PENGIKUT

Friday

kalau tidak, susah payah, syukur.

sumber SINI


kalau tidak
mesti hari ni aku susah payah nak pergi buat kek blueberry cheese.

kalau tidak
mesti hari ni aku susah payah pergi buat push up supaya perut kempis bila tiba hari esok

kalau tidak
mesti hari ni aku susah payah pergi jogging 10 pusingan dekat tasik cempaka
supaya nampak kurus hari esok

kalau tidak
mesti hari ni aku susah payah pergi beli baju baru
untuk pakai hari esok

kalau tidak
mesti hari ni aku susah payah pergi cari hadiah

kalau tidak
mesti hari ni aku susah payah fikir
nak masak apa untuk picnic hari esok

kalau tidak
mesti hari ni aku susah payah melayan hati resah gelisah untuk menghadap hari esok

kalau tidak
mesti hari ni aku akan rasa gelabah biawak memikirkan hari esok

kalau tidak
mesti hari ni aku akan BERSUSAH PAYAH UNTUK BUAT SEGALA MACAM PERKARA MEMASTIKAN HARI LAHIR DIA ESOK
menjadi hari yang paling bermakna untuk dia.

**************************

itu semua kalau.. =)
aku tiada langsung rasa resah seperti yang disenaraikan
dah dibawa dia pergi dulu sebelum sempat hari esok menjelma.
terima kasih.. =)

ENGKAU lebih tahu apa yang aku mampu lalui.. =))

"...Memohon kepada-Nya (kepada Allah) semua yang di langit dan di bumi. Setiap hari (waktu) Dia (Allah) dalam urusan.  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?..."
(surah ar-rahman 29-30)



masukkan aku ke dalam golongan hambaMU yang tahu bersyukur..

4 comments:

ahsfantasy24 said...

Semuanya atas ketentuan Dia,
Dia tahu apa yan terbaik buat kita,

Hapuskan segala "kalau", sayang.
Jom kita hidup tenang tanpa igauan semalam :)

Latest Post:
Kalau Tuhan Pisahkan Kita, Awak Marah Tuhan?

ishiko said...

phuuuu...

kalau badan tak sihat, habis semua menda yg nak buat jadik malas =.='

amalina wahida said...

ryu~> yup. hidup dgn tenang.. =)

amalina wahida said...

ira~> awak tu rajin2 lah makan ubat ye.. jgn smpi sakit teruk. =D