PENGIKUT

Thursday

cuma nak meluahkan

aku sedang cuba bangkit. kau datang. aku  tak mahu sebab aku takut hati aku akan salah faham dengan kehendak dia pada waktu itu. kehendak dimana hati sangat-sangat mahukan kasih sayang dari hati yang lain kerana dia terlalu terluka waktu itu.

aku ingin sekali menolak. tapi aku tak berdaya. hati meronta-ronta suruh aku katakan ya. ya kepada sebuah huluran salam perkenalan yang kau berikan. aku tipu diri sendiri. aku tipu hati yang berkata-kata. aku tipu diri aku sendiri.

aku memang perlukan kau untuk aku bangkit. aku memang perlukan kau. aku tak mampu kalau kau hilang. aku tak mampu kalau kau pergi. aku tak mampu kalau kau tidak punya apa yang hati aku ini punya. aku tak mampu.

aku tahu kau tak tahu yang aku tak mampu. aku tak mampu untuk nyatakan dengan terus terang. aku takut dengan kehilangan. aku dapat rasa, kau akan pergi kalau aku kata

"aku tak mampu hidup tanpa kau.."

tapi aku sakit kalau saat ini kekal seperti ini sahaja . aku dapat rasa kalau ia kekal seperti ini kau akan pergi. pergi pada orang yang perlukan kau pada waktu itu. aghhh!!

sudah banyak kali aku mengarang ayat untuk hantar pada kau. ayat dimana aku meminta izin untuk pergi dari hidup kau sebelum kau pergi dari hidup aku. tapi aku tak mampu. aku tak mampu.

kenapa  aku jadi serapuh ini bila berhadapan dengan kau. kenapa aku menjadi serapuh ini bila ia berkaitan dengan kau. kenapa?

aku terlalu bergantung pada kau. ye. aku terlalu bergantung pada kau sewaktu aku cuba untuk bangkit dari kekecewaan satu masa dulu. kenapa aku terlalu bergantung sehingga aku tidak mampu untuk bangkit tanpa bantuan kau.? 

kenapa kau terlalu kuat menjadi tali sewaktu aku sedang berpaut pada kau dahulu? 
kalau kau menolak waktu itu, mungkin aku akan jadi lebih kuat. kuat dengan bergantung pada diri sendiri dan bukan pada kau.

aku tahu, TUHAN hadirkan kau dalam hidup aku waktu itu, sebab aku tidak mampu untuk bangun seorang diri. tapi sekarang, kenapa TUHAN balikkan isi kandungan di dalam dada ini dengan satu perasaan yang berlainan? perasaan itu. perasaan yang telah banyak kali buat aku kecewa dan jatuh tersembam. 

1 comment:

Adila Farhana said...

terus terang saja. kalau nak dia pergi, katakan. kalau nak dia terus disisi, katakan juga. kalau kau nak kata kau suka dia, kalau berani, luahkan sahaja. baca blog ni http://sentuhan-maya.blogspot.com/ banyak yang akan kau mengerti. bangkit tu bukan satu benda yang mudah. berdakit dakit untuk bangkit. mungkin kau perlu utk bangkit lagi selepas ini

(cewahhh ayat- copy paste)