PENGIKUT

Friday

i think i am on the right track

pergh!! lama tak menaip. macam malu nak menaip merapu2 kat blog nih. engkau orang pun mesti malas nak baca kalau aku merapu macam penyapu kan? so.. lets begin. i want to share something with u guys~~ check this out..



untuk hawa..

andai mahu menerima cinta adam..


1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..



2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..



3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..


(sumber dari muka buku)




i think i'm on the right track. HE give me "the heart broken" series to make me check this thing out. HE knows me well and u guys either.. and all the creature HE made.. =)





i feel more relief now..

seriously..

Tuesday

angin..

angin
bukan kah sudah aku nyatakan
bukan kah sudah aku titipkan
perasaan ini untuk kau bawa ia pergi?

angin
bukankah sudah aku berpesan
jangan kau bawa rasa ini kembali..

ingin aku meluah rasa
ingin aku meluah kata
hanya aku sendiri..

Monday

main layang-layang


orang kata, cinta tu macam kita main layang-layang..
kita lepaskan tali seberapa banyak yang layang-layang tu nak untuk dia terbang bebas diudara..
lepastu sampai satu tahap, bila angin dah takde dia akan jatuh dan datang dekat kita balik.
aku selalu dengar teori percintaan ni masa aku pertama kali putus cinta dulu...
hakikat. bila aku guna teori cinta ni semuanya musnah karam. masih boleh pakai lagi ke teori percintaan ni? kau orang ada otak, kau orang fikir lah ye.

aku baca satu link yang sahabat aku share dekat facebook. memang sungguh dia bersemangat share kat wall post aku. cuba kau orang klik link kat bawah ni..


Dah klik? apa pendapat kau orang?
nak tahu apa pendapat aku? aku habis baca je, aku terus terfikir yang sahabat aku ni, risaukan situasi status aku agaknya? hahahahahha *aku gurau tau didi*
kalau betullah dia risau, well, terima kasih sahabat.. masih ada yang concern tentang aku rupanya.
ulasan aku pada artikel tu? bagi diri aku, mencari cinta sejati memang perlu. tetapi bukan cinta sejati manusia yang aku perlu cari dan terkejar-kejarkan buat masa sekarang. cinta sejati bagi aku hanya ada pada yang maha pemberi perasaan cinta. DIA yang layak untuk aku raih buat masa sekarang.

memang. kadang-kadang aku risau dengan pertambahan usia yang semakin bertambah. akan sampai satu masa akan ada orang sekeliling bertanya soalan sensitif tu. tapi, selagi belum sampai masa orang-orang nak berkata, buat apa aku nak sibuk-sibuk risau.

aku yakin, suatu hari nanti.. akan datang padaku "sesuatu itu" pada hari yang tepat, pada waktu aku sudah bersedia segala-galanya. =)

Tuesday

pukul 3 pagi

sekarang dah pukul 1.18 (waktu aku mula mentype lah kan) pagi. aku masih tak tidur lagi sebab nak mempenuhkan fail praktikum ni dengan benda entah hape2 yang dimintak "mama" lia. *muntah*

lagi 2 jam masuk pukul 3. yup. limit aku sampai pukul 3 je. setakat mana aku mampu nak mensiapkan fail ni, sesiap itu lah juga aku
bagi pn. zahlia tengok esok pagi. janji aku dah upgrade sesikit dari apa yang dia bebel pagi tadi. *senyum sumbing*

tengah-tengah aku buat RPH untuk 6 ADNIN pukul 8 lebih tadi, lagu man bai berkumandang

"izinkan ku menc
uri bayangan wajahmu
maafkanlah woooo
andai lagu ini mengganggu ruangan hidupmu..."

banyak kenangan lagu ni. ILHAMKU. ilhamku dah pergi jauh dari hidup aku. dah pergi tinggalkan aku. jauh. entah kemana perginya. siapa kata dengan kesibukan membuat kerja aku takkan ada masa nak terkenang "ilhamku". salah. siapa yang berani cakap macam tu memang tak kenal aku siapa. serius. sesibuk mana aku, otak aku, hati aku masih lagi ligat berfikir benda yang bukan dihadapan mata.

