PENGIKUT

Sunday

bandung day - 1

so, jom sambung entry yang lepas.

day 1
- kawah putih-trans studio- terminal tas- herritage- the summit- cascade

kawah putih.

lepas breakfast yang menyelerakan, terus naik kereta sewa. orang bandung ni, jujur bila buat kerja. kitorang kata pukul 8, pukul 8 tepat dia sampai. :") perjalanan ambil masa 2 jam ke selatan bandung. lama baq hanggg! nasiblah scenery agak menggiurkan mata, so i dont care. :)

oh ye. bandung dengan malaysia, waktu diorang lambat sejam. so, kalau waktu solat tu, pukul 12.30 dah masuk waktu solat lah. korang just tolak sejam dari waktu malaysia. faham kan? harap faham lah ye.. hehehe.

cakap banyak tak guna, nah! aku tepek gambar sepanjang nak ke kawah putih, dan kawah putih tu sendiri.

main entrance

bayar kenderaan kat sini. kalau convert duit malaysia dalam 15.00 lah sorang.



naik van kaler oren tuh untuk naik sampai atas.

jaga-jaga dah nak sampai nih.




tadaaaaa!!! subhanallah. :")


sorryyyy.. aku dh rotate byk kali. tetap macam ni gak senget dia.. :(

teheeeee :D

cantik kan? 
*lap air mata*

                             
*lap air mata lagi*

scenary nak ke kawah putih ni pun cantek.tak tahu cheq nak habaq lagu mana ntah. sepanjang jalan teringat cerita "love is cinta" tapi, yang budak2 berlakon punya versi. diorang ada lalu danau lah apa lah.. cantek wooo.. 




kebetulan waktu balik tu, supir kitorang nak pergi solat jumaat, so kitorang decide makan kat kedai sehaluan nak balik tu. kitorang minta supir drop kitorang then dia pergi solat jumaat.

recognize banner ni kalau korang nak makan kat sini lah.
:)

ini menu

kitorang makan:
gurame kecil asam manis 40 ribu = 12.00
sayur asem 10 ribu = 3.00
nasi putih 4 ribu = 1.50 (lebih kurang)


tadaaaaa!!!
:D

sekitar kedai ni cantek wooo.. kat malaysia perlu buat macam ni kat mana mana kedai pun. check it out gambar bawah ni..




rupa paras kedai makan situhyang nih.

makanan yang halal tu, bersih! sumber yang diyakini halal. :)

next!

trans studio

trans studio ni sama macam kat times square. kanak kanak suka lah masuk dalam ni. nak masuk ada entrance tau

weekdays, 51ribu = 16.00
weekend 150 ribu = 35.00 (lebih kurang)

takpun, korang boleh check it out dekat web dia. KLIK LINK NIH. 





kat sini, kitorang solat jamak dengan bersihkan dan buang lah apa yang patut. muahahaha!! lepasni, nak pergi shopping!weeeeeeeee~~

oh ye. surau diorang campur gender. jangan terkejut plak. tempat ambil wuduk pun tak seperate. tadaaaa!! bawaklah tuala kecil ke apa ke dalam beg besar tu supaya aurat tidak terdedah. :)

terminal tas- herritage- the summit- cascade

shopping tyme! weahooooo!!! 

*4 tempat ni, satu jalan.dan bersebelahan antara satu sama lain. so, dalam tentatif aktiviti korang boleh lah letakkan tempat2 ni untuk seharian punya perjalanan.*

terminal tas, memang boleh gila tengok harga beg branded kat sini. kalau korang gila beg branded lah. macam aku, takde nafsu sangat. sebab, aku cari henbeg lain. kalau mak mak memang suka lah. ni memang taste diorang. tapi, dalam takdak nafsu nak beli, aku sambar gak satu. heeeeee


syurga beg 
*tarik rambut*




model beg
ehemmm!!

harga beg yang paling mahal kat sini, 417 ribu. kalau convert 130 ringgit. which is masih murah berbanding dekat malaysia. ada beg yang aku memang nak beli sangat masa kat batu pahat dulu, aku dah pegang dah alih2 sorang makcik ni ambil. nak nanges ke tak nak ni???? :(


muka depan terminal tas

lets go to cascade, herritage, summit.


khusyuk!
:D
sambil tunggu makcik dua orang ni beli belah apa apa yang diorang nak, aku jalan-jalan sekitar. battery aku dah kaler kuning dah tyme ni. which is, i am sooooo exhausted. tak dak ghase nak beli apa apa dah aku tyme nih. 
check it out, apa yang aku jumpa

abah abah, pakcik pakcik yang malas layan isteri beli belah, boleh lah
lepak sini.. :P





          



                            


kat sini, ada wifi.
aha!! upload kat instagram lah apa lagi kannn!!
heeeee~





sebelum balik, kitorang singgah makan malam. kitorang pakai terjah je kedai makan sehaluan nak balik hotel. kedai makan sunda. terbaik wokkkkk!!!




teh botol
wangi nak matiiii!!
rasa macam minum minyak wangi.
tapi, kawan aku dua orang ni boleh telan pulak lah kan..
hmmmm...


nasi bambu komplit.
ala ala nasi ayam penyet tapi, dalam nasi dia ada ikan bilis dengan apa ntah.

muka kenyang.
:P


cantik deco kat restoran bandung nih.
:)

sampai bilik hotel. tidur. mati.

sekian,

jumpa next entry.

