PENGIKUT

Saturday

aku yang berdosa

dalam kau meniti kehidupan dunia..
tiba  tiba satu saat kau tersentap.
tersentap dengan teguran dari Tuhan.

:(



sejauh mana langkahku disana
aku melupakanMU...

ya ALLAH
hina terasa...

aku yang berdosa..

Wednesday

random #3

assalamualaikum..

dah lama takde segmen random dalam blog ni kan?
bila segmen random, haruslah berkenaan tentang diri aku secara random. ayuhhhh!!! <---nak pergi mana?? =_=

1) sekarang dah masuk 1 sya'ban. im feeling so excited to go for ramadhan. ah!dua tahun kenangan ramadhan mencucuk-cucuk jiwa. walaupun pengakhirannya tetap 'hilang' tapi aku tetap percaya ada sesuatu di dalam berkat ramadhan untuk aku gapai pada ramadhan kali ni. kalau masih hilang, aku takkan putus harap. at least, aku masih mahu hidup.

2)result sem lepas dah keluar. alhamdulillah... syukur. =) dalam hati tersangat mahu berterima kasih pada seseorang,sebab banyak menyokong selama aku menghadapi cabaran praktikum.tapi, aku tak tahu nak guna cara apa. dan orang tu mahu dengar atau tidak. tapi, aku boleh kirim doa kan? aku tahu, ALLAH maha mendengar..

3)sudah bentang proposal.tak kena condemn terlalu teruk dari panel. tapi, boleh diperbaiki. proposal done. ah! terima kasih pada seorang insan.. insan yang sama.. aku boleh kirim doa kan?

4)next week start internship. i dont know how i can handle myself. but i try my best to handle the pressure. alone.

5) dah install autocad. sem last ni, aku kena belajar aotucad. dan, autocad adalah satu perkara yang aku paling teruk. boleh kata paling *bodoh. bila aku cakap that * word, aku memang memaksudkan. *pressure* serius. aku pressure bila kenang exam nanti. *menangis dalam hati* kenapa aku negatif even belum belajar lagi, sebab aku pernah ambil auticad 2D masa foundation dulu. it WORSE!! sekarang, kena belajar 3D pulak.. =(

"SEMOGA AMALINA TABAH!!"  

=(



heeeee~~~
aku addict cerita dejavu di kinabalu sekarang. ohhhhh emmmmm geeeeeee!!
korang layan lah cerita ni pepetang sambil nak tunggu berbuka kan. hehehehehe~
cakap macam dah bulan ramadhan je kan..





ps: kita merancang, ALLAH juga merancang,tapi perancangan ALLAH yang paling terbaik.. :)
pss:aku harap paru-paru dan jantung aku bertahan sampai habis internship. at least.. :(

Sunday

ketawa bersama...menangis pun bersama

ketawa bersama..
menangis pun bersama..
ku bersumpah
harap kita
mati pun bersama...
 :')




rahsia ini..
telah lama aku pendamkan..

teman pengganti - malique & black


seriously..
THIS IS MASTERPIECE!!!

Wednesday

hadiah dari jauh (PERTH,3)

assalamualaikum..

agak lembap internet kan? haihhh!! dah lah nak upload banyak gambar ni. =P

tak nak banyak membebel, jom pergi terus ke motif utama kita.

day 2 - pinnacle - lancelin - fremantle

hari kedua kitorang gerak dari cervantes sampai pinnacle. BANGUN PAGI. pukul 5 kitorang dah bangun. kalau korang nak tahu, 5.30 dah masuk subuh, pukul 6.30 dah syuruk. jadi, tak payah nak mengada tidur lama-lama. its all about time!!

perjalanan ke pinnacle dari cervantes lodge ni dalam 30 minit. kitorang nak tengok sunrise. heee~~ oh ye! this is my dream for. umum mengetahui 29 april is my birthday. jadi, umur 23 tahun, aku dapat sambut birthday dekat perth. =) hadiah terbaik yang aku dapat. *menangis terharu* terima kasih kat mak ayah yang tunaikan impian. *menangis lagi*



 masuk pinnacles nambung national park ni kena bayar. memang takde orang jaga pun kat depan tu, tapi TUHAN nampak kan? so, masuk dalam ni entrance fee dia 10 aud satu kereta if im not mistaken.
*kalau salah, harap maafkan.. =( *

 masukkan kat dalam kotak atas ni. envelope semua dia dah sediakan, korang baca instruction dekat kotak atas ni, then dah bayar! maka, boleh lah bawak kereta masuk dalam..








