PENGIKUT

Saturday

Bulan Ditutup Awan

aku tak nak panggil kau bulan..
sebab kau bukan bulan aku.
tapi aku nak sangat panggil kau bintang
sebab kau memang bintang aku.
walaupun bintang tu ada berjuta
tapi aku tetap tunggu yang satu tu.
engkau.

kau tahu kenapa aku tak nak kau jadi bulan?
sebab bulan itu hanya ada satu
semua orang mahu kau jadi milik diorang.
kalau kau jadi bintang,
aku hanya ingin kau
aku tak kisah kalau orang kata
bintang tak cantik macam bulan.
aku bukan suka akan kecantikan kau
tapi aku suka kau
sebab kau adalah bintang aku.

tapi,
mungkin sebab aku tamak
aku hanya mahukan bintang
kau sudah jadi bulan pada
makhluk lain

mungkin sebab kau terlalu angkuh
atau aku terlalu lewat untuk petik engkau di atas sana
jadi kau hilang
dalam tangan manusia lain.
yang mendambakan untuk jadi bulan.

engkau lihat ini bintang
lihat hati ini.
tanpa sedar
kau carik dan kau rabak-rabak kan
kau sedar?





Wahai janji setia sudah diucapkan
Aduh kata bersumpah telah ku padukan
Kini engkau pergi jauh membawa diri
Tinggal daku seorang dalam sunyi sepi

Nun bulan ditutup awan
Terkenang hati bertambah rawan
Wahai jikalau ku tahu janji mu palsu
Tentu tidak ku turut sedari dahulu
Wahai janji setia sudah diucapkan
Aduh kata bersumpah telah ku padukan
Kini engkau pergi jauh membawa diri
Tinggal daku seorang dalam sunyi sepi
Nun bulan ditutup awan
Terkenang hati bertambah rawan
Wahai jikalau ku tahu janji mu palsu
Tentu tidak ku turut sedari dahulu
nota aku : mungkin aku terlupa.. janji manusia  boleh bertukar menjadi palsu. ='(

2 comments:

ishiko said...

dah lama xlayan lagu yuna ^^

amalina wahida said...

hihihi~~ same goes to me.. jalan2 dlm utube terjumpa.. mcm best! layannnn~~