PENGIKUT

Thursday

bangunkan aku

bila disember berakhir. aku nak tidur dan nak bangun bila disember 2012 sampai ke penghujung. boleh? konfem tak boleh punya. betul. aku nak tidur selama setahun. nasib setahun je impian aku kalau impian aku nak tidur macam kisah ashabul kahfi ditidurkan selama 309 tahun.?

SEGMEN JARI PUAKA

*PERHATIAN! TULISAN DI BAWAH AGAK KEJAM,BERBAU PUAKA DAN TAK BERHIKMAH. KALAU TAK SUKA BOLEH TEKAN PANGKAH. KALAU DAH BACA TIBA-TIBA TERASA, PANDAI-PANDAILAH BAWAK DIRI*

1- aku unsubscribe semua orang yang bertukar status. single to in a relationship with _______. bukan sengaja. tapi aku jelik. lagi-lagi yang terlalu banyak komen sampai 50++ comment. lepastu sayang, buat <3 <3 macam ni ha. arghh!! aku rasa nak muntah. sorrylah kalau kau yang membaca ni salah seorang yang aku unsubscribe ye. nasib aku unsubcribe kalau aku block delete terus. ha.. takde sape pun kisah kalau aku block kauorang ye dak?

2. aku unsubscribe jugak semua like page yang selalu update pasal "saya tidak mahu wang, harta, duit tapi cukup kau menyintai aku sepenuh hati" lepastu ada <3 <3 (baca : love) macam tu. memang aku unsubscribe. SEMAK. aku rasa nak muntah. lepastu ramai pulak like page tu kan. termasuk aku. itu dulu. huh! takde motivasi langsung page yang macam tu. mungkinlah manfaat pada orang yang tengah nak up. yang baru bercinta. umur belasan ni sukalah page-page macam tu. heh.!

3. aku unsubscribe semua orang yang selalu send macam ni kat wall pakwe dia.. "honey, i miss u" , " i love u", lepastu ramai pulak yang like komen menggatal mereka berdua. lepastu ada pulak yang mencelah "sweet lah kau berdua" bluweeekkkkkkk!! *muntah hijau* tahu. pernah rasa nak muntah hijau? macam tu lah aku rasa sekarang.

4. aku unsubscribe semua orang yang selalu relationship status dia bertukar. sekejap 'in relationship'. lepastu 'single'. lepastu 'in relationship' balik. HOI!! Terkejut mak nok, kau jerit hoi-hoi macam ni. senangnya kau tukar ganti status kau kan??!! senang betul kau tukar ganti status kau dengan orang lain kan!! memang aku tengah marah sekarang. aku marah sebab kenapa kau senang-senang je dapat pengganti.???!! senang macam makan kacang pistachio. (betul ke aku eja nih?) yang aku ni susah betul nak dapat pengganti. bertahun-tahun nak ubati luka. bila dah ada orang yang boleh diharap lepastu kena rampas!! patutnya jenis orang yang macam kau yang kena jatuh terduduk. bukan aku!!!!! *emosi sekejap*

5. aku delete dan block semua orang yang suka send tulisan biru kat wall pakwe dia. contoh "saya suka tengok awak online" lepastu letak beribu <3 kat wall tu. SEMAK!!! SEMAK!!! SEMAK!!!! PAHAM???!!

6. aku cukup tak suka blog yang letak gambar owner dia GEDABAK BESAR. AKU ULANG GEDABAK BESAR. aku tahu lah kau semua akan jawab "aku punya blog aku punya suka" kan? kan? betul tak? tapi sekarang aku nak cakap balik "AKU PUNYA SUKA LAH NAK KOMEN APA PASAL BLOG KAU". puas baca? *senyum sinis* KAU PAHAM TAK GEDABAK MACAM KAU BUAT WALLPAPER KAT LAPTOP KAU. paham dah gedabak macam mana yang aku maksudkan??!! tukarlah gambar tu kalau ada blog-blog newbie yang spesis macam yang aku utarakan nih. its ANNOYING OK!! ANNOY MACAM NAK MUNTAH. elok-elok aku nak follow blog kau, langsung aku klik PANGKAH TANPA BANYAK SOAL. *puas hati* kalau comel muka tu takpe kot, tapi sekadar yang aku blogwalking otai-otai blog yang femes ames takdelah pulak letak gambar GEDABAK MACAM WALPAPER LAPTOP KAU! 

*ok. behave.. dah-dah lah tu kondem ye dak?*

7. aku tak suka pergi blog yang ada lagu non stop. its annoy!! habis rosak mood. ok fine. kau orang tak kisah pun kalau aku tak baca atau tak follow blog kau orang yang spesis macam aku define kan kat atas kan. but, dalam dunia ni ada macam-macam orang dan kalau tak silap aku, akan ada orang yang sama sikapnya macam kita. bermaksud, kalau bukan aku yang rasa ANNOYING DENGAN BLOG-BLOG macam ni, mungkin ada beberapa orang lagi yang ANNOYING DENGAN BLOG-BLOG macam tu. unless!! kau ni jenis orang yang suka MENCAPUB! 

8. aku tak kisah kalau follow blog-blog yang suka mengarut dan tak habis-habis cerita paal cinta, tak habis-habis update pasal hidup peribadi dia. its ure blog. do whateve story u want. tapi, kalau kau nak cedok orang-orang lain punya entry. PLEASE!! TOLONGLAH BAGI KREDIT PADA BLOG YANG KAU CEDOK TUH. kesian kau tahu kat diorang yang kene cedok nih. even pakcik google pun boleh terasa tau kalau kau tak kredit kat dia. heh!!! respect others if u want others do the same. heh!!


sekian, berjumpa lagi segmen jari puaka dilain masa. *senyum puas hati*

5 comments:

ishiko said...

wohhooo...
ade org tenga emo ni, sy takott...


*lariiiiiiiiiiiii...
xjadi nk kasi hadiah -.-'

Admin said...

Satu penghijrahan yang baik :)

amalina wahida said...

ishiko~> haboi! bila emo je lari ye! ni nak kena rotan nih.. =D

amalina wahida said...

ryu~> adakah ini penghijrahan?alhamdulillah.. =D

M.I.H said...

sebagai pembaca yang tak mengenali,kita boleh nampak dari 2side yang berbeza apa yg terjadi,
tapi cukup sekadar kita berfikiran posotif.

nak lagi senang,unsubscribe je diri sendiri.Macam yang aku buat.

Sejuk kan hati

:)