PENGIKUT

Monday

beg laptop bangga diri

assalamualaikum..

suatu hari, aku dengan ayah  pergi beli beg laptop. masa tu, aku nak replace beg laptop bimbit kepada beg laptop sandang.

sampai je kedai aku pun pilih. ayah tengok je aku pilih yang mana. lepas dah puas pilih kat tangan aku ada dua beg laptop dengan harga yang berbeza.

aku : "ayah, yang mana cantik?"

ayah : "mana mana pun cantik."

aku : "angah nak yang ni lah" aku tunjuk beg yang belah tangan kanan.

ayah : "kita pilih beg yang harganya  lebih sederhana, tapi kegunaannya sama."

aku sebenarnya tak faham. kenapa ayah suruh beli beg yang lebih sederhana harganya. bukan takde duit. aku memang tak faham waktu tu. agak mengomel jugaklah sebab aku nak beg yang harganya lebih mahal dari beg yang aku dah beli tu.

mak pun sama suka cakap hal yang sama. beli yang sederhana sahaja. mak memang suka pesan macam tu.

tapi sekarang aku dah faham. benar benar faham. kenapa mak dan ayah suka berpesan dengan perkataan 'sederhana' tak perlu melebih lebih.

rupa-rupanya, bila kita punya sesuatu yang lebih dari orang lain, kita akan sukar terhindar dari perasaan bangga diri atau ujub. ujub atau bangga diri ni boleh buat kita memperlekehkan orang lain dan paling teruk, kita akan jauh dari rasa syukur.

aku faham. mak dan ayah, tak nak aku dan adik beradik yang lain membazir. tak nak aku dan adik adik bangga diri dengan harta benda. mereka nak terapkan hidup sederhana, supaya kami semua lebih bersyukur dengan hidup yang sederhana dan gembira dengan apa yang ada.

*senyum, pandang beg laptop*

:')


c ya!

No comments: