PENGIKUT

Friday

assalamualaikum. lama kan tak jumpa korang2 sume kan? (entah masa bila pernah jumpa korang kan)
oh ye. lagi sekali aku nak tegaskan. aku sibuk gila. dah naik gila dengan kesibukan tahu. (aik?) well, kalau aku tak berapa update pun kau orang bukan kisah sangat pun kan sebab aku bukan hanis zalikha. (aik?)

berbalik pada perkara yang aku nak membebel. (jadi cikgu memang suka membebel eh?) banyak sangat sampai aku tak tahu nak mulakan yang mana dulu. lepastu nafsu nak update tersangatlah menebal dalam diri nih. so, diharap korang bersabar sebab aku akan update banyak gila cerita.

entry kat bawah ni semuanya berkenaan dengan selama mana aku tak update. kan aku dah cakap *nafsu nak update tersangatlah menebal dalam diri nih*

kalau nak baca, silakan. kalau tak nak boleh tinggalkan page aku nih. sekian, terima kasih.

Thursday

dataran batu pahat

tak tahu lah kenapa entah. satu malam tu aku sebenarnya nak pergi cari pashmina hitam kat pasar malam. tapi dah terpergi makan kat buluh. lepastu tertengok bola lah pulak. tengok jam rasa-rasa macam dah tutup pasar malam. alih-alih memang betul pun pasar malam dah tutup. HUWAAAAAA!! wa nak pashmina wa. wa tak kira bai!!

lepastu terus pergi ke dataran batu pahat. pernah korang pergi dataran batu pahat? aku tahu ramai yang dah pernah pergi. sebelum aku habis belajar tahun depan meh aku cerita serba sedikit tentang aktiviti dataran ni.

kalau jumaat malam sabtu, sabtu malam ahad. seriously, dataran batu pahat ni hidup macam kat dataran putrajaya nuh. pernah pergi tak? ada gerai macam kat downtown lah lebih kurang, ada satu aiskrim ni aku macam curious jugaklah macam mana rupa parasnya. so, memang dah takdir agaknya, haritu aku dapat gak membeli aiskrim nih. 


macam ni lah rupa aiskrim tuh.
*ais krim goyang*
(gambar tak berapa jelas sebab tengah berjalan)


nak aku cerita pasal aiskrim ni panjang lebar ke? tak payahlah kan. so, teruskan. takkanlah nak beli aiskrim je kan. so misi mencari pashmina masih diteruskan. pergi kesemua kedai. hambik. aku pergi beli perfume pulak dah. haih. takpelah dah beli. dah pakai dah pun. kalau korang nak tahu, aku bukan jenis beli barang ikut brand atau tempat. takde maknanya. asalkan halal boleh pakai, berbaloi, wa rembat jerk apa yang ado. senang. takde pening-pening fikir. 

atlast. takde maknanya membeli pashmina hitam tuh. MUAHAHAHAHA.. tapikan ada satu yang menarik (bagi aku lah) kat sini. nah certengok video bawah ni.



aku baru first time tengok baju lampu-lampu macam ni. kalau korang dah pernah tengok ada aku kesah??!!



sekian,
ok bye.

seri laksana #2

hai semua!! kalau korang memang gila kentang jadi pembaca blog aku nih. korang mesti pernah terbaca entry nih (sk seri laksana #1). 

sekarang aku nak upload gambar-gambar sepanjang hari sukan yang terlaksana di sekolah seri laksana 3 minggu yang lepas. nampak sangat cerita dah old school kan? 

Jadi semua. silalah check this out. sebelum korang semua tanya meh aku jawab dulu. nanti kang tak pasal-pasal pergi formspring aku tanya soalan macam gini.

"amal. apesal semua gambar rumah biru jerk?"

jawapan:

"sebab aku cikgu rumah biru."
(as simple as ABC!!)





1

2



3


4


5


6


7

Nampak tak piala kat tengah-tengah budak-budak ni semua? aku dah suruh diorang berdiri belakang piala. masalahnya sekarang, semuanya gila gambar macam cikgu dia. jadi semua nak ke depan sebab nak masuk dalam kamera. mak pakai kamera pentax je nyah mana nak nampak semua orang.

sekian, ok bye.

sebiru laut. #sk seri laksana 1

jadi bila dah jadi cikgu pelatih kena lah jadi macam cikgu betul kan?
maka kerana sekarang sukan dibuat pada penggal kedua, dengan segala hormatnya, aku dilantik menjadi guru pasukan biru. *tepuk tangan sambil berdiri*

oleh kerana pelatih adalah pelatih, maka dengan itu kena lah aku hendaknya membuat sepanduk rumah. berkaitan dengan itu, hasilnya tidaklah berapa memberangsangkan kerana tiada idea mahu mencipta sepanduk yang gempak-gempak meletop tebaboom kan. tapi!! saya bangga kerana akhirnya, siap buat sepanduk dengan hasil tangan sendiri. sekian....... =)



GO BIRU GO!!!!!



TADAAAAAAAA!!!


CANTIK KAN???!!!
(cepat puji cantik sekarang!!!)




ok dah. bye. =)

Monday

beribu sesalan... monolog hati #1

semalam lepas balik dari kokorikulum kat sekolah, aku berdezup balik rumah.
bukan rumah sewa tapi rumah mak ayah aku kat kajang.
malam sebelumnya, aku mimpi ayah aku sakit. (harap ayah aku sentiasa sihat sampai aku puas nak balas jasa ayah ngan mak aku.)
rindu. yup. rasa rindu yang tak bertepi kat mak ayah aku.
walaupun nampak macam sia-sia sebab balik tak lama. tapi tetap berbaloi sebab aku boleh kurangkan apa yang aku rasa bila sampai je kat rumah, dua2 dah tunggu aku kat muka pintu.

dalam perjalanan balik tu, radio peneman aku sepanjang jalan.
tetiba aku dengar satu lagu nih. aku rasa korang semua pernah dengar lagu ni.
ala, sekarang tengah meletop letop kat radio.
aku dah dengar banyak kali lagu tu tapi takdo lah pulak aku nak rasa apa-apa.
sampai je dekat pajam/ nilai. hati aku meruntun-runtun dengar bait-bait lagu ni.
lagi-lagi bila jaclyn victor sebut

" kekasihku dijalanan yang berliku..
di saat ku perlukanmu
tertutup jua segalanya terhadapmu
disini ku tersedu-sedu
setelah cinta pergi
ku mengusung duka ini diiringi
kisah janji dimungkiri
lagi..."

sepanjang lalu pajam/nilai. air mata aku menitik-nitik.
haih..(sampai bila entah aku nak terasa macam ni.)
tahu kenapa aku LONTARKAN DENGAN JELAS tempat-tempat tu?
Aku rasa korang bijak untuk berfikir kenapa.





"...sia-siaku mencintaimu
setia padamu
percayakanmu
sebak dadaku
retak hatiku
luka jiwaku
dihiris pilu...."