semua gambar tidak di instagramkan. ulang sekali lagi, semua gambar adalah ASLI. lihat, cantekkkkk sangat! aku rasa nak menangis tengok sunrise di pagi 29 april.. *lap air mata*

dalam sejam rasanya kat sini. letih ambil gambar. PUASSSS!!

next, lancelin.

lancelin ni tempat sand boarding. takde entrance fee. tapi kene hired board. satu board 7 aud. kitorang hired satu board. tak payah bebanyak board weyh korang nak sand board gegilir lah.. =) simpan duit nak beli sourvenir nanti. *ehemmmm!!*


 pilihlah mana-mana bukit pasir yang korang nak luncur. kitorang pilih yang dekat dan kecik je. nak mendaki tu ha.kalau banyak stamina pergilah jauh-jauh dan tinggi-tinggi. is up to u darling.. =)


hired board kat lucky 7 ni. peramah penjaga lucky 7 ni. heee~korang tanya je lah apa-apa yang korang nak tahu nanti dia jawab dengan ramahnya.




panas terik. tapi sejukkkkkkkkkkkk sangat. sampai rasa nak pakai glove. tak berpeluh kalau korang nak sand board seratus kali pun tak letih aku rasa.. HAHHAHA!

next, pergi fremantle. fremantle nak pergi eshed market nak beli sourvenir . fremantle ni memang tempat wajib pergi kalau sesapa yang pergi PERTH.  sebelum tu, pergi hantar kereta dekat suwaibah. kalau korang nak menginap aku syorkan pergi YHA BACPACKERS. satu malam 32 aud *If im not mistaken*. kalau convert duit MALAYSIA RM115. yha ni strategik. tengah-tengah city. sebab apa kena tinggal dekat city? sebab, lepas ni semua tempat yang nak pergi adalah sekeliling city. jalan kaki, naik public transport yang FREE!! weahoooo!!



 train dekat sini laju weyh. dan tepat masa. sangat tepat. kalau tertera dekat board 12 minit.memang 12 minit dia sampai. tak delay. this is sooooo gooooooooddddd.. =) tak sesak. semua orang boleh duduk. serius.
harga tiket nak ke fremantle 3.80 aud. murah kan? huuuuu~ berbaloi!


 e-shed market ni buka 2 hari je dalam seminggu. sabtu dan ahad. dan tutup pukul 5. jadi, pergilah pagi-pagi kalau korang nak beli lama-lama dan tenang. =)


kat sini aku beli fridge magnet dengan keychain. fridge magnet around 1-4 aud. keychain pun sama. 3 pack boleh dapat 5 aud.murahhhhhhh sangat fridge magnet kat sini. uncle kedai ni pon baik. boleh bagi diskaun gila-gila kat korang. dan sangat peramah. =)


ni lah uncle kedai sourvenir yang baik hati tu. =) semoga perniagaan dia makin baju. korang pergilah kedai dia. nama kedai dia MEGABES. seriously murah dan puas hati. belilah banyak banyak fridge magnet kat sini. aku sangat mengesyorkan tak yah beli kat tempat lain.

next, dah sampai sini korang wajib makan fish n chip dekat cicerillo's. portion dia besar. kitorang makan satu set untuk 3 orang. itupun kenyang saangattttttt! satu set fish n chips 13.90aud. air dalam 3 aud kalau tak salah lah. kalau nak jimat lagi, bawa bekal air. kihkihkihkih~





sejukkkkkkkk sangat. korang boleh makan kat dalam atau kat luar. kitorang makan kat luar kat tepi tu banyak kapal. heeee~ sangat best perasaannya. =)

lepastu kitorang jalan kaki sampai train station. still harga tiket train 3.80aud.

badan dah letih maka, makan dan tidur. esok nak berjalan seharian lagi. 



see the next dayy!! =)

Sunday

autumn is the best escape (PERTH,2)

ASsalamualaikum..

okey, meh kita sambung pasal perth.

