PENGIKUT

Wednesday

pagi yang baru, 10,000 langkah sehari,makwe berkain batik.

assalamualaikum!!! kepada semua warga bangi. kenapa bangi? sebab aku tinggal dekat bangi, poskod kajang. (motif?)

setelah sekian lama aku tinggalkan jogging, woohoo.!! seriously dah nak masuk dua minggu aku tinggalkan aktiviti tu aku tekadkan diri dengan azam dan impian yang menggunung pagi ni bangun tanpa berfikir pukul 6.30 aku dah terpacak kat tasik cempaka tuh. hamboii!! siapa yang cakap tasik cempaka tu tasik celaka?? suka-suka je kan. mana-mana tasik akan jadi celaka kalau kau lakukan perkara celaka. u know, perkara macam.... ok fine. fikir sendiri.

sementara belum panas, aku jalan-jalan dulu bagi warm up. (baca : panas naik) adalah 2 3 ketul manusia ciptaan ALLAH yang dah terpacak jugak macam aku. *senyum* mestilah kena senyum sebab ada teman. pukul 6.30 gelap hoi! macam maghrib tu ha. adik-adik aku semua masih diulit mimpi maka kakak yang bersemangat ni kena pergi sorang-sorang. tak payah tanya kenapa aku tak ajak pakwe. ada yang nak kene tampaq sat gi. *senyum*

aku sahut cabaran 10 ribu langkah sehari. aku sedang menjalankan ujikaji dimana, berapa jam berjalan untuk dapatkan 10ribu langkah. ataupun berapa jam berlari untuk dapatkan 10 ribu langkah. opss!! nanti dulu, ujikaji masih belum siap. sebab aku penat nak kira dan tengok jam dalam masa yang sama. makanya, tunggu hari jumaat, sabtu atau ahad baru lah dapat jawapan ye dak? *senyum* oh ye. sesiapa yang ada jam pengira langkah tu boleh lah sedekah kat aku atau jalankan ujikaji ini lepastu beritahu aku cepat-cepat sebelum hari ahad!!! INGAT! SEBELUM HARI AHAD!!!

aku dapat semangat baru bila tengok langit, awan, burung, sinaran matahari.. DAMAI. ada satu semangat entah tak tahu dari mana masuk dalam jiwa sanubari aku untuk aku terus melangkah meninggalkan dia. siapa dia? beranilah tanya kat aku. aku tampaqqq!!! *senyum puas tampar orang*

oh ye ada satu perkara pelik yang aku dapat lihat pagi ni. kira-kira pukul 7.00 pagi macam tulah waktu kejadian. seorang pakwe, pakai baju t tanpa koler (colar) . pakai short separas lutut. hisap rokok. 3 orang makwe. 1 orang memakai t-shirt, bertudung, seluar track suit. 2 orang makwe lagi memakai tudung, t-shirt ketat, BERKAIN BATIK. AKU ULANG LAGI. BERKAIN BATIK. jalan menyelusuri track jogging menuju ke satu tempat. 

2 MAKWE BERKAIN BATIK ni aku fikirkan foreigner. jiran negara kita yang selalu gempa bumi tu. cepat betul kepala otak aku ni berfikiran negatif. aku dekati. then aku dengar perbualan mereka.

"cool apa pakai kain batik, pagi-pagi jalan dekat taman."

cool hotak kau. aku tak rasa ini cool. sepositif mungkin aku nak berfikir. tapi otak aku tetap ke negatif dalam skala 58%. macam mana tu? seboleh mungkin aku putarkan kepala otak aku ni untuk mereka alasan positif untuk mereka BERKAIN BATIK seperti itu PADA PUKUL 7 PAGI, dan BERADA DI TAMAN YANG PENUH DENGAN ORANG RAMAI, BERSAMA SEORANG PAKWE. tak nak negatif pulak kan pandangan orang lain kan? akulah orang lain tuh. tak memasal pepagi yang sepatutnya membawa pahala terus dapat dosa sebab pemikiran yang negatif.

ok. yang ni cantik. ada motif kenapa dia pakai macam ni.
=_=

arghhhhh!!! FINE. FINE FINE!!! AKU TAK SEMPAT NAK AMBIL GAMBAR CURI MASA AKU JOGGING TADI. sebab aku pergi jogging bukan nak mengumpat.