pukul 3 juga ada banyak kenangan pada setiap hari. sebab tu limit aku hanya sampai pukul 3. selepas pukul 3 aku akan terkenang semua perkara kisah aku dan "ilhamku". tak payah lah aku cerita tentang kenangan apa. yang semua orang
tahu bila sebut perkataan kenangan, mestilah perkara yang manis-manis.. =)

"beribu bintang di langit kini menghilang
ada kerdipan ada sinar
itukah bintang ataupun rembulan
terima kasih kuucapkan.."

ilhamku buat aku terhenti seketika menulis RPH. aku selak-selak RPH sebelum-sebelum ni, rasa macam aku selak kembali kenangan-kenan
gan dulu... =)





"apa yang saya mahukan adalah yang terbaik untuk awak.."



(i miss that word so much =') )

Sunday

tipulah tuh.

tipulah kalau aku kata aku tak suka gila nak habis praktikum. weyh. aku suka weyh nak habis dah praktikum nih. suka gila tak payah biat RPH, ABM yang dah meragut segala tidur aku. MEMANG!! AKU SUKA GILA DAH NAK HABIS PRAKTIKUM.

tak payah nak menghadap lecturer nak observe. tak payah nak menghadap anak murid yang nakal-nakal. tak payah nak menghadap anak murid yang tak nak hantar buku, yang tak hantar latihan. tak payah nak menghadap anak murid yang SENTIASA LUPA NAK BAWAK BUKU KEMAHIRAN HIDUP. HABIS SEMUA LATIHAN AKU BAGI DIA TAK PERNAH NAK HANTAR. AKU NAK BUAT PENILAIAN MACAM MANA??? CUBA HABAQ KAT AKU SAT???

memang aku tak sabar nak habis.


tapi,


ko pernah dengar tak orang yang hipokrit dengan perasaan dia sendiri?
aku pernah.

ye. memang aku tak sabar nak habis. tapi ada satu side dalam diri aku, aku rasa berat sangat nak tinggalkan anak-anak murid selama sebulan aku ni. macam-macam perangai. macam-macam kerenah. buat aku nak tergelak bila mengajar.

"child is unpredictable creature"

seriously, memang betul. hari-hari tak dapat nak jangka apa jawapan yang diorang akan bagi kalau aku ajukan soalan. macam-macam jawapan yang menggelikan hati. menduga kesabaran, menduga keikhlasan. sorang sorang perangai entah hape hape sampai buat aku termimpi mimpi. buat aku pening kepala nak mengajar cara yang macam mana supaya ilmu tu sampai dan diorang faham..


anak-anak murid cikgu sayang...
kita hanya ada masa 1 jam untuk bersama...
minggu depan dan tahun tahun berikutnya,
belum tentu kita semua akan bersua macam ni lagi..
melainkan jodoh kita semua kuat antara satu sama lain..


Friday

sabar ye, seminggu je lagi...

balik dari sekolah semua orang terbungkang. tak kisahlah yang pergi trip awal ke yang trip paling last ke yang penting hall aras satu ni mesti senyap sunyi dari pukul 2 sampai nak maghrib kang. paling takpon, pukul 6.30 kang baru ada makhluk yang dah bangun dari terbungkang. mueh. aku tak cerita pasal orang. aku pon sama macam tu. cuma hari ni, aku macam tak tenteram sangat nak tidur waktu sekarang (2.24ptg).

memang tu dah jadi rutin aku ngan kawan2 yang 1st time praktikum ni. mana nak stay sampai pukul 3 kat sekolah? takde maknanya. penat kot mengajar. rasa nak tidur tu membuak2. yang sempat tidur malam pun rasa meronta2 nak balik dari mengajar terus tidur lagilah yang buat ABM, RPH, FOLIO sampai tak tidur 2 3 hari. boleh dikira. dalam seminggu 3 hari je dapat tidur macam makhluk manusia lain. lagi 2 hari terpaksa buat macam tidur tu bukan satu lumrah manusia.

macam kronik kan kitorang ni berpraktikum? yes! kalau kau kata praktikum ni macam gampang, kau memang silap. praktikum ni memang sangat mencabarkan diri. tapi dalam mencabar ni, banyak benefit yang bakal guru dapat sebelum dia menjadi seorang guru kelak. well, seminggu lagi praktikum pertama aku dan rakan2 nak habis. tepat pukul 12.00 tengah hari, jumaat, bersamaan 15 april, genap kami semua berjaya habiskan praktikum ni dengan penuh DEDIKASI.

aku tak perli dengan ayat DEDIKASI tuh. serius. aku puji dengan ikhlas kawan-kawan yang sama batch dengan aku ni. semua buat kerja tak banyak bunyik. mungkinlah berbunyi kat dalam hati tapi lahiriah nya, semua buat dengan penuh rela walau ada perkataan terpaksa dan berat hati. well, syabas untuk diri aku dan semua rakan-rakan.

Tuesday

wahai abang, kenapalah nak kahwin cepat-cepat.

tengah syok landing atas kerusi untuk berfoya-foya sekejap tengok movie tiba-tiba no 012 aku berdering. siapakah? dah lama sangat tak berdering since aku 'putus kasih' 6 bulan yang lalu.
tengok. nombor tak dikenali. aiseyhman, gua tak layan nombor bukan-bukan nih. gua biar je berdering. mati. lepastu berdering lagi. entah kenapa entah paranoid sangat dengan nombor-nombor tak dikenali nih.

tenung lama-lama telefon yang tengah menjerit-jerit tu. memang cukup2 nak deringan terakhir aku angkat.

"hello"

"assalamulaikum cik"

"waalaikumussalam" (gua dah gundah dah bila dengar suara lelaki)

"ni cik amalina kan? cik ada buat pinjaman PTPTN kan?"

dah sudah, bila masa entah aku buat pinjaman. pusing kepala fikir.

"cuba encik tengok nama betul2 berbinti kan siapa amalina tu?" (aku dapat allowence buat apa nak pinjam PTPTN weyh???)

"betullah nama ayah cik ni."

lama gak aku diam, cuba cam suara. dalam 5 minit macam tu aku MENJERIT!!!!

"ni abang is kan??????!!!!! ceh!!!!"

OK. aku tak pernah cerita aku ada abang kan? mak aku tak beranakkan pun abang aku nih. dia nih datang tiba-tiba jerk dalam hidup aku. well, maksudnya disini dia ABANG ANGKAT aku. kau orang tak payah nak pertikaikan status 'angkat' tu. aku dengan dia dah adik-beradik sejak aku form3 lagi. so, kiralah dah berapa lama?? haaaaaaa..... lama kan?

kenapa tiba-tiba aku cerita pasal abang aku ni??? sebabnya, dia adalah pesalah yang dah ganggu ketenteraman aku. korang tahu kan aku tengah dalam tempoh recovery nih, alih2 dia pergi bagitahu aku tadi yang dia nak kahwin. AISEYHMAN.... (sila baca dengan nada kecewa)

aku tak ready lah nak biar dia kahwin. padahal aku yang suruh dia cepat2 kahwin. aku dah hilang tempat mengadu lah lepas nih. yerlah, bini dah sentiasa ada kat sebelah buat apa dia kisah pasal adik bukan kandung dia nih lagi. (emosi kan?)

siapa lagi nak pergi belasah bekas-bekas pakwe aku yang tak berguna semuanya tuh lepas nih???? adeyh....

siapa lagi yang nak mengarut tanya khabar aku (selain dari maka ayah aku) tiap2 bulan lepas nih?

apesal aku sedih lak nih????? GEMBIRA LAH WOI AMALINA. GEMBIRA. ABANG KAU NAK KAHWIN NIH!!!!! KAU TAK SUKA DAPAT KAKAK IPAR KE???



wahai abang,
kenapa lah nak kahwin cepat-cepat?