PENGIKUT

Saturday

aku takde azam. azamuddin banyaklah.. =_=

assalamualaikum..

err.. kena buat azam ke? ke nak cari bakal suami nama azammuddin? kihkihkih. setiap kali nak tahun baru blog aku mesti ungkit-ungkit nama azamuddin. trending lah azamuddin ni kalau twitter tu aku yang punya. (motif ?)

howriteeee... dah lama tak ada new entry tetiba membebel entah apa2 kan? ye. blog adalah tempat aku membebel selain daripada twitter. twitter tu tempat aku membebel tanpa henti sepanjang hari. manakala blog pula tempat aku membebel sampai puas lepastu aku berhenti bila post publish. HAHAHAHAHA!! ape benda ni? adoi dah jadi bengong dah lama tak update.

nak review? ah! aku tak nak buat review. sebab banyak perkara sakit hati, patah hati, berdarah hati, makan hati berlaku tahun 2011.. tapi!!! siapa yang follow twitter aku, dapatlah baca review aku sepanjang 2011. bajet kau popular lah semua orang nak baca review kau tu. T_____T

straight to the point. aku sebenarnya nak list down 23impian. tapi nanti ramai orang sangka aku list down 23azam. tak weyh! aku taknak berazam. cukup sekadar harapan setiap pagi untuk ubah setiap hari menjadi lebih baik. cukup sekadar itu.

"wamakaru wamakarallah wallahu khairul maakirin". 
"dan mereka merancang dan Allah juga merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang."

pernah dengar ayat kat atas tu? sejak akhir-akhir ni aku banyak sangat dengar ayat ni. sentiasa mengingatkan aku bahawa, sebaik mana pun rancangan kau, ada lagi yang MAHA PERANCANG yang lebih berkuasa.

 tipulah kalau aku tak rindu #tuliporen. kenangan indah selama 3 bulan. tapi itu semua sebahagian cerita hidup. semoga tetap bertabah wahai insan 23 tahun april 2012(rujuk diri sendiri). =')

eh mana list down? nanti aku tepek kat sebelah kanan dinding blog ni. oh ye. kalau aku rajin, aku nak tukar blog list sebelah kiri kanan aku nih. =') nak letak blog kawan2 tepi yang awesome!!! paling awesome kawan yang nama AWAN!!! hihihihihihihihihihi~

"aaaaaaaa!!!tolong lemas!!!!"
kata domo kepada tuannya.. ><

binatang peliharaan baru. kena sentiasa peluk setiap kali tidur. huggable (betul ke eja?) betul binatang nih.













pssssttt: 2012 nak cari calon suami. 2013 kita kahwin. *senyum bawah bantal*
okbai.

Monday

rindu, pesanan, kosong

assalamualaikum..


 cuba teka ni gambar masa tingkatan berapa?
T_______________________T

sebenarnya, aku nak tidur dah. betul tak tipu, tapi aku browse facebook kejap sebelum tidur. lepastu aku terbaca status kawan aku. mestilah kawan kan, kalau bukan kawan, macam mana aku nak terbaca status dia.. ye dak? =____=

kawan aku punya status berbunyi begini....

Feeling alone? : Innallahha ma’ana
 
Saw evil act? : Inni akhafullah
 
Wishing something? : Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah
 
Missing somebody? : Ma fi qalbi ghairullah ♥
nah!!! TETIBA AKU RINDUUUU.. aku rindukan orang yang pos status ni, dan aku rindukan orang-orang yang sentiasa mengingatkan aku masa sekolah dulu. rinduuuuuuuuuuuuuuu sangat. mungkin kau semua tak faham apa yang aku rindukan. takpelah, hanya orang-orang yang terbabit je yang akan faham maksud rindu aku ni. =,(

dah 7 tahun tinggalkan kenangan sekolah. dah 7 tahun aku sorang-sorang mengharung arus dunia. makin lama aku rasa makin kosong.kosong  dengan kaedah saling ingat mengingatkan tentang kebenaran.. yang suatu waktu dulu aku tak pernah sedar yang aku sangat beruntung dikelilingi orang- orang yang selalu berpesan dan saling mengingatkan.

di mana kalian semua? aku kosong dengan nasihat. amat kosong. 