sekian, bye. =D


Monday

meh sini akak nak cerita, harap-harap dapat berkat.. =D

ASSALAMUALAIKUM... kepada semua pasangan yang telah bersatu dibawah redha illahi 1 muharam 1433hijrah.. =)

meh sini akak nak cerita sikit apa yang jadi masa 1 muharam 1433 hijrah. akak bukan nak cakap akak hot ke hape lah kan(motif?) tapi akak dapat banyak gila (?) undangan perkahwinan. uhuk*batuk tua*. ramai sangat yang tak sabar-sabar nak kahwin 1 muharam haritu, sampaikan akak kelam kabut nak penuhi undangan yang mana satu. sebulan akak fikir nak penuhi yang mana satu. jadi akak cuma berserah pada TUHAN supaya bagi akak jalan untuk buat keputusan. macam serius je bunyi kan? yup. kalau undangan kahwin ni akak memang pandang serius.  nampak simple tapi WAJIB bagi kita untuk penuhi undangan. dipendekkan cerita, akak buat keputusan di pagi 1 muharram 1433 hijrah dengan memenuhi undangan kahwin kawan akak.( maaf kepada undangan yang lain sebab tak dapat attend)

here we go... =D

cak!
(motif letak gambar? korang rungkai lah sendiri =_=)

meet the pengapit

cantik?berminat?mahukan khidmat pengapit?
=D

meet the aminah
cantik? berminat?
(ok. dah takde ayat lain)

meet the lovely bride.. =D

cantek?
ok fine. dah dimiliki orang. =_=


meet beautiful us.. hihihihihi~ (senyum nampak gigi)


cantek? berminat?
=_=



motif gambar senget?
HAHAHAHAHA!!

puas dah korang tengok gambar? sorrylah tak ambil gambar pengantin lelaki sebab akak balik awal ada hal yang perlu dipenuhi maka tak dapat nak tunggu bersanding..

ok. done with kahwin-kahwin. amboi. dengar cerita ramai lagi nak kahwin bulan 12 ni. ada 2 orang lagi rakan sepermainan main hujan kat sekolah agama (?) nak kahwin. adoi! makin tua aku(?) rasa bila korang semua sorang-sorang kahwin. tahun depan pun dengar cerita ada yang nak kahwin bulan 3.. HAMBOI!! lagi final year lagi gatal eh korang. CIKGU rotan nanti!! =D

next!!!!

cantek? berminat?
=P
motif gambar adalah nak tunjukkan pemberi semangat. semangat masa aku jatuh tersungkur.


yang ni pun semangat gak.
SEMANGAT BADAN!!
HAHAHAHA!! (tak lawak =_=)

tapi rasa macam tak lengkap semangat aku ni..

ini.
=))
lagi..

sebelah kanan tu.
=))

oh ye ada sorang lagi.. u know who u are babe.. seriously.. ini kekuatan.. 

terima kasih ALLAH.. =) kau beri kekuatan kepada mereka untuk aku serap supaya aku kuat lagi. =) syukur..






Friday

dia pergi untuk cari kebahagiaan dia

genap setahun 23 / 11/2011 bersamaan 2 hari yang lepas kejadian yang menyakitkan hati itu terjadi. bukan sengaja nak ingat, tapi tiba-tiba pergi tengok entry-entry yang lepas ternampak entry tentang putus cinta.

perghh!! betul-betul heart broken aku masa tu. entry semua stok meleleh je bila baca. hihihihihi!! kelakar tahu. macam dah takde manusia lain je dalam dunia ni yang TUHAN jadikan untuk aku sejak aku belum lahir lagi. (aku sedang menanti)

dalam aku membina kekuatan, yup. ada seseorang yang menemani. tapi sekarang, dah 2 minggu aku melepaskan dia pergi. *senyum sinis*

bukan aku tak nak rebut dia, bukan aku tak nak ikat dia, bukan aku tak nak dia jadi sebahagian dari hidup aku. tapi dia yang pergi sendiri. genap 3 bulan dia temani aku, dia pergi. *senyum sinis*

dia pergi tanpa sebarang alasan untuk meminta diri
tak mengapalah
dia mencari kebahagiaan dia yang TUHAN dah janji untuk setiap insani
kalau yang dia cari tu ada pada aku
dia akan datang balik pada aku nanti

aku tahu
bukan dalam waktu terdekat
mungkin setahun
dua tahun
tiga tahun
mungkin bertahun tahun
tak mengapalah
aku dapat rasa
dia sedang bahagia dengan kebahagiaan yang dia cari
yang tidak ada pada aku saat ini.

