PENGIKUT

Monday

rindu, pesanan, kosong

assalamualaikum..


 cuba teka ni gambar masa tingkatan berapa?
T_______________________T

sebenarnya, aku nak tidur dah. betul tak tipu, tapi aku browse facebook kejap sebelum tidur. lepastu aku terbaca status kawan aku. mestilah kawan kan, kalau bukan kawan, macam mana aku nak terbaca status dia.. ye dak? =____=

kawan aku punya status berbunyi begini....

Feeling alone? : Innallahha ma’ana
 
Saw evil act? : Inni akhafullah
 
Wishing something? : Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah
 
Missing somebody? : Ma fi qalbi ghairullah ♥
nah!!! TETIBA AKU RINDUUUU.. aku rindukan orang yang pos status ni, dan aku rindukan orang-orang yang sentiasa mengingatkan aku masa sekolah dulu. rinduuuuuuuuuuuuuuu sangat. mungkin kau semua tak faham apa yang aku rindukan. takpelah, hanya orang-orang yang terbabit je yang akan faham maksud rindu aku ni. =,(

dah 7 tahun tinggalkan kenangan sekolah. dah 7 tahun aku sorang-sorang mengharung arus dunia. makin lama aku rasa makin kosong.kosong  dengan kaedah saling ingat mengingatkan tentang kebenaran.. yang suatu waktu dulu aku tak pernah sedar yang aku sangat beruntung dikelilingi orang- orang yang selalu berpesan dan saling mengingatkan.

di mana kalian semua? aku kosong dengan nasihat. amat kosong. 

1.Demi masa
2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.
(surah al-asr : 1-3)
 


jangan ENGKAU tarik semula, setelah ENGKAU berikan taufik dan hidayahMU kepadaku..



1 comment:

ahsfantasy24 said...

Walau segembira manapun hidup kita sekarang,
kita pasti akan selalu ingat dan rindukan zaman persekolahan :)

Latest Post:
1. Yang kau kahwin tu, kau pernah kahwin sebelum ni?
2. Lupakan cinta lama. Kau boleh?