1.Demi masa
2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.
(surah al-asr : 1-3)
 


jangan ENGKAU tarik semula, setelah ENGKAU berikan taufik dan hidayahMU kepadaku..



Tuesday

saya ada banyak perkara nak cerita dengan awan.. =')

 cak!!!!!
(pepandailah terbalikkan laptop kalau nak tengok)
*malas nak rotate*

rindu kita tak? budget comel lah letak gambar terbalik balik bagai nih. OMG!!! ada macam-macam perkara nak cerita. tak tahu nak cerita yang mana satu. ok. satu-satu kita cerita sambil bertenang, makan-makan keropok lekor dulu ye. (motif?)

10 disember tarikh keramat. supposed to be hari yang melelehkan air mata, meluluhkan jiwa bagi aku. tapi tak tahu datang dari mana kepoofffff!! bertukar jadi hari yang paling aku syukuri. (tak! tak! aku tak kahwin lagi. ingat kahwin je ke perlu bersyukur?)

its been several month aku baca satu blog ni. terjumpa blog ni hasil daripada "like" dekat facebook tu.waktu tu aku dalam keadaan rabak dan patah separuh jiwa. aku berusaha seorang diri cari kekuatan entah dari mana. macam pengemis yang mencari sesuap nasi. bezanya, aku mengemis kekuatan, tetapi pengemis mencari rezeki untuk kelansungan hidup. 

daripada blog ni aku jumpa kawan-kawan yang sangat sangat sangat!!! tiada kata nak menggambarkan rasa. tak pernah rasa terharu jumpa kawan-kawan yang macam nih. terima kasih pada blog ni. terima kasih kepada empunya blog ni. terima kasih. *nak nanges dah nih!*

aku tak pernah terfikir akan ada satu hari yang buat aku mengalirkan air mata kerana anugerah terindah.=')

 cupcake sexyyyy!! weewiittt!!
=DD

ini semuanya cecomellllll!!!
*nak pelukkkkkkk!!!*

haruslah bergambar reramai ye dak??
*2 hulubalang dikelilingi bidadari*
ehemmmm!!!
(gambar kekecil, pepandai lah klik bagi gambargajah)

tak tahu nak cakap macam mana. sebab saya bukan seorang yang pandai meluah kata apabila terharu. arghhhhh!! tak pandailah. tak pandai.

ha? nak tahu pemilik blog yang mana satu??? kikikikikikikiki~

nah!!
inilah beliau.!

bukan paksa, tapi kau semua kena cuba baca. bila kau dah baca, baru kau rasa apa yang kami semua rasa..
macam kak aan kata..

"..ini semuanya adalah tentang rasa.."

boleh tak nak senyum macam nih


sampai tahun depan???? lalalaalalalaaaaaaa~~

eh! sebelum terlupa nih ha gambar blog yang secara kebetulannya, entah datang dari mana bagi aku semangat untuk terus bergerak berlari maju kehadapan tinggalkan kisah-kisah sedih yang merabakkan dan mematahkan hati aku.. terima kasih ye awan. terima kasih banyak. sangat. sangat. sangat. ='))


   
                                                          NAH LAGI SEKALI LINK BELIAU


p/s: kakak kakak yang comel comel.. nanti suatu masa kita jumpa lagi tau! mesti.. !! ='))
                                                                         

Friday

kalau tidak, susah payah, syukur.

sumber SINI


kalau tidak
mesti hari ni aku susah payah nak pergi buat kek blueberry cheese.

kalau tidak
mesti hari ni aku susah payah pergi buat push up supaya perut kempis bila tiba hari esok

kalau tidak
mesti hari ni aku susah payah pergi jogging 10 pusingan dekat tasik cempaka
supaya nampak kurus hari esok

kalau tidak
mesti hari ni aku susah payah pergi beli baju baru
untuk pakai hari esok

kalau tidak
mesti hari ni aku susah payah pergi cari hadiah

kalau tidak
mesti hari ni aku susah payah fikir
nak masak apa untuk picnic hari esok

kalau tidak
mesti hari ni aku susah payah melayan hati resah gelisah untuk menghadap hari esok

kalau tidak
mesti hari ni aku akan rasa gelabah biawak memikirkan hari esok

kalau tidak
mesti hari ni aku akan BERSUSAH PAYAH UNTUK BUAT SEGALA MACAM PERKARA MEMASTIKAN HARI LAHIR DIA ESOK
menjadi hari yang paling bermakna untuk dia.

**************************

itu semua kalau.. =)
aku tiada langsung rasa resah seperti yang disenaraikan
dah dibawa dia pergi dulu sebelum sempat hari esok menjelma.
terima kasih.. =)

ENGKAU lebih tahu apa yang aku mampu lalui.. =))

"...Memohon kepada-Nya (kepada Allah) semua yang di langit dan di bumi. Setiap hari (waktu) Dia (Allah) dalam urusan.  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?..."
(surah ar-rahman 29-30)



masukkan aku ke dalam golongan hambaMU yang tahu bersyukur..

perasaan, senyum sinis.

perasaan ni binatang apa eh?
selalu sangat buat aku menangis sampai hati jadi perit
umpama ditikam menjerit-jerit.

perasaan ni binatang ape eh?
anugerah atau dugaan
sekejap buat aku jadi bersemangat
sekejap lagi buat aku khayal sampai mata bergenang-genang.

kalau aku bisa memilih
aku rela jadi manusia yang tidak punya perasaan.
atau lebih rela jadi kertas?
diguna bila perlu
dah salah, boleh koyak dan gumpal
terus buang dalam longkang?

*************************************

1)seorang kawan mengadu pada aku dia sudah give up. give up untuk mempertahankan perasaannya pada seseorang.
kisahnya sama macam aku. cumanya, aku belum sempat beritahu pada dia aku punya perasaan macam dia minta. dia sudah pergi pada orang yang lebih cepat perasaannya.

2)aku terjumpa satu blog. perempuan. dia menyatakan perasaannya betapa kasihnya dia pada sang kekasihnya. aku tidak iri jauh sekali benci. cuma otak aku berfikir. 'perempuan' itu juga akan meluahkan perasaan  yang sama untuk 'dia'. dalam blognya.



*aku cuma mampu senyum sinis dengan otak aku sendiri.*

sumber SINI


foto sedih macam gampang.(motif?)
*senyum kelat*

Wednesday

saya suka buat apa, tahulah engkau tu cikgu kemahiran hidup. =D

1) 


buat desert. (macm ni ke eja yang betul?) selalu konpius dengan ejaan padang pasir.


2)

buat cupcake! hihihihihi~ =D

3)


ape ni? kain? kalau kain selalunya sama dengan menjahit kan? yes! ini hobi baru. pernah dah buat sesuatu sebulan yang lepas. lepastu patah semangat dan cuba kumpul kekuatan. ala.. kau semua tak perlu tanya kenapa aku patah semangat yang penting sekarang aku dah ada semangat baru! YES! I AM STRONG WOMAN! =D tell me something that i dont know! *flip shawl* HAHAHAHA!!

oh ye. meh aku share apa yang aku pernah buat dengan hobi menjahit ni. tapi satu je lah sebab lepastu hati aku "rabak".

ta daaaaa!!!
hebat tak?
(sila puji hebat sekarang!!!!)

aku buat seekor je domo nih. lepastu aku terbangkan dia pergi ke shah alam. HAHAHAHA!! kenangan semuanya. harap-harap sampailah amanah aku pada 'orang' tu supaya domo diberikan kepada seorang makhluk yang super duper triple comel yang bernama mirza.

" ...hey makhluk comel!! (mirza)how i wish i can hug u one day =D mirza jaga domo elok-elok ye. bukan jodoh auntie nak berjumpa dengan mirza sekarang.."

 *tetiba terharu dengan hati sendiri =')*

4)


ha.. item diatas memang banyak kenangan. 3 kali diterbangkan ke shah alam. menjadi kegemaran satu keluarga aku, satu keluarga 'orang' tu. =D hihihihi~ tetiba terimbas kenangan lagi kan? tak pelah, ingatkan aku (suara tegas!) ini adalah episod terakhir imbas kenangan.. HAHAHAHA!!

tinggal item yang atas ni je yang aku masih tak mampu nak buat. semangat aku masih hilang. mungkin sebab banyak sangat aku bagi dan aku tak terima apa-apa. so, semangat tu masih di awan tak sampai-sampai.