day 0 - (27 april 2012)

kitorang berlepas dari MALAYSIA pukul 23:35. ecewahhh..jam antarabangsa tu aku bagi kat korang. kitorang tak ambil package yang ada makanan. sebab, memang nak tidur dalam flight. secara totalnya, selepas tambah 20 kg luggage, harga tiket pergi balik RM 1275.00 <--- if im not mistaken. harga dia lebih kurang lah.

ok. chill! harga pergi balik ok. cuba korang divide dua? dalam RM 600.00 kan? MURAH WOIHHH!!! kalau rajin, dan ada cuti yang panjang kadang-kadang promosi AIR ASIA more cheaper than this.

aku sarankan kau orang makan ubat muntah. duduk diam-diam dalam flight. zikir dalam hati sampai tertidur. <--- tips bagi yang tak pernah naik kapal terbang, dan yang mabuk. wakakakaka!!!

day 1 - perth airport - bayswater - danish pastry - caversham - margaret chocolate factory - cervantes (28 april 2012)

kitorang sampai pukul 4.30 pagi. sepatutnya sampai pukul 5 kalau tak delay. tapi, kapten flight ni kata, sebab perjalanan sangat smooth (ALHAMDULILLAH) Maka, sampai cepat 15 minit dari estimation. heee~ macam mengalukan holiday kitorang yang pertama je kan? macam suruh pergi banyak-banyak kali je kan. =P


macam terminal bus je ye dak? well, kat tempat imegresen, tak boleh ambil gambar tau. nanti kena sound dengan imigresen dia. macam mana aku tahu? sebab aku dengan kawan aku kena. waakaakaka!! ada je dia tampal signage takleh ambil gambar kat kawasan-kawasan tertentu tapi, kitorang tak perasan. pepatah, "ADA MATA PANDANG-PANDANG" sila gunakan sebaik baiknya kat tempat orang.

dari airport boleh naik bus sampai bayswater. dont worry dekat je bayswater dengan airport. takpun naik teksi.*tapi agak mahal lah dia nya tambang. heee~*


meh sini aku nak cerita PANJANG sikit.

sebenarnya, kenapa perth jadi pilihan 1st vacation? sebabnya, makcik aku ada kat sana. unfortunately, tarikh yang kitorang pergi ni, makcik aku balik MALAYSIA pulak. =_=  tu yang kitorang jadi backpackers tetiba. teheeeeee~~

as if, makcik aku sangat mengambil berat, dia bagi nombor student yang ada belajar kat sana. hehehe~ THANK U SO MUCH CIK APIS. =)

kat atas tu, gambar dua orang hamba ALLAH yang sangat berhati mulia (student yang makcik aku kenalkan tu). diorang banyak tolong kitorang sepanjang berada di sana. =) seriously, budi diorang dan kawan-kawan diorang sangatlah tak terbalas dari kitorang.

back to bayswater.

sesapa yang takde contact, ha! bolehlah pergi bayswater untuk car rental. kenapa? KENAPA??? kenapa kena rent car? sebab, untuk pergi ke carversham, carventes, chocolate factory ni semua takde public transport. maka, kena rent car. boleh cekidout diorang punya page kat sini. KELIK SINI

Kitorang dapat info pasal bayswater ni pun dekat blog yang kitorang refer tu. ni ha blog beliau KELIK SINI 
BANYAK GILAAAAA info dekat blog mamat ni. ah! THANK U SO MUCH!! =)


berlambak  kereta kat bayswater ni. jadi, kau orang tak payah risau takde kereta ok? chill chill (?) je pergi bercuti. OKENG!! =)

tapi, ada lagi kejadian. kau orang kena ada kad kredit. kalau takde kad kredit tak boleh pinjam kereta diorang. salah faham dari pihak kitorang, memasing bawa cash je dan debit kad je. ha, nak guna debit kad pun boleh. TAPI!! KORANG KENA PASTIKAN ACTIVATE INTERNATIONAL. ACTIVATE INTERNATIONAL!! kenapa aku ulang 2 kali? sebab, kitorang tak activate international user. maka, dengan kesedihan dan hampa kitorang blur sebab takleh pinjam kereta. tatau nak pergi naik apa. =(

ah! sekali lagi terhutang budi dekat suwaibah.. dia bagi pinjam kereta.. uhuk! uhuk! *menangis terharu* seriously, rasa terhutang budi sangat. SUWAIBAH, THANK U. =)

danish pastry
kena pergi danish pastry!! pastry dia sangat tebal! makan satu kenyang dah. kitorang beli 6 aud untuk 8 sausage chillie, curry pie for 8aud. banyak lagi flavour (?) yang korang boleh makan. maka, harus pergi sini bila dah sampai perth tau! selama 4 hari on the road kitorang kekenyangan pastry ni. SANGAT BANYAKKKK!! *hiperbola* dia beroperasi setiap hari,kecuali hari jumaat pukul 8.00 pagi tak silap aku. *sorry,dah sebulan berlalu*






caversham.

untuk pergi ke caversham, dalam 15 minit perjalanan dari danish pastry. REMINDER FROM ME, korang memang kena study google map dengan sangat tekun. dan tolong print out perjalanan google map. <--- ni untuk mereka yang takde gps macam kitorang. tahu kan kenapa. aku dah cerita kat atas tadi. but, kalau korang rent bayswater car, pilih yang ada gps sekali. but still, AKU SARANKAN KORANG STUDY GOOGLE MAP jugak. *berdasarkan pengalaman* mana-mana pergi korang kena pakai gps dan map. SERIOUSLY!!



okeyh! terbanyak pulak gambar kat caversham kan? ehemm!! teruja ni nak tunjuk kat korang. nak bagi korang teruja pergi australia. WAAKAKAKAKA!

*REMINDER
sila pergi caversham ni pepagi tau. kalau tak masa akan mengganggu perjalanan korang nak pergi semua tempat kat perth ni. *hiperbola lagi* boleh rujuk tentatif kaler hijau yang aku tepek kat atas tu untuk jadual show yang diorang sediakan untuk pelancong. =)

margaret chocolate factory.


 banyak sangat coklat!! aku rasa macam nak tinggal kat sini beberapa hari sampai muak makan coklat. margaret ni factory choc yang korang kena pergi. hommade choc is the best! kalau korang tak sure ingredient choc kat sini, korang boleh tanya je kat kaunter tu. diorang akan jawab dengan senyuman. heeee~


 kena try hot choc kat sini. sampai sekarang aku nak cari sebijik macam ni kat MALAYSIA.. hmm.. takde. hahahaha! sedap gillooosssss!!! moh le kita g sini, kalau nak. =P

amboii! banyak beli ye kak? =P
next!

kitorang terus ke cervantes. menurut kawan aku yang study map selama 2 minggu. dia kata ada 2 jalan. satu jalan jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhh satu lagi jalan dekat sikit. sikittttt je!! sesungguhnya nak pergi cervantes ni memang sangat jauh. 3 jam perjalanan. macam dari bangi nak ke johor. 3 jam. korang kena enjoy the road. seriously tak bosan even kitorang tak bukak radio. sebab, scenery sepanjang perjalanan is speechless. udara dia bersih sampai rasa tak nak hembus nafas. nak tarik nafas je. *hiperbola*

pepoyo pakai shades.nak feeling barbies on the trip. kehkehkeh~



this is the road never ending

cervantes beach




kitorang pergi  cervantes sebab nak ke pinacle esok paginya. cervantes lodge adalah penginapan yang dekat dengan pinacle. so, alang alang dah sampai jenjalan sekeliling cervantes lah kan. aku dah feeling smallville dah time ni. HAHAHAHAHA!!

muka depan cervantes lodge.

reception cervantes lodge

selesa. dan puas hati. KELIK SINI UNTUK INFORMATION
selain itu, macam aku bagitahu kat atas tadi, aku tengok kat dalam KAKI BERANGAN punya blog. thank u again, empunya blog.. :)

untuk dinner,kitorang makan pastry pie yang beli dekat danish pastry dengan maggie yang kitorang bawak dari MALAYSIA. heeee~~ dia nya rent murah. sebab dia backpackers price. kitorang ambil 4 shared room untuk 3 orang. tidur nyenyak sebab perut kenyang. esok nak jalan jauhhhhhh~




see u the next day!! :D

tips sebelum pergi bercuti (PERTH, 1)

assalamualaikum..

