PENGIKUT

Thursday

errrr....

setelah hampir seminggu (kot) aku tak update so, hari ni rasa macam nak cerita sesuatu. oh. actually bukan ceritalah tapi lebih kepada diary aku. well... macam tak biasa baca diary orang kan korang nih? muahahahha...

sebelum tuh, aku masih tak nak cerita lagi aktiviti aku sebagai guru dekat sekolah. selain daripada sibuk tahap dewa mokhsya penat adalah subjek utama bila jadi seorang guru. bukan penat sampai tak mahu mengajar dah. tapi penat mental sebab nak fikir strategi yang paling mudah supaya murid-murid senang paham apa yang aku ajar. memang lah kan macam kecoh jerk nak cerita benda2 nih. tapi sukati aku lah kan nak cerita ke hape kan? TAPIIIIIII!! aku nak cerita pasal benda lain hari ni.

aku on9 facebook hari ni, (dah masuk 2 minggu gua tak berfoya-foya kat fb tau) lepastu aku ternampak gambar membe. oh. membe tu dah menikah bulan 3 haritu. well, dah bukak tu konfem lah tengok gambar kan? oh my goldfish... bapak lah suweeeeetttttt gila baca komen2 kat gambar2 diorang nih. kalau nak di estimate diorang memang SANGAT MASIH PENGANTIN BARU. baru nak masuk 2 minggu. well, apa yang kau semua xpect kalau baru 2 minggu menikah kan???? (jangan nak fikir pasal batiniah kat sini ok)

aku bukan nak highlight kan pasal pengantin baru whatsoever tapi aku nak relate kan situasi ni dengan diri aku. kalau korang pernah baca entry2 sebelum nih. lebih tepat tahun lepas punya entry lah, aku ada nyatakan aku nak kahwin bila umur aku tepat 24 tahun. cuba korang kira, aku hanya ada masa 2 tahun jerk untuk persiapkan diri. mueh. (macam haram je rasa reveal benda nih kat korang semua) sempat ke eh?????

*sebenarnya, aku dah tak tahu nak type apa. dah melalut ke laut dah.*




sekian... =P

Sunday

tanpa suara

geram gila
sampai rasa nak menangis.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
celaka. keluar jugak air mata.
bye.

Friday

....sorry seems to be the hardest word...

bila sampai saat yang kau betul-betul kena beri maaf, maaf itu adalah satu perkara yang sangat susah untuk diberikan..

kejamkah aku kalau aku tak bisa memaafkan dalam tempoh masa terdekat? masing-masing punya penilaian masing-masing dan aku tetap dengan penilaian aku sendiri.

a : maafkan orang tu, dan lupakan segalanya masa depan lebih penting
aku : masa depan masih gelap, sekarang lebih penting.

ye. memang itu pendapat aku. kau boleh lupakan? kalau jawapan aku memang aku tak boleh lupakan. mungkin sebab aku masih belum jumpa perkara yang boleh membuatkan aku melupakan. sungguh. dan aku rasa kalau aku sudah jumpa pun, aku masih tidak boleh melupakan. tetapi aku akan cuba ikhlas daripada melupakan...

"benda yang lepas biarkan lepas, buat apa nak ungkit2 lagi, buat apa nak fikir2 lagi.."

memang. senang kau boleh cakap macam ni. memang senang kau boleh lontarkan ayat semacam ini. cuba kau ada di tempat aku.? ikut kau lah nak anggap aku ni suka terbawa-bawa. suka mengungkit atau apa sahaja. itu penilaian kau dan aku tak salahkan. pemikiran itu bukan aku punya. tapi DIA.

"ada orang yang lebih dahsyat merasai berbanding dengan apa yang kau rasai sekarang.."

aku tahu. setiap orang ada dugaan masing2. dah Tuhan kata dia mampu untuk terima yang lebih dahsyat dari aku itu kemampuan dia. aku. Tuhan beri aku dugaan yang semacam ini. dan aku rasakan ini yang paling perit setakat ini. dan ini yang aku mampu. maksudnya disini, kau, aku dia, mereka dugaan itu sama dahsyatnya mengikut kemampuan kau, aku, dia mereka semua. faham?

"Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]"

katalah apa sahaja, kau takkan pernah tahu apa yang aku rasa, kau takkan pernah tahu apa yang perlu aku hadapi.. kau takkan pernah tahu macam mana aku cuba bangkit.. kau takkan pernah tahu..

Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merebahkan keresahan dan tangisan
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuatan







wahai Pencipta..
hambamu ini akan cuba...

Thursday

kenapa aku baru tahu padahal semua orang macam memang tak kisah pun...

aku tahu bila jejak je kaki kat pintu gerbang bermaksud tv, radio, gossip artis, majalah or WHATEVE memang aku dah tak layan. serius memang tak layan dah macam masuk penjara.

bila jejak kaki kat pintu gerbang institut maksudnya hati, minda fokus aku hanya ditujukan pada belajar, xsignment, big, presentation, exam. heh! pendek kata memang takde life lah kalau orang muda cakap.

yang aku boleh buat hanyalah update fb, update blog, update fb, update blog. sumenya macam tertutup.

mesti korang cakap kenapa tak beli surat khabar? kenapa tak baca online jerk gossip2 tuh suma. meh aku jawab meh. aku memang baca surat khabar bila ada cerita pasal cikgu, murid, gaduh, belasah, penjara. ha, sume berkaitan dengan guru. entah dah macam kena sumpah bila dah masuk institut.

dan bila aku nk tgk video clip dan apa2 lah untuk berhibur aku akan bukak utube. ye utube peneman setia aku selain daripada tonton.my.

tapi masalahnya sekarang kenapa aku baru tahu pasal cerita nih selepas ianya terjadi 3 bulan yang lepas??? KENAPA??KENAPA???KENAPA??KENAPA???



KENAPA AKU BARU TAHU YANG IRWANSYAH DAH KAHWIN????? KENAPA???KENAPA????????????????

Monday

"...kami ini golongan berparut..."

dah lama sebenarnya aku nak post tapi aku macam tak tahu nak olah macam mana supaya kau semua paham dan tak salah paham. tengok? aku dah eja "f"aham kepada "p"aham. ape nak jadi?
okeyh tak payah membebel straight to the point. ohmygolden fish bila membebel je aku terkenang. aiseyh man.... tak rock lah kan.

sejak menjak menjadi "alone ranger" semula nih. ada
beberapa perkara yang semakin hari buat aku semakin gusar. nak tahu tak apekebendanya yang buat aku gusar.

1) sifat STALKER aku semakin menjadi-jadi. tak tahan punya stalker tak dapat dibendung dah. aku pergi stalk semua page yang berkaitan lepastu mula lah nak emosi2 kat diri sendiri. lepastu mula lah nak pergi ketuk kepala kat dinding nak pergi butakan mata nak pergi patahkan jari sebab pancaindera berkenaan yang bertindak mengikut arahan otak. so, puncanya otak kan? kenapa aku tak rasa nak pergi cacatkan je otak nih... ini idea gila. harus muhasabah.

2) ada satu bahagian dalam organ dalaman aku ni macam hilang. aku try nak pergi xray tapi nanti doktor tanya sakit apa takkan nak cakap "kami ini golongan berparut" pulak kan.. kalau doktor tu dah tengok merong mahawangsa mungkin dia paham lah.. nak mintak mak backup nanti mak akan tanya benda yang sama kat aku. aiseyh man boleh berlaku pertumpahan air mata kalau mak yang tanya. jadi, aku buat checkup sendiri. aku raba2 bahagian2 yang aku rasa macam kosong pastu kat satu bahagian tu betul2 kosong. bahagian belah kiri tempat dimana segala perasaan tersimpan disitu. suka, duka, gembira, bahagia, cinta, tenang, damai pendek kata segala rasa lah berpunca dari organ tu, dan organ tu dah hilang...




gambar : " oh, itu dia 'organ dalaman' yang hilang tu"

3) keinginan untuk bersuka ria semakin pupus. aku hanya keluar bila teman2 ajak makan. aku hanya keluar bila teman2 ajak tengok movie. aku hanya keluar bila teman2 ajak. itu sahaja. kalau teman2 tak ajak aku akan duduk dekat hostel d
an jadi stalker. phatetic.