*maaf ye adik. angah sedang kumpul kekuatan nak buat biskut yang korang suka ni. insyaALLAH.. the time will spoken again =D*


ok. dah! sekarang tunggu hasil daripada hobi baru aku tau! sila tunggu!! tak faham? SILA TUNGGU!! tak faham lagi? SILA TUNGGGGUUUUUU!!!

okey. annoying. HAHAHAHAHA!! bye. =D



p/s: aku teringin nak tengok mirza peluk domo tu dengan muka tersenyum. walaupun waktu tu dia dah besar. hatta gambar sekalipun aku tak kisah. janji hati yang 'rabak' ni puas. *berdoa pada TUHAN satu hari nanti aku dapat tengok puas-puas* ='))


Sunday

makan bahulu kenduri kahwin sampai muntah =_=

moh kita pergi jalan-jalan hari ahad, kenduri kahwin bermaksud penuhkan perut! yipppiiieeeee!! =D

1) ampang. sebabkan lapar sangat aku takde mood nak ambil gambar kat rumah pertama. sampai-sampai terus pergi buffet makanan. amik makanan duduk baca doa. habis. punyalah lapar. MIAHAHAHAHAH! buruk perangai. tapi, sedap hoi makanan dia. nasi minyak, sayur timun nenas, ayam merah, buah limau! perghh!! KENYANG DEN!! *senyum usap perut* oh ye. aku dapat bahulu 2 bijik untuk door gift pengantin.. NAK TELURRRRRR!!! ?*jerit kuat2 kat telinga mak pengantin* tak senonoh betul anak dara.

2) bukit mewah. kajang.  sepupu aku yang kahwin rasanya. ada perkataan rasa sebab aku tak rapat sangat sebab sepupu jauh yang aku tak berapa kenal. ayah aku kenal lah sebab sedara mara belah bapak aku ni bersepah-sepah satu kajang nih. bapak aku je yang diorang kenal. anak-anak dia?? adoi!!! nampak sangat jarang bersosial. hihihihihi!! nah! makanan untuk rumah second.

nasi dia panjang-panjang woooo..

ini door gift dari rumah kedua
NAK TELURRRRRRRR!!
*jerit kat telinga emak pengantin*

isi dalam door gift ni adalah sumi, gula-gula 2 bijik. kerepek ubi. dan BAHULUUUUUUUU!!! =_= 


muka kenyang nasi minyak sampai jari cacat. =_=

3) rumah sepupu aku jugak. yang ni kenal sikit walaupun tak rapat sangat. sebab ayah dia selalu bawak anak-anak dia datang raya rumah aku. eh. tak cucu ayah aku rasanya, so anak buah aku kan? arghhhh!!! pening-pening! ayah aku kata, bapak dia sepupu ayah aku. so anak dia?????? T________T malas nak fikir.
makanan dia memang lazat!!! lazat dan bervariasi. nasi minyak memang adalah kan takleh nak tipu kalau takde. yang lainnya, ada pekasam, ada bubur jagung. dan paling penting aku dah tak makan.. SEDIH AKU DILAHIRKAN DENGAN PERUT YANG TAK BERAPA NAK BOLEH SUMBAT BANYAK MAKANAN!!!! ARGHHHHHH!!! T______________________________T

bubur jagung. 
nampak macam sedap kan?
=_=

aku tak berapa gemar bubur-bubur ni sebab cair dan tak sejuk. apa jenis orang entah aku nih. =_= mak, ayah dan kakak aku je yang makan. aku dengan adik aku makan ni.

tembikai!!
pandai pun dora teka!! T_____________T
sejuk. sedap. segar!! yippiiieeee!!

oh ye door gift kat kenduri ni best sikit. ada marshmellow (macam salah eja je?) dengan benda ni.

