PENGIKUT

Saturday

lampu berkelip-kelip

bau klorin dari akuarium ni buat aku pening.
buat kesekian kalinya, aku rasa lemah. lemah kerna bau klorin dan kondisi badan yang tiba-tiba nak suhu selsiusnya. aku perlukan ubat untuk turunkan darjah selsiusnya.

melihat pada ubat, aku jadi terkenang. terkenang pada dia yang jauh di seberang yang bukan di negara kejiranan.
pilu buat aku rasa semakin lemah.
aku ambil air aku teguk hilangkan dahaga yang semakin mendesak.
aku letak kembali ubat pada tempat selayaknya
aku bungkam.

buka muka buku rutin harian sebelum aku meninggalkan dunia buat sementara.
harapan mencari sesuatu yang boleh buat aku hilang gundah.
bungkam. tiada.
buka halaman muka buku dia buat aku semakin resah.

mata melirik pada lampu yang berkelip-kelip pada selular tanpa wayar.
hati sudah teruja mahu lihat kerana apakah dia berkelip.
dia kah yang menghantar pesanan rindu.
terus aku tangkap dia tanpa segan silu.
lihat. belek.hampa.
bukan dia. tapi kelip itu tanda selular sudah perlu cas elektriknya.

rasa hampa ini buat aku semakin pilu.
buat darjah selsius ini semakin tinggi.
aku mahu pergi.
pergi mengadu pada DIA.
DIA yang memberi perasaan ini.








*entah kenapa malam ini aku sangat sangat sangat sangat rindukan dia yang berada di seberang bukan di negara jiran.

Friday

senyum.. senyum.. senyum..

jadi bila dah cuti haruslah keluar berdua-duaan dengan kesayangan hati kan? harus tahu.. harus.
sebelum balik bangi memang dah mesej-mesej dengan one of my darling nak celebrate birthday one gugurl ni. walaupun macam lambat nak sambut. please lah better something than nothing. ye dak?

fikir punya fikir. tak tahu nak beri apa. nak diy sesuatu memang non ado lah kan. sebab memang busy memanjang kalo dah balik bp. so, i decided to make marvelous cupcake!! weehooooo!!
so, we decided to celebrate at fish manhattan. so, here we go.

meet my darlings!!! =)

meet the cupcakes!! 
(tak berapa smooth based dia. muahahaha!!)

the birthday gurl!!! hihihi~

ini pertama kali kot pergi fish manhattan nih. thanks to my darling for bring me there. the food very awesome!!! okeyh, memang macam noob sebab orang lain dah tak pandang fish manhattan ni kan. like i care =P
here u go for those yang tak pernah cuba lagi.. macam aku. =D

kan dah kata, the food sangat tempting kan?

after celebrate we go to 'melalak' dekat malaysia idol sampai tak hengat!! hihihihi~ 

*bukan ke sahabat itu adalah kesayangan hati juga*




okeyh bye.!

Thursday

selalu mengalah

buat kesekian kalinya henfon berlampu-lampu. bukan menandakan ada mesej tapi sebab mintak di beri makanan berupa elektrik supaya dia boleh hidup dan kejut aku setiap pagi. tetapi kerajinan dikalahkan dengan kemalasan. sifat malas ini sudah menang kerana aku masih tidak cas bateri henfon yang menyala-nyala minta disumbat elektrik. (WTH! intro mcm ni?)

ada peneman itu memang indah. kalau kau sakit kau boleh mengadu. kalau kau sakit hati kau boleh mengadu. kalau kau gaduh dengan member kau boleh mengadu. kalau kau terjumpa katak kau boleh mengadu. kalau kau tersepit jari kat pintu kau boleh mengadu. its look like insane kan? semua benda nak mengadu. =_=

aku selalu kalah untuk merebut teman mengadu itu. aku kalah dengan memberi ruang orang lain supaya bisa ada peneman mengadu. bila dah kalah pada orang lain. atau kata lainnya, aku beri orang lain rasa bahagia.  seperti biasa tertunduk sepi di suatu sudut berfikir.