4) bila pulang ke rumah aku suka duduk kat satu tempat. dekat kerusi yang meninggalkan sejarah. kenangan sentiasa bermain main macam dah takde butang stop. aku jalan satu tapak satu tapak dan kenangan tu sentiasa berulang2. wajah, senyuman, perasaan, suara, suasana.. semuanya berulang2.. phatetic.

5) aku sentiasa pergi kedai buku. MPH, POPULAR dan segala mak nenek buku bertemakan motivasi berkenaan dengan hati, perasaan, cinta aku beli. semua yang aku baca mengundang pertumpahan manik jernih. phatetic. walaupun mengkasihankan aku dapat ketenangan.

"bacalah, kerana dengan itu kau akan faham..."

6)emosi jadi tak menentu. kadang2 kilang air mata produce banyak gila air mata sampai boleh beroperasi selama berhari2. kadang2 aku rasa sangat hening. ye. hening. aku baru tahu apa itu rasa hening.

7) aku lebih banyak berfikir. berfikir tentang itu dan ini. berfikir wajar atau tidak. perlu atau tidak. baik atau tidak. ye. aku lebih banyak berfikir sampai aku sakit kepala.

8)semakin mengenal erti SABAR dan cuba untuk menjadi IKHLAS.

9)susah untuk menerima salam perkenalan dari orang lain semula.

gambar : mungkin "itu" adalah pelangi yang aku cari.

10) aku perlukan lebih banyak masa untuk mencantum semula "organ dalaman" yang hilang tu. dan aku tak tahu berapa lama tempoh masa yang aku perlukan untuk kali ini.

11) masa. ye aku cuba untuk menerima perjalanan masa itu.

"jodoh itu terletak di dalam satu kotak,
kunci untuk membuka kotak itu adalah MASA"

12) aku rasa aku makin tua. hahahahha!!! jadi keinginan untuk bertukar imej semakin memuncak. dah sikit2 aku tukar supaya menjadi lebih baik. mula2 kita tukar cara pakai tudung. lebih menutupi bahagian "perhiasan wanita" .

13) semakin menjauhi novel2 cinta.menjauhi cerita2 yang tak beri moral value.

14) aku dah faham kenapa dalam novel bila seseorang termasuk dalam "golongan berparut" diorang akan cuba sedaya upaya untuk pergi jauh dari tempat yang membawa parut tu.

"Nobody has ever measured, even the poets, how much a heart can hold." - Zelda Fitzgerald

Saturday

...sampai masa tibanya waktu.....



"sampai masa tibanya waktu
redup hati kau berdua
bila dua jasad bersatu
hidup mati jadi bersama...."
(hikayat merong mahawangsa)

hari pertama cerita ni keluar aku dengan rakan-rakan sepermainan terus berdesuppp!!
pergi cinema.
pukul 4.20 mencatat sejarah. (eceh! catat sejarah konon)
cerita ni cerita pertama untuk tahun ini dalam senarai list untuk ditonton...
cekitout please...

1) fuyoooohhhh... stephen rahman hot gila okeyhhhhhh!! meleleh air liur tengok badan ketul-ketul.

2) skrip bahasa melayu dalam cerita ni bagi aku memang terbaekkk dari ladang. meleleh tahi telinga wa dengar bahasa melayu diucapkan oleh setiap pelakon. paling best stephen rahman tu bercakap lah. bagi aku dia fasih.