FINE!! bukan yang ni.
T__________________________T



ha, yang ni. 
cuba teka dalam dia ada apa?
=_=

TA DAAAAAAA!!
ha! betullah tuh. bahulu lagi.
=_=
NAK TELURRRRRRRRRR!!
*jerit dekat telinga mak pengantin*


sekian sahaja segmen jalan-jalan makanan dan door gift kenduri hari ini. jumpa lagi di kenduri kahwin yang lain. CAUCINCAU!!! =D

p/s : ada sorang makcik ni tegur. "DAH KURUSSSS.." dalam hati dah letop-letop bunga api kebaboooom dah. =D

p/s/s : pergi kenduri kahwin ni, kadang-kadang boleh jumpa jodoh.  =D  *senyum buat menantu*

Saturday

apa aku rasa lepas tengok ombak rindu

kau orang dah tengok cerita ombak rindu? 

(sumber : pakcik google)

disebabkan aku ni seorang yang menggilai novel suatu ketika dahulu, habis semua novel aku baca. jadi, ombak rindu adalah novel yang pernah aku bayangkan menjadi sebuah filem masa aku baca waktu tingkatan 2. betapa aku sangat menghargai setiap momen sampai aku ingat tahun bila aku baca novel kan? (sila terharu)=_=. 

perasaan tak usah cerita lah, punyalah teruja kan! dan harapan aku pada filem ombak rindu sangat tinggi supaya filem ni sehebat novelnya. aku harap perasaan aku masa tengok filem ni mesti seperti perasaan aku baca novelnya. nah! pada yang dah lupa sinopsis novel ombak rindu ni.

(sumber : pakcik google)

sinopsis:

Sinopsis : OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

sumber dari sini ; KLIK

aku bagi 3/5. nak tahu sebab apa? sebab perasaan membaca novel dan filem tak sama langsung. oh. aku bukan nak kondem cerita ni tak best. untuk cerita kategori melayu, cerita ni hebat lah jugak. tapi bagi orang yang tinggi harapannya semacam membaca novel adalah rasa sangat hampa. 

yang baik :

1)yup. pilih aaron aziz sebagai hero adalah sangat tepat bagi aku. sebab dia hensem memang lah bukan sebab utama, tapi aku suka dia berlakon sebab dia boleh menangis sebagai seorang lelaki. dah nama pelakon mestilah boleh menangis kerana isteri ye dak?

2)maya karin. aku memang dari mula lagi tak setuju maya jadi izzah. sepatutnya pihak berwajib cari talent lain. seseorang yang bukan pelakon terkenal,tapi boleh bawa watak izzah. kenapa maya karin tak sesuai? sebab maya karin terlalu cantik dan up to date.dia bermuka pan asian, tapi izzah sememangnya bukan pan asian. arghh!! aku gambarkan izzah ni seorang yang sangat naif. tak cantik tapi nice. arghhh!! kenapa aku tak boleh terima hakikat nih. =_=

3)lisa surihani jadi jahat adalah kelainan. sebab selalunya dia jadi baik je kan. mimik muka dia masa dia marah-marah memang menjadilah. tapi still aku tak berapa nak in sangat dengan watak dia. arghhhhh!! aku bayangkan mia amylia ni jahat, menggedik, hati busuk, cantik, glamour, menggoda. lagi sekali aku rasa =_=

4) kalau kau rindu laut aku syorkan kau tengok cerita ni. hahaha! cantik. rumah ombak villa kepunyaan hariz cantik. tapi masih tak sama dengan gambaran aku. (ok fine. semua nak sama macam yang kau imagine.. MEMANG TAK LAH!!)

5) azizah mahzan memang jadi lah jadi sufiah tuh. sebab aku mula benci dia lepas tengok dia menjahat dengan izzah. =_=

6) skrip dia ok. ada yang menyentuh hati wanita ini. hihihihihi~ malu mak nok nak buat statement macam ni.

yang tak best bagi aku:

1) jalan cerita tak sama langsung dengan novel. ARGHHHHHHHHH!!!! aku rasa 60% je cerita ni ikut jalan cerita novel. ye. aku tahu memang susah nak adaptasi sebijik2 macam dalam novel. tapi banyak sangat yang takde. mana babak izzah gugur? mana babak hariz pergi jumpa mak kandung dia balik? mana???mana?? mana babak hariz merayu kat izzah minta maaf gilaaaa gilaaaa punya bila izzah gugur?? mana?? *hampa*

2) aku masih tak dapat nak hadam aksi ranjang. ada 2 aksi ranjang yang bagi aku macam ..................... =_=
ni apa yang aku rasalah, tak perlu nak banyakkan aksi ranjang tu. lebih baik  banyakkan babak-babak penting macam yang aku sebut kat no 1 tadi. adoiii!!! 

3) ada ke babak naik kapal layar??? aku rasa macam akhir cerita ni based on novel, diorang kat ombak villa, hadap tingkap hariz peluk izzah dari belakang, and the end of happy ending!! yippppppiiieee!! (oh. mungkin aku silap, maklumlah dah 9 tahun masa berlalu)

4)ada beberapa babak yang aku rasa pelik. ada babak yang sepatutnya izzah bermonolog sendiri, tapi diluahkan dengan dialog. itu pelik. ada babak yang sepatutnya wafiah (kawan hariz) bermonolog tentang izzah tapi di dialogkan. itu pelik. (yelah, siapalah aku kan, aku bukan orang filem)

secara keseluruhannya aku hampa. ini perasaan aku sebagai seorang pembaca yang sangat tinggi harapannya. arghhhhhhh!! aku ulang sangat tinggi harapannya. tapi, aku tak rasa rugi pun beli tiket. hehehe~ support filem malaysia tau!! =D

siapa kata aku nangis? tak nangis, but aku tersentuh bila hariz tinggalkan izzah. ye. AKU DAPAT RASA MACAM MANA SAKITNYA DITINGGALKAN OLEH ORANG YANG KITA SAYANG. aku tersentuh bila hariz datang kat kampung  cari izzah and he said

 "abang dah lama cari izzah, abang rindu. abang rindu sangat-sangat dekat izzah". ='(

 aku dapat rasa rindu dia tu macam mana sakitnya. SAKIT KAU TAU. MENUSUK SAMPAI JANTUNG.
satu lagi yang menyentuh hati aku, bila mila tak dapat hidup bersama dengan orang yang dia cinta. SAKIT!! SAKIT!!! itu je yang aku dapat luahkan. ='( tapi untuk babak ni aku terus teringat surah al-baqarah ayat 216.. =)



ok. apalagi pergilah tengok ye, then bagitau aku apa yang kau orang rasa.. =D 

Thursday

bangunkan aku

bila disember berakhir. aku nak tidur dan nak bangun bila disember 2012 sampai ke penghujung. boleh? konfem tak boleh punya. betul. aku nak tidur selama setahun. nasib setahun je impian aku kalau impian aku nak tidur macam kisah ashabul kahfi ditidurkan selama 309 tahun.?

SEGMEN JARI PUAKA

*PERHATIAN! TULISAN DI BAWAH AGAK KEJAM,BERBAU PUAKA DAN TAK BERHIKMAH. KALAU TAK SUKA BOLEH TEKAN PANGKAH. KALAU DAH BACA TIBA-TIBA TERASA, PANDAI-PANDAILAH BAWAK DIRI*

1- aku unsubscribe semua orang yang bertukar status. single to in a relationship with _______. bukan sengaja. tapi aku jelik. lagi-lagi yang terlalu banyak komen sampai 50++ comment. lepastu sayang, buat <3 <3 macam ni ha. arghh!! aku rasa nak muntah. sorrylah kalau kau yang membaca ni salah seorang yang aku unsubscribe ye. nasib aku unsubcribe kalau aku block delete terus. ha.. takde sape pun kisah kalau aku block kauorang ye dak?

2. aku unsubscribe jugak semua like page yang selalu update pasal "saya tidak mahu wang, harta, duit tapi cukup kau menyintai aku sepenuh hati" lepastu ada <3 <3 (baca : love) macam tu. memang aku unsubscribe. SEMAK. aku rasa nak muntah. lepastu ramai pulak like page tu kan. termasuk aku. itu dulu. huh! takde motivasi langsung page yang macam tu. mungkinlah manfaat pada orang yang tengah nak up. yang baru bercinta. umur belasan ni sukalah page-page macam tu. heh.!