:)

Saturday

tips bercuti #2 (Bandung - day 0)

assalamualaikum.

macam yang aku janji, nah! ni aku bagi tips kalau nak ke bandung pulak. walau aku tahu, bandung tu dah macam taman permainan korang je kan... tapi aku first tyme nak pergi ni. :)

before pergi bandung

1) study tempat yang korang nak pergi.
+ aku pergi bukan guna package. pergi dengan kawan-kawan, semua kena main peranan. so, lebih baik korang buat tentatif hari 1, 2 ,3 ke 4 ke berapa ntah nak pergi ke mana. barulah korang tak tercangak cangak nak pergi mana kan. so, aku dengan kawan kawan yg pergi trip ni, study guna gugel je. hahahaha!! nih satu link blog yang memang banyak info lah . TEKAN LINK NIH!!

2) seperate tax 75 ribu rupiah = rm25.00
+ tax ni, penting. korang beli barang banyak ke, barang sikit ke, tetap kena tax 75 ribu rupiah ni. so, belilah barang banyak2 sebab tax nya tetap 25.00. hahahaha! ingat tau! jangan sampai terguna plak tax ni. tak balik malaysia korang kang.

3) adapter travel.
+penting! tapi, hotel yang kitorang duduk sangat mesra orang malaysia. maybe sebab ramai orang malaysia sealu dok hotel tu agaknya, so, plug diorang 3 pin maca kat malaysia. tapi travel adapter ni penting! penting! bawa ke mana-mana sepanjang korang berjalan kat bandung nanti.

4) accomodation
+bagi yang travel without agency macam kitorang ni, semua benda kitorang urus sendiri. bermula dari hotel nak stay selama kat bandung sampailah kereta sewa. korang tak payahlah nank tunjuk terer nak drive kat bandung. menangis korang nanti kat tengah jalan.

::::: tempat tinggal : aku stay kat hotel progo. weekdays : rm 50 ringgit sebilik (deluxe)
                         
harga bilik kat hotel progo :)

:::: supir @ kereta sewa  : dekat airport ada package kereta sewa. bayar ikut jam.
macam aku ambil 12 jam untuk hari pertama ngan kedua, hari ketiga ambil 6 jam.

:::: dari airport ke hotel progo naik taxi,
 40 ribu rupiah = rm 12.00 (murah!!! sebab aku bahagi 4)

5) KALKULATOR!!
+ aku bawak kalkulator saintifik lagi. hambekkk!! selamber calculate harga kat kedai2. PENTING! SERIOUSLY, SANGAT PENTING! kalau korang akauntan, tak payahlah nak bawak.

6) list converter duit.
+ ini pun sangat penting! korang bawak ke mana-mana bila korang nak membeli belah. beli makanan pun korang kena tengok harga. baru budget tak lebih. biasalah kan, nak bercuti tapi nak budget. saya bukan anak orang kaya macam kome.. :))

INI LINK CONVERTER DUIT YANG KORANG BOLEH PRINT.

INI LINK SATU LAGI

tak payah berlagak nak kira guna otak. otak kita semua ada had limit yang sampai satu tahap korang akan pening bila harga beribu ribu.. huhuhuhuhu

7) beg shopping extra.
+bawaklah beg shopping giant ke, jusco ke, apa2 lah yang go green tuh. pastikan besar. kalau tak, korang memang akan beli beg kat pasar baru harga 20 ribu lah gamaknya.. keh keh keh. aku memang tekankan beg shopping ni sebab memang korang akan balik dengan 2 3 beg extra. SERIUS! tak pun, bawak beg pack. senang. sumbat semua barang shopping dalam beg pack. setel masalah.


*aku sangat rekemen korang tinggal kat hotel progo. sebab, belakang hotel progo dah ada tempat-tempat yang best untuk korang shopping. :)

*breakfast dia pun best!!! :D

budget aku:

aku tukar 2 juta rupiah. maksudnya, 600++ untuk semua sekali. termasuk pengangkutan, makan, tempat tinggal, shopping. jangan lupa, bawa cash malaysia dalam rm 150. in case, korang terguna untuk tax ke apa ke lah. PENTING TAU DUIT EMERGENCY NIH.


sekian, jumpa next entry.

peace. :))