PENGIKUT

Tuesday

kurangkan memandang yang diatas, selalulah melihat yang dibawah

dari kecil, sampai besar, aku memang tak pernah puas kalau aku tak dapat nombor satu.

aku masih ingat,

masa tadika.
aku tak dapat semua piala, aku tak dapat semua hadiah. tapi aku dapat hadiah 5 dari semua matapelajaran yg diajar.
tapi aku,
 bukan pelajar paling terbaik tadika.

sekolah rendah,
aku sentiasa bersaing dengan diri sendiri di setiap peperiksaan.
aku nak nombor satu. nombor satu adalah target aku.
bukan 2, bukan 3, jauh sekali nombor yang lain lain. memang aku tak nak.
aku berusaha.
aku belajar.
tapi, tetap. aku bukan pelajar paling terbaik secara  keseluruhan,
yang aku dapat
hanya
pelajar contoh, pelajar terbaik bagi beberapa matapelajaran.
 itu sahaja.

sekolah menengah,
nak ambil peperiksaan PMR.
aku punyalah setiap hari belajar,
siang malam,
aku belajar.
aku nak dapat yang paling terbaik secara keseluruhan
tapi tetap,
aku tak dapat baik secara keseluruhan
aku hanya dapat terbaik bagi 5 mata pelajaran sahaja.
point nya, aku masih gagal jadi pelajar paling terbaik.

tibalah masa,
ambil SPM
aku belajar sampai menangis.
memberontak dalam belajar.
pernah dengar memberontak dalam belajar?
ye, aku lah orang yang memberontak dalam belajar.
dalam badan aku, ada satu suara kata,
'amal! UPSR, PSRA, PMR, kau gagal jadi pelajar paling terbaik. ni, SPM je lah peluang kau. kau kena belajar.'

ye. suara tu, setiap hari dalam otak aku.
sampai aku rasa nak gila.
aku belajar.
bila aku tak dapat bagus dalam sesetengah pelajaran,
aku jadi sangat sangat sangat kecewa.
dalaman aku gila.
kerana aku nak sangat mak ayah aku bangga dengan aku.
aku nak diorang sentiasa tersenyum dengan keputusan keputusan aku.
tapi,
masih.
aku tak dapat jadi pelajar contoh secara keseluruhan,
yang aku dapat
hanya menjadi pelajar terbaik SPM bagi 1 matapelajaran sahaja.
bukan yang paling terbaik.

IPTA

aku bina keyakinan baru,
supaya setiap kali periksa, cgpa aku tidak jauh dari cemerlang
aku paksa diri aku buat semua benda dengan terbaik.
ye. aku paksa.
terngiang-ngiang di kepala
'sejak dari UPSR, kau tak dapat langsung jadi pelajar contoh keseluruhan, masa ni lah untuk kau tebus semuanya'

memang, setiap kali periksa, cgpa aku tidak jauh.
malah, lebih lagi
cuma,
dunia ini mungkin terlalu kejam dengan aku.
walaupun aku sudah cukup kriteria yg diberikan,
masih aku tergolong dalam kumpulan yang bukan PALING TERBAIK.

ye.
sepanjang 24 tahun,
aku nak jadi YANG PALING TERBAIK.
aku buat semua benda.
orang kata usaha tangga kejayaan kan?
aku rasa, dah beribu tangga aku daki. masih, tidak jumpa yang PALING itu.
kenapa aku tidak merasa yang PALING, tapi ALLAH bagi aku merasa yang sederhana sahaja?
aku masih cuba faham.




amal, syukur. perkataan itu yang kau lupa.




No comments: