PENGIKUT

Saturday

apa aku rasa lepas tengok ombak rindu

kau orang dah tengok cerita ombak rindu? 

(sumber : pakcik google)

disebabkan aku ni seorang yang menggilai novel suatu ketika dahulu, habis semua novel aku baca. jadi, ombak rindu adalah novel yang pernah aku bayangkan menjadi sebuah filem masa aku baca waktu tingkatan 2. betapa aku sangat menghargai setiap momen sampai aku ingat tahun bila aku baca novel kan? (sila terharu)=_=. 

perasaan tak usah cerita lah, punyalah teruja kan! dan harapan aku pada filem ombak rindu sangat tinggi supaya filem ni sehebat novelnya. aku harap perasaan aku masa tengok filem ni mesti seperti perasaan aku baca novelnya. nah! pada yang dah lupa sinopsis novel ombak rindu ni.

(sumber : pakcik google)

sinopsis:

Sinopsis : OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

sumber dari sini ; KLIK

aku bagi 3/5. nak tahu sebab apa? sebab perasaan membaca novel dan filem tak sama langsung. oh. aku bukan nak kondem cerita ni tak best. untuk cerita kategori melayu, cerita ni hebat lah jugak. tapi bagi orang yang tinggi harapannya semacam membaca novel adalah rasa sangat hampa. 

yang baik :

1)yup. pilih aaron aziz sebagai hero adalah sangat tepat bagi aku. sebab dia hensem memang lah bukan sebab utama, tapi aku suka dia berlakon sebab dia boleh menangis sebagai seorang lelaki. dah nama pelakon mestilah boleh menangis kerana isteri ye dak?

2)maya karin. aku memang dari mula lagi tak setuju maya jadi izzah. sepatutnya pihak berwajib cari talent lain. seseorang yang bukan pelakon terkenal,tapi boleh bawa watak izzah. kenapa maya karin tak sesuai? sebab maya karin terlalu cantik dan up to date.dia bermuka pan asian, tapi izzah sememangnya bukan pan asian. arghh!! aku gambarkan izzah ni seorang yang sangat naif. tak cantik tapi nice. arghhh!! kenapa aku tak boleh terima hakikat nih. =_=

3)lisa surihani jadi jahat adalah kelainan. sebab selalunya dia jadi baik je kan. mimik muka dia masa dia marah-marah memang menjadilah. tapi still aku tak berapa nak in sangat dengan watak dia. arghhhhh!! aku bayangkan mia amylia ni jahat, menggedik, hati busuk, cantik, glamour, menggoda. lagi sekali aku rasa =_=

4) kalau kau rindu laut aku syorkan kau tengok cerita ni. hahaha! cantik. rumah ombak villa kepunyaan hariz cantik. tapi masih tak sama dengan gambaran aku. (ok fine. semua nak sama macam yang kau imagine.. MEMANG TAK LAH!!)

5) azizah mahzan memang jadi lah jadi sufiah tuh. sebab aku mula benci dia lepas tengok dia menjahat dengan izzah. =_=

6) skrip dia ok. ada yang menyentuh hati wanita ini. hihihihihi~ malu mak nok nak buat statement macam ni.

yang tak best bagi aku:

1) jalan cerita tak sama langsung dengan novel. ARGHHHHHHHHH!!!! aku rasa 60% je cerita ni ikut jalan cerita novel. ye. aku tahu memang susah nak adaptasi sebijik2 macam dalam novel. tapi banyak sangat yang takde. mana babak izzah gugur? mana babak hariz pergi jumpa mak kandung dia balik? mana???mana?? mana babak hariz merayu kat izzah minta maaf gilaaaa gilaaaa punya bila izzah gugur?? mana?? *hampa*

2) aku masih tak dapat nak hadam aksi ranjang. ada 2 aksi ranjang yang bagi aku macam ..................... =_=
ni apa yang aku rasalah, tak perlu nak banyakkan aksi ranjang tu. lebih baik  banyakkan babak-babak penting macam yang aku sebut kat no 1 tadi. adoiii!!! 

3) ada ke babak naik kapal layar??? aku rasa macam akhir cerita ni based on novel, diorang kat ombak villa, hadap tingkap hariz peluk izzah dari belakang, and the end of happy ending!! yippppppiiieee!! (oh. mungkin aku silap, maklumlah dah 9 tahun masa berlalu)

4)ada beberapa babak yang aku rasa pelik. ada babak yang sepatutnya izzah bermonolog sendiri, tapi diluahkan dengan dialog. itu pelik. ada babak yang sepatutnya wafiah (kawan hariz) bermonolog tentang izzah tapi di dialogkan. itu pelik. (yelah, siapalah aku kan, aku bukan orang filem)

secara keseluruhannya aku hampa. ini perasaan aku sebagai seorang pembaca yang sangat tinggi harapannya. arghhhhhhh!! aku ulang sangat tinggi harapannya. tapi, aku tak rasa rugi pun beli tiket. hehehe~ support filem malaysia tau!! =D

siapa kata aku nangis? tak nangis, but aku tersentuh bila hariz tinggalkan izzah. ye. AKU DAPAT RASA MACAM MANA SAKITNYA DITINGGALKAN OLEH ORANG YANG KITA SAYANG. aku tersentuh bila hariz datang kat kampung  cari izzah and he said

 "abang dah lama cari izzah, abang rindu. abang rindu sangat-sangat dekat izzah". ='(

 aku dapat rasa rindu dia tu macam mana sakitnya. SAKIT KAU TAU. MENUSUK SAMPAI JANTUNG.
satu lagi yang menyentuh hati aku, bila mila tak dapat hidup bersama dengan orang yang dia cinta. SAKIT!! SAKIT!!! itu je yang aku dapat luahkan. ='( tapi untuk babak ni aku terus teringat surah al-baqarah ayat 216.. =)



ok. apalagi pergilah tengok ye, then bagitau aku apa yang kau orang rasa.. =D 

2 comments:

Anonymous said...

apa2 pun, sy sokong filem Malaysia..itu paling penting!

amalina wahida said...

saya pun sokong!! =D *dah tengok ke?*