3) sound best. tapi sound speaker kat cinema yang aku tengok tu masa last2 tenggelam timbul lah pulak kan. tapi sebab dah terpegun dengan gaya bahasa skrip bahasa melayu dalam cerita tu aku let it go je lah kan...

4) dia nya scenaries atau dalam bahasa melayu nya, pemandangan sepanjang cerita ni CANTEK OKEYHHH!! dah macam dalam cerita narnia pun ada. laut cantek, kapal cantek, pendek kata sume cantek. aku suka. kalau kau rasa macam tak cantek tu kau punya pasal yang penting aku suka.

5) apa lagi eh? aku rasa ni cerita melayu yang aku ra
sa memang terbaik. maksud aku cerita melayu yang berbentuk hikayat macam ni. harap ada banyak lagi cerita hikayat macam ni di buat dan menjadi lebih bagus. (kenapa tiba-tiba dah termasuk macam harapan penulis ni?)

well, setiap apa yang dibuat oleh manusia takde yang sesempurna buatan MAHA PENCIPTA.. jadi, seBEST satu2 cerita masih ada yang tak puas hati nya.. lets cekitou the unsatisfied version aku.

1) kalau cerita melayu kan, biar semua nya guna bahasa melayu. ini pendapat aku lah, dalam sejarah, bukan ke zaman dahulu, bahasa melayu adalah lingua franca. tapi kalau aku silap tak tahu lah lak kan..

2) apesal khir rahman buat muka bernafsu tu macam EUWWWWWWW GILA? geli weyh tengok. takut pun ada.

3)askar-askar dalam cerita ni semuanya KURUS KURUS BELAKA. termasuklah general cina tu sekali. kalau boleh lah kan, kasilah yang macam gemuk sikit kan.. baru nampak semenggah nak berlawan. bukan ke askar-askar dulu sumenya macam abang2 builder belaka? ke aku salah expectation lagi?

4) kenapa lagu anuar zain tak berapa nak ada? ada kejap je tyme merong nak tinggalkan embok tu je.. aiseyh man, aku ingatkan lagu tu digunakan 100%.. agak teruja lah kan nak dengar olahan lagu tu jadi mcm mana bila diadaptasi ke dalam filem perang2 nih...

5)watak jehan, umi nazira, umie aida tak diolah denga
n sepenuhnya. kalau lagi kembang lagi terbaekk kot.

apa2 pun aku MEMANG SUKA DAN SANGAT BERPUAS HATI. kalau nak suruh tengok lagi sekali yeah, i will if ada orang belanja lah!! hahahahahha...

for those yang macam nak tak nak atau yang memang macam tak minat cerita2 genre macam ni, aku sarankan pergilah jangan teragak2.. gi cinema terus beli tiket tak yah toleh2 kiri kanan dah. masuk je teros duduk dalam panggung tu. serius, gi je tak yah cakap lebih. melainkan ko ni memang seorang yang dipenuhi dengan banyak alasan. then, tak payah nak cakap lebih.

Sunday

semua sudah ditetapkan..





lagipun DIA pernah cakap
bila DIA sudah menetapkan
tidak akan terlewat
tidak akan tercepat
walau sesaat..


aku tahu, kau akan muncul satu hari nanti...

Friday

masih belum selesai

ada yang tak selesai
soal hati, perasaan dan masa depan
teringat kisah lalu
merundung pilu
menikam kalbu

hari-hari ku lakar senyum
walau hati sendu
pilu
hipokrit itu kadang-kala perlu

masih ku fikir tidak selesai
kerna kisah itu masih tidak ketemu jawapan
tergantung di persimpangan

masih perlu menanti
dengan penuh pasti
atau pergi
tanpa perlu berpatah lagi

masih ada yang belum selesai
ku tunggu penyelesaian
dalam kekaburan
dalam kepayahan
dalam kesakitan...