"kenapa aku tidak merebut? "

"kenapa aku yang perlu mengalah?"

selalu. dan peneman yang senantiasa hadir  adalah airmata.

terlalu banyak. dan seperti sudah lali. namun, kali ni perlukah aku beri laluan pada orang lain sekali lagi? atau aku perlu ambil kekuatan dari mana-mana makhluk ghaib untuk aku merebut 'peneman' itu sentiasa menemani aku?

terlalu banyak yang aku fikir. selalunya, fikiran yang aku fikirkan ini akan berakhir dengan kekalahan. beri kemenangan pada orang lain.

mungkin. mungkin kerana aku terlalu baik hati. tidak mahu melihat orang lain kecewa dan menangis seperti aku.

tetapi sampai bila??


hati manusia ni berbolak balik. dapatkah aku menggenggam sekeping hati dimana akan sentiasa dibolak balikkan oleh pemilikNYA?

Monday

kecewa

kecewa itu satu hal yang memedihkan bukan?
kecewa kerana sikap orang lain yang tidak dapat menghargai akan perasaan yang telah diberi
kecewa kerana sikap yang tidak menghargai akan segala harapan yang telah diberi.

ah!
entry ini entry sampah. hanya tahu bicara soal hati dan perasaan sahaja. cuba kau luaskan pemandangan kau pada berita-berita dunia sekeliling yang lebih penting. yang lebih membina untuk sekalian ummah.

ah!
aku tiada rasa untuk hiraukan tentang itu semua.
apa yang aku rasakan sekarang adalah rasa celaka.

Saturday

kembang semangkok dah jadi dulang bulat mak.

assalamualaikum..
jadi cuti pun bermula. oh bukan cuti semester ye, tapi cuti public holidays. lupa dah ke cuti deepavali? aha!
untuk pengetahuan umum, mana-mana student ipg akan cuti ikut cuti sekolah. bukan lah tepat-tepat macam cuti sekolah tapi lebih kuranglah.. kata cikgu kan? haruslah cuti macam anak-anak murid.

dah nama pun cuti haruslah menmaniskan rumah kan? dah kata home sweet home, rumah manis rumah. harusssss sangatlah memaniskan rumah sendiri. apa yang manis? aha! anda baliklah ke sarang manis masing-masing maka akan berlakulah perkara yang manis-manis macam berlaku dirumah aku sekarang ini.

eh. bukan pergi tabur lumur gula kat dalam rumah. itu perbuatan tidak bagus tetapi ini.

hai! =D

nampak? suspek diatas dipercayai sudah mengkembangkan mukanya sehingga menjadi mangkuk. HOMAGAD....!!! bukan mangkuk tapi dah jadi dulang bulat mak aku macam kat dapur tuh. huh!
padahnya pulang ke rumah yang manis macam tu lah jadinya.. =_=

bila muka nak kurus macam ni balik?

okeyh dah bye.

Friday

wanita cantik.

[sumber pakcik google]
assalamualaikum..
cantik kan wanita diatas?
aku suka tengok dia ni since dia kat af lagi. serius, dia sangat cantik. dulu, masa kat af dianya tudung tidak selabuh ini. tapi semakin dia dalam dunia artis ni dia makin melabuhkan tudungnya.. i am very in love with her... <3 <3 <3

[sumber pakcik google] 

pernah dengar kan pasal heliza helmi hijab? dah lama aku carik tudung yang heliza ni pakai. masa heliza belum publish aku dah naik gila nak cari dari sape aku nak beli. alih-alih aku bukak page dia hari ni, dia dah update nak beli katne. yes!! berdesup aku g tengok habis satu album. memang cantik dan oh mak aih, harganya.. well, benda yang cantik memang selalunya mahal. kene tunggu keje dulu lah baru leh pakai heliza helmi hijab ni. HAHAHAHAHAHA!!

[sumber: pakcik google]

first time jatuh hati ngan heliza helmi hijab ni  masa tengok gambar kat atas ni. aduh mak ai.. sangat-sangat jatuh hati.. hmm.. 

itu je yang mak nak gossip kan hari ni uolls!! 

ok bai. = )


*ada sesapa nak bagi hadiah besday kat aku tudung ni tak? hihihihihihihihiihihi~~~

Sunday

jumpa.. ujian.. redha..

sumber : facebook quote

=)


dah jumpa someone like this quote..
hihihihi~
bahagia tapi dalam otak selalu terngiang-ngiang ini..

"boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu 
dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. 
Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."
 Surah. Al Baqarah:216.

aku tak tahu apa yang akan jadi akan datang.. aku cuma nikmati bahagia yang aku rasakan saat ini sepuasnya..
kalau satu hari nanti aku perlu hadapi perpisahan dan kehilangan itu semula.. aku harap aku redha..
jauh dalam sudut hati, aku letih dan tak mahu kehilangan lagi.. tapi aku hamba yang tidak punya hak untuk mengatakan tidak kepada ujian.. 





tuhan...
jangan kau uji aku dengan ujian yang tidak tertanggung olehku..
sesungguhnya engkau tidak pernah menguji 
dengan ujian yang tidak tertanggung oleh hambaMU..

Tuesday

adakah kita cukup sempurna

assalamualaikum..
setiap kali aku masuk facebook, mesti ada status kawan-kawan yang berbunyi macam ni 
"ya ALLAH, berikan aku cinta orang-orang yang mencintai diriMU.."
lebih kurang macam tu lah.. memang bagus doa-doa ni. aku ada baca dekat i lurve islam pun ada ajar cara doa berpandukan doa seorang kekasih.

persoalannya sekarang.. pernah tak kau kau semua terfikir, cukup cinta kah kita mencintaiNYA? 
Bukan nak blame sesiapa. tapi ini pemikiran aku sekarang. untuk peringatan diri sendiri dan membetulkan diri sendiri jugak.

persoalan yang aku mahu timbulkan disini, CUKUP SEMPURNA KAH KITA UNTUK MENGHARAPKAN YANG SEMPURNA?

tertimbulnya isu dalam modulus oblogata aku nih adalah disebabkan, aku baca status ni dengan terlalu banyak. dan orang yang mengepos status mcam ni tidaklah semenggah mana akhlaknya. yeah! blame on me sebab suka hati aku je kan nak menafsir orang dari pandangan luaran. siapa aku untuk menilai orang dari pemakaian. siapa aku untuk menilai manusia. 

wake up girls! wake up guys! luaran tu menggambarkan dalaman. kalau dalam diri kau masih ada sifat malu, kenapa pakaian kau semacam itu?aku pun bukan nya pakai tudung labuh sampai ke pinggang. tapi aku tahu nak tutup mana yang patut.  status yang kau kau semua pos tu dah macam mengeksploitasi sesuatu yang baik maksudnya. aku malu.
ye. satu tudingan jari pada orang, 4 tudingan jari balik semula pada aku. aku tak menafikan semua tuh.

renung2kan lah.. masing-masing punya otak.
masing-masing punya akal.

Wednesday

tersedar dari lamunan yang panjang..

memang lumrah dan fitrah perempuan kot.
sikit-sikit nak tacing (baca : touching) sikit-sikit nak tacing.
kadang-kadang rimas jugak aku jadi perempuan. rimas dengan perangai sendiri.
entah hape-hape dah lama tak update new entry tiba-tiba nak post entry emo kan.
haiya.. kan aku dah beritahu awal-awal tadi aku perempuan. (eh yeke?)ape kene mengena ntah aku pun tatau.

terlalu banyak benda yang berlalu dalam hidup ni.
betullah hidup ni macam angin lalu kalau hidup tu biasa-biasa sahaja.
entah bile nak berubah entah supaya hidup jadi lebih fun (gembira!!)
mungkin kene makan fun fries (baca : kentang goreng) hari-hari baru boleh jadi seorang yang fun dan lovable kot.

sedang melalui fasa pemulihan dengan kehadiran seseorang sebagai peneman.
semua benda jadi huru - hara.
hati yang dahulu mati kering makin sihat.
kalau dahulu sihat-sihat sahaja tiada onar.
sekarang mula bergelora.
sudah serik. tapi masih bergelojak dengan pelbagai perasaan. serikkah namanya tuh?

tiada ilmiah pun bicara-bicara aku dari entry ini.
sekadar tulisan  pembuka bicara untuk aku kembali menulis dan mengupdate.
hati sudah pulih dari rajuk yang masih berpanjangan.
bukan pulih sepenuhnya
tapi aku pasti DIA ada menemani..
sentiasa di sisi walau aku mungkiri beberapa kali..



jumpa lagi nanti. bye. =)