3. aku unsubscribe semua orang yang selalu send macam ni kat wall pakwe dia.. "honey, i miss u" , " i love u", lepastu ramai pulak yang like komen menggatal mereka berdua. lepastu ada pulak yang mencelah "sweet lah kau berdua" bluweeekkkkkkk!! *muntah hijau* tahu. pernah rasa nak muntah hijau? macam tu lah aku rasa sekarang.

4. aku unsubscribe semua orang yang selalu relationship status dia bertukar. sekejap 'in relationship'. lepastu 'single'. lepastu 'in relationship' balik. HOI!! Terkejut mak nok, kau jerit hoi-hoi macam ni. senangnya kau tukar ganti status kau kan??!! senang betul kau tukar ganti status kau dengan orang lain kan!! memang aku tengah marah sekarang. aku marah sebab kenapa kau senang-senang je dapat pengganti.???!! senang macam makan kacang pistachio. (betul ke aku eja nih?) yang aku ni susah betul nak dapat pengganti. bertahun-tahun nak ubati luka. bila dah ada orang yang boleh diharap lepastu kena rampas!! patutnya jenis orang yang macam kau yang kena jatuh terduduk. bukan aku!!!!! *emosi sekejap*

5. aku delete dan block semua orang yang suka send tulisan biru kat wall pakwe dia. contoh "saya suka tengok awak online" lepastu letak beribu <3 kat wall tu. SEMAK!!! SEMAK!!! SEMAK!!!! PAHAM???!!

6. aku cukup tak suka blog yang letak gambar owner dia GEDABAK BESAR. AKU ULANG GEDABAK BESAR. aku tahu lah kau semua akan jawab "aku punya blog aku punya suka" kan? kan? betul tak? tapi sekarang aku nak cakap balik "AKU PUNYA SUKA LAH NAK KOMEN APA PASAL BLOG KAU". puas baca? *senyum sinis* KAU PAHAM TAK GEDABAK MACAM KAU BUAT WALLPAPER KAT LAPTOP KAU. paham dah gedabak macam mana yang aku maksudkan??!! tukarlah gambar tu kalau ada blog-blog newbie yang spesis macam yang aku utarakan nih. its ANNOYING OK!! ANNOY MACAM NAK MUNTAH. elok-elok aku nak follow blog kau, langsung aku klik PANGKAH TANPA BANYAK SOAL. *puas hati* kalau comel muka tu takpe kot, tapi sekadar yang aku blogwalking otai-otai blog yang femes ames takdelah pulak letak gambar GEDABAK MACAM WALPAPER LAPTOP KAU! 

*ok. behave.. dah-dah lah tu kondem ye dak?*

7. aku tak suka pergi blog yang ada lagu non stop. its annoy!! habis rosak mood. ok fine. kau orang tak kisah pun kalau aku tak baca atau tak follow blog kau orang yang spesis macam aku define kan kat atas kan. but, dalam dunia ni ada macam-macam orang dan kalau tak silap aku, akan ada orang yang sama sikapnya macam kita. bermaksud, kalau bukan aku yang rasa ANNOYING DENGAN BLOG-BLOG macam ni, mungkin ada beberapa orang lagi yang ANNOYING DENGAN BLOG-BLOG macam tu. unless!! kau ni jenis orang yang suka MENCAPUB! 

8. aku tak kisah kalau follow blog-blog yang suka mengarut dan tak habis-habis cerita paal cinta, tak habis-habis update pasal hidup peribadi dia. its ure blog. do whateve story u want. tapi, kalau kau nak cedok orang-orang lain punya entry. PLEASE!! TOLONGLAH BAGI KREDIT PADA BLOG YANG KAU CEDOK TUH. kesian kau tahu kat diorang yang kene cedok nih. even pakcik google pun boleh terasa tau kalau kau tak kredit kat dia. heh!!! respect others if u want others do the same. heh!!


sekian, berjumpa lagi segmen jari puaka dilain masa. *senyum puas hati*