aku nampak macam pasrah kan?
tak nak menagis ke?
ALLAH MAHA TAHU..
*senyum sinis*

perasaan, itu lahir dari hati
hati itu kerja TUHAN YANG MAHA MENGETAHUI
bukan aku yang uruskan
"kau kene cintakan aku dan bukan dia"
tak!
bukan aku, atau kau semua yang uruskan.
tapi DIA.
DIA lebih tahu apa yang kau rasa..





*hopefully this is my last entry for sadness. hopefully tomorrow will be my new sunshine.. =D*

Saturday

Bulan Ditutup Awan

aku tak nak panggil kau bulan..
sebab kau bukan bulan aku.
tapi aku nak sangat panggil kau bintang
sebab kau memang bintang aku.
walaupun bintang tu ada berjuta
tapi aku tetap tunggu yang satu tu.
engkau.

kau tahu kenapa aku tak nak kau jadi bulan?
sebab bulan itu hanya ada satu
semua orang mahu kau jadi milik diorang.
kalau kau jadi bintang,
aku hanya ingin kau
aku tak kisah kalau orang kata
bintang tak cantik macam bulan.
aku bukan suka akan kecantikan kau
tapi aku suka kau
sebab kau adalah bintang aku.

tapi,
mungkin sebab aku tamak
aku hanya mahukan bintang
kau sudah jadi bulan pada
makhluk lain

mungkin sebab kau terlalu angkuh
atau aku terlalu lewat untuk petik engkau di atas sana
jadi kau hilang
dalam tangan manusia lain.
yang mendambakan untuk jadi bulan.

engkau lihat ini bintang
lihat hati ini.
tanpa sedar
kau carik dan kau rabak-rabak kan
kau sedar?





Wahai janji setia sudah diucapkan
Aduh kata bersumpah telah ku padukan
Kini engkau pergi jauh membawa diri
Tinggal daku seorang dalam sunyi sepi

Nun bulan ditutup awan
Terkenang hati bertambah rawan
Wahai jikalau ku tahu janji mu palsu
Tentu tidak ku turut sedari dahulu
Wahai janji setia sudah diucapkan
Aduh kata bersumpah telah ku padukan
Kini engkau pergi jauh membawa diri
Tinggal daku seorang dalam sunyi sepi
Nun bulan ditutup awan
Terkenang hati bertambah rawan
Wahai jikalau ku tahu janji mu palsu
Tentu tidak ku turut sedari dahulu
nota aku : mungkin aku terlupa.. janji manusia  boleh bertukar menjadi palsu. ='(

Thursday

akhirnya kau end up

pernah kau rasa kau nakkan sesuatu tapi kau cuba apa jua cara dan kau yakin kau pasti dapat.
kau buat
kau buat
kau buat.
akhirnya,
kau kecewa.

ini yang aku rasa sekarang.
kecewa
sebab aku kata
AKU NAK!
AKU NAK!
AKU NAK!
AKU NAK!

tapi aku lupa.
bukan aku milik segala.
hati, perasaan, suka, duka, kecewa, cinta
bukan milik aku semata.
bukan aku ruskan semuanya.

aku kata AKU NAK!
TUHAN kata.
KAU TAK PERLU KAN DIA!
bila TUHAN katakan itu
kau cubalah sedaya upaya kau.
kau takkan dapat.

hakikat kehidupan,
ada orang lebih perlukan dia
dari aku perlukan dia.
mungkin,
masa TUHAN hadirkan dia dalam hidup aku dulu,
TUHAN kata
aku perlukan dia.

sekarang,
TUHAN kata
kau dah tak perlukan dia
maka
dijadikan seorang yang lain
yang memerlukan dia saat ini
lebih dari aku perlukan dia.
pergilah,
aku akan redha
bila TUHAN kata dia mahu aku jadi seorang yang redha..

