PENGIKUT

Saturday

riview hotel di kota kinabalu : #1 ZARA'S BOUTIQUE HOTEL

Assalamualaikum.
Previews Entry aku kata aku nak buat riview kan? So, here it is.

bismillahirrahnmanirrahim.

Zara's boutique hotel ni aku pergi awal tahun 2014, jadi tak de gamba yang aku ambil sendiri. So, gammbar gambar  yang aku tepek kat sini semua ehsan gugel ye. Sorry empunya gambar, aku ambil tanpa kredit ke korang.

Sebelum tu, hotel ni boleh book dekat agoda,dekat bookhotel. Dan hotel ni masuk tripadvisor tau. Maksudnya, worldwide mengakui kebagusan hotel ni. Dan menunjukkan bahawa hotel ni terkenal dengan Pilihan orang ramai. Hotel ni aku survey kat agoda dia tergolong dalam golongan hotel  3 bintang.

1) service

Service Dia memang tiptop. Dua ibu jari aku bagi. Lobi dia pun cantik. Bila service tiptop, bayaran pon tiptop lah kan. Aku ambil twin single.  Saba kejap aku bagi gambar..
                         
 
Bilik Memang besar gila. Double bed aku tak tahulah bilik dia besar mana. Tapi  kalau survey dekat gugel imej lagi ramai kapasiti penginap lagi besar bilik tu. Gila best!!

2) kemudahan
Internet : memang ada tapi sangat low. Masa aku pergi tu slow gila. Aku nak search zara boutiqe hotel pun tak dapat masa tu. Nak whastapp boleh. Tapi, bila nk d/load imej via whatsapp tak boleh. So, bagi aku internet tak best kat sini. Hopefully,diorang upgrade wifi diorang. Sebab, traveler Mmg sgt memerlukan wifi. Wifi adalah nadi bagi para traveler sekalian.

Tempat Letak kereta : paling terbaik. Berlambak gila petak kosong. Aku puas hati lah dengan kemudahan car park hotel ni.

3) jarak

Kalau Dari airport memang dekat.

Kalau Ke bandar dalam 10 minit.

Kalau Ke pasar filipin, cp, jetty nk g pulau pulau yg cantik dlm 15 minit tanpa sesat dan jem.

Tapi, takde pengangkutan nak ke sana. Aku rasa boleh minta hotel booking pengangkutan atau panggil teksi rasanya. Aku tak tahu sbb aku bawa kereta sendiri. Hahaha!

Kalau Ke kundasang memang jauh lah. Better kau orang stay dekat bandar kota kinabalu kalau takde kenderaan. Kalau ada kenderaan, aku sarankan zara's boutique hotel ni. Memang best. Aku tak tipu.

Kedai Makan: kalau hal makan, jangan risau. Diorang ada cafe diorang sendiri. Tak kebulur pun,jangan risau.

4) harga

Masa Aku pergi aku ambil twin bed, so harga RM117 semalam. Kalau korang pergi 2 org, leh lah bahagi dua rate dia kan. Jimat. Harga bilik termasuk sarapan. Memang berbaloi.
 Aku puas hati. Ada banyak lagi pilihan bilik dekat hotel ni. Utk family pun ada juga. So, pilihlah yg mana suka sila janganlah segan.. *lagu raya*

Harga bilik hotel ni, berubah ikut keadaan. Kenkadang Diorang ada buat Promosi. Kadang kadang ikut lah agoda turunkan berapa. Book hotel turunkan berapa. Tapi,kalau walkin harga tetap ye anak anak... :D

after All, its your own choice.

Tata~ =)

riview hotel di sekitar kota kinabalu

Memandangkan Aku selalu travel ke kota kinabalu. Jadi, aku rasa aku nk buat 1 rancangan blog show sendiri dimana aku nak review hotel hotel yang terdapat di sekitar kota kinabalu ni.

Tak, takde sponsor. Semuanya pakai duit aku sendiri. Saja perhabis duit pergi kota kinabalu tidur hotel sana sini. Aku akan bagi bintang aku sendiri. Berapa dekat dgn tengah tengah pusat kota kinabalu ni.

Antara Perkara yg aku akan riview adalah

1) service

*Aku Amat pentingkan service. Kerana budi akan dibawa ke mati.

2) kemudahan
Internet
Tempat Letak kereta

* dua Benda ni paling penting dalam kpi aku

3) jarak

*Jarak Antara hotel dengan tempat tempat menarik di kota kinabalu.

Aku Akan riview dari yang paling rendah rate semalaman sampai lah yang paling mahal. Mahal yg aku mampulah. Mampui kalau aku dh janji nak riview tapi kalau dh semalaman sampai 500 mati aku. Mungkin kalau ada yg nak sponsor aku memang tak tolak lah kan. Muahaaha. Masalahnya sekarang ada yang nak sponsor ke? Kau sape amalina? *Gelak tekan perut*

Nanti Aku buat link kat tepi blog ni bila aku buka laptop. Sebab aku mentype guna tab murah ni. Maka, non hado lah kan.

untuk Teaser aku nak mulakan dengan 2 hotel yang aku dah pergi. Tapi, maaf aku x terfikir nak ambil gambar sebab aku baru terfikir nak buat blogshow ni hari ni. Muahahha! So, cekidaut next entry.

Tata~~~

keliru

Apa Perasaannya ni?
Ada Rasa suka mula meniup dlm jiwa.
Apakah Lama atau sementara?

Tunjukkan
Yg Mana hak yg mana batil
Aku Manusia yg selalu keliru

Kau Tahu kan bagaimana rasa
Ditolak.
Ya Amat pedih.

Jangan.
Jangan Jatuhkan aku
Pada Sesuatu yg bukan utk aku.