni gambar dalam CAD je. (sedih lagi sekali)

tower bell

swan river

kaki bukit king's park

walau sedih tak naik king's park tetap senyum.
:)

letih.
serius.
*tiup rambut kat dahi*

london clock kat london court.

london court ni macam street, kedai2 tepi kiri kanan. lepastu ada london clock. dinamakan london court sebab, suasana dia macam london court kat london. pahei dak ambo oyak gapo ni? contoh, china town. dinamakan china town sebab macam kat china suasana dia. faham kan? tak faham, buat2 faham lah eh. :p

start jalan kat murray street. nak balik pun kebetulan kat murray street gak.

ada story tau masa naik public bus nak balik ni tau.

kitorang salah naik bus. muahahahahah!! habis kena marah dengan pemandu bus tu. dia kata, kitorang tak sepatutnya naik bus ni. lepastu, dia ceramah ceramah panjang berjela. serius. BERJELA. lepastu, kitorang senyap je sebab dah letih kan. dia kata, dia just risau. sebab dah malam, kitorang perempuan lagi, bahaya. macam abah abah dah dia ceramah. then dia kata  dia kena cakap apa yg dia cakap tu as humanity. tapi, he has a kind heart. dia tak bagi kitorang tukar bus. dia hantar jugak kat laluan yg kitorang nak pergi tu. huhuhuhu~ uncle, u are nice. seriously. :')




the end of the story. 

balik rumah, tidur. esok, flight pulang Malaysia pukul 7.30 pagi. :)




peace/