PENGIKUT

Sunday

redha

tahu apa erti redha?
seringkali aku diajukan soalan ini dari diri aku sendiri.
ya, diri aku sendiri.
bukan manusia lain tapi manusia ini.

pernah kau lalui saat ini?
saat di mana kau sukakan dia, tapi dia sukakan orang lain.
kau mahukan dia, tapi dia pergi.
kau perlukan dia tapi dia hilang
kau meronta-ronta.
apa yang kau lakukan?

aku pernah.
aku pernah lalui saat ini dan mungkin akan berulang kali lalui saat ini
sampai TUHAN kata berhenti.
kau tidak perlu lalui saat ini lagi.

suka atau jatuh suka pada seseorang bukan perkara yang kau boleh tahan-tahan.
hati, fikiran, mata, otak, telinga, malah diri kau sendiri bukan milik kau.
pernah terfikir?
aku pernah.
aku pernah terfikir perkara ini dan bukan sekali tetapi banyak kali.
setiap kali aku lalui saat itu, aku katakan pada diri. "kau mesti positif."
senyum. teruskan berjalan. ada pelangi dihadapan

hati perit. aku tak nafikan.
hati perit bagai dihiris.
mengongoi kau menagis dihadapan DIA.
minta penjelasan.
kenapa?
kenapa setiap kali kau yang perlu hadap ini semua.?
kenapa?
kenapa bukan orang lain?
kau mengongoi lagi.
tanpa segan silu.
kerna DIA sangat dekat dengan kau
umpama urat yang berada di leher kau.
mengongoi lagi
sehingga kau tenang.
ketenangan itu memang ada pada DIA.
bangkit.

 DIA tetap palingkan hatinya dari melihat kau seorang.?
cari hikmah.
itu yang aku buat.
aku bukan alim ulama' yang bisa melihat hikmah serta merta.
lama-lama nanti kau akan faham
TUHAN BERI APA YANG KAU PERLU, BUKAN BERI APA YANG KAU MAHU.

TUHAN beri kaki untuk kau berjalan
TUHAN beri kaki untuk kau berlari
TUHAN beri hati untuk kau rasa
TUHAN beri hati untuk kau ikhlas
TUHAN beri otak untuk kau fikir
TUHAN beri akal untuk kau sedar
TUHAN beri akal untuk kau fikirkan hikmah.

redha.
kau mesti redha.
bukan kau pergi bunuh dia atau patahkan kaki dia sebab pergi dari hidup kau.
redha.
ye. aku perlu redha.
buat kesekian kalinya hentikan kata "aku nak dia"
buat pertama kalinya katakan "TUHAN, berikan aku hati yang redha..."
setiap yang DIA jadikan itu tidak sia-sia.

senyum.

No comments: