PENGIKUT

Friday

KAU lebih tahu...

dah pukul 4.30 pagi. aku masih tak boleh tidur. dah penat buat macam-macam otak masih tidak letih dari berfikir. hati masih sakit.

panggg!!! aku pukul pipi aku sendiri.
tidur amal!! tidur!!

pangg!!! aku pukul lagi kuat-kuat dengan harapan sakit itu membawa ngantuk yang semakin jauh pergi.

hati gundah. macam mana mahu tidur? hati meronta-ronta supaya air mata tumpah.

pangg!!! sedar diri kau tu amal! kau bukan siapa-siapa pada dia.

prangg!! bunyi hati pecah dengan kenyataan darinya.

ye. kau bukan siapa-siapa pada dia. dia bebas miliki kawan dan bebas memilih dengan perempuan mana yang dia suka.

prangg!! bunyi hati pecah lagi.

kau harus ingat, dunia dan makhluk serta diri kau sendiri bukan milik kau. DIA bebas bolak balik kan hati yang dia cipta mengikut keperluan setiap makhluk.

tapi, kenapa bukan hati aku yang engkau balikkan dari punya perasaan terhadapnya? kenapa setiap kali KAU balikkan hati pihak disana supaya pergi jauh dari aku??

kenapa? kenapa?

menolak untuk bersahabat itu KAU murka, memutuskan sahabat itu pun KAU murka. jadi kenapa aku sentiasa dibawa ke satu jalan keluar yang satu?. putus?. kenapa?

No comments: