PENGIKUT

Sunday

kecewa menang lagi.

otak : hi hati..!
hati : hai.
otak : kenapa kau nampak murung?
hati : aku mula sukakan seseorang
otak : sepatutnya kau ceria gembira.
hati : tidak.
otak : kenapa?
hati : bila aku mula sukakan seseorang, aku akan mula bersikap tamak.
otak : tamak?
hati : ye, aku akan tamak untuk miliki dia. aku tak suka berkongsi walau dengan rakan sekalipun. aku tidak mahu dia pergi walau dalam apa jua keadaan sekalipun. aku akan menjadi sangat tamak dan hanya mahukan dia sahaja.
otak : wahai hati, sifat tamak akan merugikanmu.
hati : aku tahu itu. sebab itu aku tidak mahu memulakan hubungan dengan sesiapa selepas kekecewaan dulu.
otak : kau seperti menghukum diri.
hati : biarlah kau kata aku seperti dihukum. daripada aku menurut fitrah diri kerana ingin menguasai sifat memiliki ini.
otak : kau tahu siapa yang maha memiliki.
hati : aku tahu. pemilik kau, aku, cinta, sayang dan segalanya di muka bumi ini.
otak : jadi, apa masalahnya?
hati : bila aku mula menyayangi, sifat cemburu dan ingin memiliki menjadi satu. aku tak suka berada dalam keadaan itu.
otak : fikirlah sewarasnya.
hati : sudah ku fikirkan panjang lebar. dari hati terluka dengan kecewa, lebih baik aku menjauhi dari sifat ingin memiliki.. kerna setiap kali aku setuju untuk memiliki, milik itu pasti bukan milik aku. ambil kecewa. sekali lagi kau menang..





Saturday

macam ucapan raya

secara rasminya, 26 ogos 2011 tamatlah riwayat praktikum selama 2 bulan di SK SERI LAKSANA..=)
apa yang aku dapat ?:

1: pengalaman mengajar tahun satu. tolonglah paham, kenapa tahun satu ni sangat comel??? kenapa?kenapa??? *pengsan*
2: pengalaman mengajar murid yang satu kelas banyak cakap. sepanjang kau tengah mengajar dia bercerita kat kawan sebelah tak habis-habis. ? *sakit hati*
3: dapat pensyarah observe sampai 3 orang. *pengsan*
4: pertama kali pergi sekolah yang saaaaaaaaaaaannnggggaaaattttttttttt jauh. *ngantok*
5:macam biasa terpaksa hadapi perasaan sedih sekali lagi. *sob sob sob*

Add caption
[gambar : teruja bagi penerangan + hitam lepas ajar pj]

secara rasminya, aku balik ke rumahku syurgaku dengan tempoh masa yang agak lama. *seminggu dikira lama*

raya?

kenapa eh aku takde rasa nak raya pun tahun ni?


Thursday

kisah hati #1

ada sesuatu yang mengganggu fikiran dan diri aku.
satu sahaja yang aku cuba elak dari dulu sampai sekarang.
memang aku rasa benda ni memang terlalu menguasai diri aku apabila aku menjalinkan sesuatu hubungan.
apabila menjalinkan sesuatu hubungan, tidak kiralah hubungan bersahabat, adik beradik atau hubungan antara lelaki dan perempuan, sifat yang paling menguasai diri aku adalah sifat ingin memiliki.

ye. aku seorang yang ingin memiliki orang yang jalinkan hubungan.
memiliki dari segala segi.
kalau bersahabat, atau berkasih aku ingin mereka hanya jadi milik aku sahaja. tidak boleh bersahabat dengan kawan kepada kawan aku atau apa sahaja.
memang sifat ini sangat kejam dan aku seboleh mungkin mahu elakkan dari ianya hadir.

mungkin sifat ini juga yang menjadikan hubungan aku gagal sebelum-sebelum ini.
dan aku tak mahu hubungan yang baru ingin terjalin ini gagal sekali lagi hanya sebab keinginan untuk memiliki.

arghh!!
sifat ini terlalu menguasai diri aku.
aku tak suka dia berkawan dengan kawan aku.
kawan aku, biar berkawan dengan aku sahaja.
dia, biar dia jadi milik aku sahaja.
tak perlu berkawan dengan kawan-kawan aku yang lain.
tak perlu. walau atas apa alasan pun
aku tetap tak suka.!

Tuesday

hati sakit ='(

haih!
gua ternampak muka minah tuh lagi.
punya susah payah gua berlakon
berpura-pura dia tak pernah wujud.
gua ternampak lagi muka minah tuh.

memang gua tak nak beci dia
jauh sekali gua nak pergi bomohkan dia
tapi entahlah
mungkin sebab dia yang buat hati ex gua berubah
sebab tu gua macam anti minah tu sekejap.

boleh kan?
sekejap je
gua nak anti dia.
boleh kan?
kalau gua anti dia ada nampak mcm
gua menjatuhkan kaum sendiri tak?

betul
sekejap je.
nanti bila hati gua dah ok
gua boleh je main guli sama2 dengan dia.
betul.
tak tipu.

ok.
gua start anti dia eh.
gua start berpura-pura
gua start berlakon
yang gua tak pernah tahu dia wujud.






p/s= hati sakit. ='(

Sunday

rasa-rasanya aku boleh hafal tak?

ASSALAMUALAIKUM.. selamat berpuasa dalam ramadhan yang ke 14!!..

kesian korang kan, buka-buka page ni je entry yang sama. entry yang sama je, buka-buka blog ni kan? huarghhh!!! bosannnnnnn..... kan?

well, sebenarnya aku taktahu nak mentype entry apa. yup. kadang - kala, setiap blogger akan takde idea nak menulis. melainkan setiap hari kau ada aktiviti baru yang kau sertai. yeah. memang noob gila jadi blogger yang macam tak tahu semua benda macam aku nih.

apa yang aku tahu, semuanya dunia cikgu. paling latest pun pasal dunia pendidikan. yup. memang bosan. but thats my live now anyway. lainlah kalau aku ni ada banyak masa nak pergi meronggeng sana sini. join perjumpaan blogger sana sini. ah! mak takde masa nok. lainlah kalau mak cuti-cuti cinta. konfem mak memang pergi nok. tak caya??? ha, try lah invite mak bulan disember nih pergi mana-mana event. masalahnya sekarang ada yang nak invite ke??? *bunyi cengkerik*

oh ye lagi 2 minggu aku habis praktikum. yeah u r right. rasa sedih dan pilu dah mula menguasai aku sedikit demi sedikit. aku rasa aku akan rindu SERI LAKSANA ni untuk jangka masa yang agak panjang. macam aku rindu kan SERI BEROLEH.

ha, ada satu hal lagi. aku cuba nak menghafal satu lagu ni. tapi tak dapat-dapat nak menghafalnya. mungkin setiap sekolah kena buat orentasi pada cikgu-cikgu pelatih supaya cikgu pelatih dapat hafal lagu rasmi ni dekat setiap sekolah.

Dah tengok video tuh?
rasa-rasa korang aku boleh hafal tak sebelum habis praktikum nih? =)

Tuesday

yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran

pertama kali melangkah ke surau taman beroleh buat aku terfikir bermacam perkara. balik dari surau mandi. masa mandi otak masih ligat berfikir. entah macam mana, satu pepatah bermain-main dalam nuron-nuron sel dalam otak macam baru lepas minum susu nespray.

SUMBER : DARI SINI


yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. pernah dengar atau guna pepatah tu dalam karangan spm kalian? tak pernah? tak pernah takpe, ada aku kesah?

mari kita kecilkan skop pepatah ni kepada fokus utama kita. cinta. memang blog aku ni blog klise. hal klise ni memang sering orang perkatakan.

apa yang aku nak terangkan dekat sini. cinta apa yang kita kendong cinta apa yang kita kejar.

pernah kau terfikir cinta maha pencipta tu yang selalu kau kendong sejak kau  kecil sampai kau dah besar godang ni ha? pernah kau terfikir, dalam kau membesar ni, kau terkejar - kejar cinta manusia sampaikan cinta maha pencipta berciciran sewaktu kau mengejar cinta manusia?

oh. bukan kau eh? mungkin aku je lah kot yang pernah terbuat macam tu. sampaikan DIA beri aku kecewa 

supaya aku tidak keciciran cinta - NYA.
supaya aku tidak melupakan cinta-NYA
supaya apa yang ku kendong tidak bergolekan
apa yang aku kejar tidak terus tak terkejaran.



p/s : i love u. muahahahah.. takde maknanya. 





ok. bye.

ramadhan ketiga

ye. tahun ni adalah ramadhan ketiga aku dengan blog warna warni aku  nih. so far, setiap kali ramadhan aku akan post something (baca: sesuatu) tapi, tahun ni macam terlambat pulak kan. lambat pun bukan lambat sebulan pun kan. so, here we go

SELAMAT MENJALANI IBADAH RAMADHAN AL-MUBARAK
KALIAN YANG KU sayang.. (aik?)

kali ketiga ramadhan dengan blog, dan kali ketiga ramadhan tanpa sesiapa.. muehehehe.. tahu ke apa yang aku tengah merepek nih? (dah mula dah dia nak tacing-tacing)

oh ye. rasa macam projek seri laksana tergendala seketika. hewhewhew. sorry lah ye. nafsu luar biasa untuk menulis tu dah menurun sejak menjak puasa nih. =____=

dah masuk bulan ogos kan?







ok. bye.