akhirnya,
kau end up

TUHAN BERI APA YANG KAU PERLU
BUKAN BERI APA YANG KAU MAHU.



nota untuk dia : semoga bahagia, saya doakan awak bahagia dengan kehidupan baru, jangan risau, saya akan bahagia. saya akan ok. walau saya tak tahu bila. tapi ini bahagian saya yang DIA telah tentukan.. =D

Tuesday

permintaan

banyak kali aku cuba mengarang.
taip-taip. delete.delete.delete.
banyak benda bersarang dalam otak.
banyak benda bersarang dalam hati.
hati.
hati.
rasa macam mahu mati bila bicara pasal hati.
susah
memang susah
bila TUHAN kata TIDAK pada perkara yang kau kata
AKU NAK!
AKU NAK!
AKU NAK!

TUHAN kata TIDAK kau takkan dapat walau kau terpaksa bergadai diri.
bukan TUHAN itu kejam.
TIDAK!
MEMANG TIDAK!
tapi TUHAN itu lebih tahu apa yang terbaik untuk kau.
minta lah pada DIA..
pergi.
pergi minta pada DIA.
jelaskan apa yang kau rasa saat ini.
moga ketenangan yang kau miliki nanti....




nota untuk aku: sakit kepala bila aku terpaksa fikir perkara yang aku tak tahu apa.

nota untuk anda: saya tahu awak ada masalah. mungkin perasaan, suka dan mungkin melibatkan cerita hati. saya tak tahu tentang apa tapi saya tahu awak kuat. teruskan untuk tetap kuat. saya ada bila awak perlu.

Saturday

episod diari amal

hai diari.
lama kan kita tak bertemu.
lama sangat, sebab saya dah ada kawan baru.
tapi awak tetap masih macam dulu.
setia tunggu saya datang kembali padamu.

hai dairi
kawan baru saya dah tak nak kawan saya lagi.
sedih. sangat sedih.
dulu, bahu awaklah tempat saya curahkan air mata. sampai basah-basah badan awak yang dibuat dari kertas tuh.
tapi saya lupakan awak.
lepas saya dapat kawan baru.
saya menangis dekat bahu kawan baru. dan saya tak kenalkan pun pada awak kawan baru saya tu.
saya menyesal diari.

hai diari.
hati saya sakit.
sakit sangat.
kenapa kawan baru saya tak nak kawan saya dah?
mungkin sebab dulu, lepas jumpa kawan baru, awak saya tinggalkan..
sekarang kawan baru saya tu, tinggalkan saya lah pulak kan?
sebab dia dah jumpa kawan baru dia.. ='(

hai diari.
nasib kita semua ni macam roda kan.
apa yang saya buat kat awak,
kawan baru saya buat kat saya balik.
tinggalkan dan meninggalkan.
saya minta maaf ye diari.
sebab tinggalkan awak,
dan tak kongsi saat suka dengan awak waktu tu.

hai diari.
saya menyesal tinggalkan awak.
kalau saya tak tinggalkan awak,mesti kawan baru saya tak tinggalkan saya sekarang kan?
rupanya macam ni punya sakit hati kau kan diari?
sakit kene tinggal macam ni.
aku dapat rasakan perasaan kau diari
sakit yang kau alami bila aku tinggal dan biarkan kat situ.

hai diari,
aku sedih.
sedih.
teramat perit.
aku dah buka pintu hati ini luas-luas untuk dia.
tapi dia masuk sikit je diari
sekarang dia dah mula melangkah keluar dari pintu yang aku buka tu.

diari,
aku takde tangan yang mampu menghalang dia dari keluar.
aku sayangkan dia diari.
sama macam aku sayangkan kau. malah lebih dari itu.
aku cuba faham situasi dia.
tapi hati aku menolak
dan acap kali berkata.
"dia akan pergi tinggalkan kau"

aku benci kata-kata tu diari.
aku benci.

Thursday

saja nak beritahu apa ada dalam otak.. =D

"sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” 
-Surah Ar-Ra’ad, Ayat 11-


kan? betul tak? dah dua hari aku lakukan perubahan. well, langkah pertama aku untuk mengubah diri aku sendiri. perubahan apa? aha! hanya ALLAH yang tahu apa yang sedang aku usahakan. 
-itu yang pertama.

setiap kali aku sendiri.. means that, masa aku bawak kereta, aku dalam bilik sorang-sorang sambil tunggu masa nak tidur, masa aku tengah shower.. etc..etc.. otak aku tak pernahnya nak rehat. mesti aku berfikir, apa lagi lah yang tak elok dekat diri aku ni. entah, kenapa entah otak aku ni giat excersize. hihihi~ =D so, tadi aku terfikir, nak buat perubahan lagi. ayat surah ar-ra'ad ni berlegar-legar dalam otak aku. insyaALLAH, perubahan kedua akan aku lakukan seiring dengan perubahan pertama.
-itu yang kedua.

cukuplah, dua sahaja dulu.. banyak-banyak nanti aku tak mampu pulak nak berubah kan? cakap je lebih cuba buat tengok.. =D



okey, dah. bye.


cuma nak meluahkan

aku sedang cuba bangkit. kau datang. aku  tak mahu sebab aku takut hati aku akan salah faham dengan kehendak dia pada waktu itu. kehendak dimana hati sangat-sangat mahukan kasih sayang dari hati yang lain kerana dia terlalu terluka waktu itu.

aku ingin sekali menolak. tapi aku tak berdaya. hati meronta-ronta suruh aku katakan ya. ya kepada sebuah huluran salam perkenalan yang kau berikan. aku tipu diri sendiri. aku tipu hati yang berkata-kata. aku tipu diri aku sendiri.

aku memang perlukan kau untuk aku bangkit. aku memang perlukan kau. aku tak mampu kalau kau hilang. aku tak mampu kalau kau pergi. aku tak mampu kalau kau tidak punya apa yang hati aku ini punya. aku tak mampu.

aku tahu kau tak tahu yang aku tak mampu. aku tak mampu untuk nyatakan dengan terus terang. aku takut dengan kehilangan. aku dapat rasa, kau akan pergi kalau aku kata

"aku tak mampu hidup tanpa kau.."

tapi aku sakit kalau saat ini kekal seperti ini sahaja . aku dapat rasa kalau ia kekal seperti ini kau akan pergi. pergi pada orang yang perlukan kau pada waktu itu. aghhh!!

sudah banyak kali aku mengarang ayat untuk hantar pada kau. ayat dimana aku meminta izin untuk pergi dari hidup kau sebelum kau pergi dari hidup aku. tapi aku tak mampu. aku tak mampu.

kenapa  aku jadi serapuh ini bila berhadapan dengan kau. kenapa aku menjadi serapuh ini bila ia berkaitan dengan kau. kenapa?

aku terlalu bergantung pada kau. ye. aku terlalu bergantung pada kau sewaktu aku cuba untuk bangkit dari kekecewaan satu masa dulu. kenapa aku terlalu bergantung sehingga aku tidak mampu untuk bangkit tanpa bantuan kau.? 

kenapa kau terlalu kuat menjadi tali sewaktu aku sedang berpaut pada kau dahulu? 
kalau kau menolak waktu itu, mungkin aku akan jadi lebih kuat. kuat dengan bergantung pada diri sendiri dan bukan pada kau.

aku tahu, TUHAN hadirkan kau dalam hidup aku waktu itu, sebab aku tidak mampu untuk bangun seorang diri. tapi sekarang, kenapa TUHAN balikkan isi kandungan di dalam dada ini dengan satu perasaan yang berlainan? perasaan itu. perasaan yang telah banyak kali buat aku kecewa dan jatuh tersembam. 

Sunday

redha

tahu apa erti redha?
seringkali aku diajukan soalan ini dari diri aku sendiri.
ya, diri aku sendiri.
bukan manusia lain tapi manusia ini.

pernah kau lalui saat ini?
saat di mana kau sukakan dia, tapi dia sukakan orang lain.
kau mahukan dia, tapi dia pergi.
kau perlukan dia tapi dia hilang
kau meronta-ronta.
apa yang kau lakukan?

aku pernah.
aku pernah lalui saat ini dan mungkin akan berulang kali lalui saat ini
sampai TUHAN kata berhenti.
kau tidak perlu lalui saat ini lagi.

suka atau jatuh suka pada seseorang bukan perkara yang kau boleh tahan-tahan.
hati, fikiran, mata, otak, telinga, malah diri kau sendiri bukan milik kau.
pernah terfikir?
aku pernah.
aku pernah terfikir perkara ini dan bukan sekali tetapi banyak kali.
setiap kali aku lalui saat itu, aku katakan pada diri. "kau mesti positif."
senyum. teruskan berjalan. ada pelangi dihadapan

hati perit. aku tak nafikan.
hati perit bagai dihiris.
mengongoi kau menagis dihadapan DIA.
minta penjelasan.
kenapa?
kenapa setiap kali kau yang perlu hadap ini semua.?
kenapa?
kenapa bukan orang lain?
kau mengongoi lagi.
tanpa segan silu.
kerna DIA sangat dekat dengan kau
umpama urat yang berada di leher kau.
mengongoi lagi
sehingga kau tenang.
ketenangan itu memang ada pada DIA.
bangkit.

 DIA tetap palingkan hatinya dari melihat kau seorang.?
cari hikmah.
itu yang aku buat.
aku bukan alim ulama' yang bisa melihat hikmah serta merta.
lama-lama nanti kau akan faham
TUHAN BERI APA YANG KAU PERLU, BUKAN BERI APA YANG KAU MAHU.

TUHAN beri kaki untuk kau berjalan
TUHAN beri kaki untuk kau berlari
TUHAN beri hati untuk kau rasa
TUHAN beri hati untuk kau ikhlas
TUHAN beri otak untuk kau fikir
TUHAN beri akal untuk kau sedar
TUHAN beri akal untuk kau fikirkan hikmah.

redha.
kau mesti redha.
bukan kau pergi bunuh dia atau patahkan kaki dia sebab pergi dari hidup kau.
redha.
ye. aku perlu redha.
buat kesekian kalinya hentikan kata "aku nak dia"
buat pertama kalinya katakan "TUHAN, berikan aku hati yang redha..."
setiap yang DIA jadikan itu tidak sia-sia.

senyum.

Saturday

jatuh dan tak tahu darimana mahu bangkit

HEY manusia !kenapa kau jatuh lagi?
suara bergema dari seluruh urat nadi. pekak! aku pekak dengan soalan ini.

kenapa kau jatuh lagi setelah hampir setahun kau bina kekuatan? kenapa kau jatuh lagi manusia. bangun! wahai manusia yang bernama amal!bangun!!

pergi ambil kekuatan dari DIA YANG MAHA KUASA. kau ada DIA untuk kau adukan segala .

Friday

KAU lebih tahu...

dah pukul 4.30 pagi. aku masih tak boleh tidur. dah penat buat macam-macam otak masih tidak letih dari berfikir. hati masih sakit.

panggg!!! aku pukul pipi aku sendiri.
tidur amal!! tidur!!

pangg!!! aku pukul lagi kuat-kuat dengan harapan sakit itu membawa ngantuk yang semakin jauh pergi.

hati gundah. macam mana mahu tidur? hati meronta-ronta supaya air mata tumpah.

pangg!!! sedar diri kau tu amal! kau bukan siapa-siapa pada dia.

prangg!! bunyi hati pecah dengan kenyataan darinya.

ye. kau bukan siapa-siapa pada dia. dia bebas miliki kawan dan bebas memilih dengan perempuan mana yang dia suka.

prangg!! bunyi hati pecah lagi.

kau harus ingat, dunia dan makhluk serta diri kau sendiri bukan milik kau. DIA bebas bolak balik kan hati yang dia cipta mengikut keperluan setiap makhluk.

tapi, kenapa bukan hati aku yang engkau balikkan dari punya perasaan terhadapnya? kenapa setiap kali KAU balikkan hati pihak disana supaya pergi jauh dari aku??

kenapa? kenapa?

menolak untuk bersahabat itu KAU murka, memutuskan sahabat itu pun KAU murka. jadi kenapa aku sentiasa dibawa ke satu jalan keluar yang satu?. putus?. kenapa?

Tuesday

kisah hati #2

kisah hati lagi.
apa yang ada dalam hati sekarang ini adalah


kecewa.