seperti yang aku janji, aku nak update tentang vacation aku kan? ade kan aku janji dekat korang semua?ada tak? ok.annoying. baiklah, aku cerita.

sebenarnya,cerita ni dah sebulan berlalu,tapi kira cincai macam aku baru balik seminggu lah dari sana..boleh? *senyum*

straight to the point, aku pergi holiday dengan 2 lagi bestfriend aku. kitorang pergi perth,western australia. kitorang pergi 27 april sampai 2 mei 2012. lama tak? hihihhihi~ biasalah, masing-masing jiwa lara putus cinta haruslah lama-lama pergi bercuti.

meh aku cerita step by step sebelum,semasa dan selepas bercuti. harap boleh jadi manfaat lah kat engkorang yang nak bercuti ke sana nanti ye.

sebelum pergi.

1) kau orang kene rancang awal. contoh, kalau kau rasa nak pergi bulan april, kau survey harga tiket dulu.either kau orang nak naik MAS ke nak naik AIR ASIA ke, is up to u. macam aku, aku naik AIR ASIA. well, sedar diri bukan anak orang kaya nak naik MAS kan.. kikikiki~

2) aku sarankan kau orang tempah tiket/ survey tiket 3 bulan awal.it is for your own good. lagi awal lagi bagus. sebab, kalau macam AIR ASIA diorang suka buat promosi.rajin-rajin le pergi skroll diorang punya page. macam aku, setiap hari aku survey AIR ASIA punya tiket. punyalah kemaruk nak dapat promosi kan? wakakakaka!!

3) selepas tu, dah tempah tiket, destinasi semua, sila RAJIN google tentang negara yang kau nak pergi. contoh, aku pergi dengan 2 lagi kawan. kita semua kerjasama. yang sorang pergi google pasal blog blog yang pernah pergi PERTH. yang sorang google tentang tempat-tempat best kat sana. yang sorang lagi pergi study map, fecilities, route and so on dekat PERTH. *peluk kawan ketat-ketat*

4) INGAT! jangan lupa tentang penginapan. itu penting. korang kene sediakan tentatif dan rancang perjalanan kau orang. day 1 nak pergi mana, day 2,day3 and so on,duration perjalanan, berapa duit nak kena bawa, duit malaysia spare for emergency case. etc.

5) sila convert duit di MALAYSIA. itu semua orang tahu rasanya. tempat convert duit paling best yang aku jumpa, kat JALAN TAR sebelah KEDAI MALINGGA. kedai malingga ni aku tak ingat dia jual apa. tapi kau cari je KEDAI MALINGGA. signboard dia kaler kuning. ha, sebelah kedai tu ada tempat convert duit paling best. kalau tak nak kat situ, aku syorkan kau orang survey semua kedai convert duit kat jalan tar. tengok currency yang paling murah dijual. it is for your own good. =)

okeyh. ni just beberapa tips berdasarkan apa yang aku dan kawan-kawan aku prepare sebelum pergi. sebab, ni vacation pertama kitorang jauh dari malaysia. and kitorang tak guna agent. seriously, it is MORE CHEAPER than agent. tapi, kalau korang kaya, nak guna agent silakan, i wont bother. =)

ni link blog yang banyak kasi inform kat kitorang sepanjang dekat perth. SERIUS, BANYAK GILA MEMBANTU. aku sarankan kau follow dan khatamkan blog dia secara terperinci sebelum pergi vacation. EMPUNYA BLOG HENSEM (?) DAN BAIK. cepat gila reply bila tanya.. hihiiihi~

INI LINK DIA, SILA KLIK ----> KAKI BERANGAN

nak lagi menteruja kan korang, meh aku tunjuk sesikit gambar, sebagai teaser. =P







anyway, aku pergi perth ni, adalah waktu autumn. paling tepat,hujung autumn dah nak masuk winter. aku cadangkan kau orang pergi time autumn.seriously, pemandangan, hirupan udara sangat BREEZE.. =)
kat MALAYSIA memang tak dapatlah nak BREATHTAKING cam kat sini, tapi hujan batu di negara sendiri ye dak?

aku syorkan korang TAK pergi time summer sebab, australia sangat sangat sangat panas time summer. heee~ mana aku tahu? GOOGLE lah babe! :)





Till then, jumpa next entry. =)