PENGIKUT

Sunday

makan bahulu kenduri kahwin sampai muntah =_=

moh kita pergi jalan-jalan hari ahad, kenduri kahwin bermaksud penuhkan perut! yipppiiieeeee!! =D

1) ampang. sebabkan lapar sangat aku takde mood nak ambil gambar kat rumah pertama. sampai-sampai terus pergi buffet makanan. amik makanan duduk baca doa. habis. punyalah lapar. MIAHAHAHAHAH! buruk perangai. tapi, sedap hoi makanan dia. nasi minyak, sayur timun nenas, ayam merah, buah limau! perghh!! KENYANG DEN!! *senyum usap perut* oh ye. aku dapat bahulu 2 bijik untuk door gift pengantin.. NAK TELURRRRRR!!! ?*jerit kuat2 kat telinga mak pengantin* tak senonoh betul anak dara.

2) bukit mewah. kajang.  sepupu aku yang kahwin rasanya. ada perkataan rasa sebab aku tak rapat sangat sebab sepupu jauh yang aku tak berapa kenal. ayah aku kenal lah sebab sedara mara belah bapak aku ni bersepah-sepah satu kajang nih. bapak aku je yang diorang kenal. anak-anak dia?? adoi!!! nampak sangat jarang bersosial. hihihihihi!! nah! makanan untuk rumah second.

nasi dia panjang-panjang woooo..

ini door gift dari rumah kedua
NAK TELURRRRRRRR!!
*jerit kat telinga emak pengantin*

isi dalam door gift ni adalah sumi, gula-gula 2 bijik. kerepek ubi. dan BAHULUUUUUUUU!!! =_= 


muka kenyang nasi minyak sampai jari cacat. =_=

3) rumah sepupu aku jugak. yang ni kenal sikit walaupun tak rapat sangat. sebab ayah dia selalu bawak anak-anak dia datang raya rumah aku. eh. tak cucu ayah aku rasanya, so anak buah aku kan? arghhhh!!! pening-pening! ayah aku kata, bapak dia sepupu ayah aku. so anak dia?????? T________T malas nak fikir.
makanan dia memang lazat!!! lazat dan bervariasi. nasi minyak memang adalah kan takleh nak tipu kalau takde. yang lainnya, ada pekasam, ada bubur jagung. dan paling penting aku dah tak makan.. SEDIH AKU DILAHIRKAN DENGAN PERUT YANG TAK BERAPA NAK BOLEH SUMBAT BANYAK MAKANAN!!!! ARGHHHHHH!!! T______________________________T

bubur jagung. 
nampak macam sedap kan?
=_=

aku tak berapa gemar bubur-bubur ni sebab cair dan tak sejuk. apa jenis orang entah aku nih. =_= mak, ayah dan kakak aku je yang makan. aku dengan adik aku makan ni.

tembikai!!
pandai pun dora teka!! T_____________T
sejuk. sedap. segar!! yippiiieeee!!

oh ye door gift kat kenduri ni best sikit. ada marshmellow (macam salah eja je?) dengan benda ni.

FINE!! bukan yang ni.
T__________________________T



ha, yang ni. 
cuba teka dalam dia ada apa?
=_=

TA DAAAAAAA!!
ha! betullah tuh. bahulu lagi.
=_=
NAK TELURRRRRRRRRR!!
*jerit dekat telinga mak pengantin*


sekian sahaja segmen jalan-jalan makanan dan door gift kenduri hari ini. jumpa lagi di kenduri kahwin yang lain. CAUCINCAU!!! =D

p/s : ada sorang makcik ni tegur. "DAH KURUSSSS.." dalam hati dah letop-letop bunga api kebaboooom dah. =D

p/s/s : pergi kenduri kahwin ni, kadang-kadang boleh jumpa jodoh.  =D  *senyum buat menantu*

1 comment:

ishiko said...

ohahaa..
bahulu, best wohhh..


err... bunga telur jugak!!!!!!!!!!