PENGIKUT

Wednesday

pagi yang baru, 10,000 langkah sehari,makwe berkain batik.

assalamualaikum!!! kepada semua warga bangi. kenapa bangi? sebab aku tinggal dekat bangi, poskod kajang. (motif?)

setelah sekian lama aku tinggalkan jogging, woohoo.!! seriously dah nak masuk dua minggu aku tinggalkan aktiviti tu aku tekadkan diri dengan azam dan impian yang menggunung pagi ni bangun tanpa berfikir pukul 6.30 aku dah terpacak kat tasik cempaka tuh. hamboii!! siapa yang cakap tasik cempaka tu tasik celaka?? suka-suka je kan. mana-mana tasik akan jadi celaka kalau kau lakukan perkara celaka. u know, perkara macam.... ok fine. fikir sendiri.

sementara belum panas, aku jalan-jalan dulu bagi warm up. (baca : panas naik) adalah 2 3 ketul manusia ciptaan ALLAH yang dah terpacak jugak macam aku. *senyum* mestilah kena senyum sebab ada teman. pukul 6.30 gelap hoi! macam maghrib tu ha. adik-adik aku semua masih diulit mimpi maka kakak yang bersemangat ni kena pergi sorang-sorang. tak payah tanya kenapa aku tak ajak pakwe. ada yang nak kene tampaq sat gi. *senyum*

aku sahut cabaran 10 ribu langkah sehari. aku sedang menjalankan ujikaji dimana, berapa jam berjalan untuk dapatkan 10ribu langkah. ataupun berapa jam berlari untuk dapatkan 10 ribu langkah. opss!! nanti dulu, ujikaji masih belum siap. sebab aku penat nak kira dan tengok jam dalam masa yang sama. makanya, tunggu hari jumaat, sabtu atau ahad baru lah dapat jawapan ye dak? *senyum* oh ye. sesiapa yang ada jam pengira langkah tu boleh lah sedekah kat aku atau jalankan ujikaji ini lepastu beritahu aku cepat-cepat sebelum hari ahad!!! INGAT! SEBELUM HARI AHAD!!!

aku dapat semangat baru bila tengok langit, awan, burung, sinaran matahari.. DAMAI. ada satu semangat entah tak tahu dari mana masuk dalam jiwa sanubari aku untuk aku terus melangkah meninggalkan dia. siapa dia? beranilah tanya kat aku. aku tampaqqq!!! *senyum puas tampar orang*

oh ye ada satu perkara pelik yang aku dapat lihat pagi ni. kira-kira pukul 7.00 pagi macam tulah waktu kejadian. seorang pakwe, pakai baju t tanpa koler (colar) . pakai short separas lutut. hisap rokok. 3 orang makwe. 1 orang memakai t-shirt, bertudung, seluar track suit. 2 orang makwe lagi memakai tudung, t-shirt ketat, BERKAIN BATIK. AKU ULANG LAGI. BERKAIN BATIK. jalan menyelusuri track jogging menuju ke satu tempat. 

2 MAKWE BERKAIN BATIK ni aku fikirkan foreigner. jiran negara kita yang selalu gempa bumi tu. cepat betul kepala otak aku ni berfikiran negatif. aku dekati. then aku dengar perbualan mereka.

"cool apa pakai kain batik, pagi-pagi jalan dekat taman."

cool hotak kau. aku tak rasa ini cool. sepositif mungkin aku nak berfikir. tapi otak aku tetap ke negatif dalam skala 58%. macam mana tu? seboleh mungkin aku putarkan kepala otak aku ni untuk mereka alasan positif untuk mereka BERKAIN BATIK seperti itu PADA PUKUL 7 PAGI, dan BERADA DI TAMAN YANG PENUH DENGAN ORANG RAMAI, BERSAMA SEORANG PAKWE. tak nak negatif pulak kan pandangan orang lain kan? akulah orang lain tuh. tak memasal pepagi yang sepatutnya membawa pahala terus dapat dosa sebab pemikiran yang negatif.

ok. yang ni cantik. ada motif kenapa dia pakai macam ni.
=_=

arghhhhh!!! FINE. FINE FINE!!! AKU TAK SEMPAT NAK AMBIL GAMBAR CURI MASA AKU JOGGING TADI. sebab aku pergi jogging bukan nak mengumpat.







sekian, bye. =D


6 comments:

zatilnabilah said...

nak like.! ;)

ishiko said...

hohoo..
sila la berjogim diwaktu cuti, seriyes best !!!!


jogim kt mktb xbest

amalina wahida said...

zatil~> like lah banyak2 zatil.. =D

amalina wahida said...

ishiko~> memang jogging kat maktab tak best pon.! rasa semak.

Unknown said...

akak hantar anak pegi sekolah pagi pun pakai kain batik jugak

Unknown said...

biasa la tu kak nadia saya hantar adik pergi sekolah pakai kain batik je bawa motor,, kan ayu berkain batik :-)