PENGIKUT

Wednesday

tersedar dari lamunan yang panjang..

memang lumrah dan fitrah perempuan kot.
sikit-sikit nak tacing (baca : touching) sikit-sikit nak tacing.
kadang-kadang rimas jugak aku jadi perempuan. rimas dengan perangai sendiri.
entah hape-hape dah lama tak update new entry tiba-tiba nak post entry emo kan.
haiya.. kan aku dah beritahu awal-awal tadi aku perempuan. (eh yeke?)ape kene mengena ntah aku pun tatau.

terlalu banyak benda yang berlalu dalam hidup ni.
betullah hidup ni macam angin lalu kalau hidup tu biasa-biasa sahaja.
entah bile nak berubah entah supaya hidup jadi lebih fun (gembira!!)
mungkin kene makan fun fries (baca : kentang goreng) hari-hari baru boleh jadi seorang yang fun dan lovable kot.

sedang melalui fasa pemulihan dengan kehadiran seseorang sebagai peneman.
semua benda jadi huru - hara.
hati yang dahulu mati kering makin sihat.
kalau dahulu sihat-sihat sahaja tiada onar.
sekarang mula bergelora.
sudah serik. tapi masih bergelojak dengan pelbagai perasaan. serikkah namanya tuh?

tiada ilmiah pun bicara-bicara aku dari entry ini.
sekadar tulisan  pembuka bicara untuk aku kembali menulis dan mengupdate.
hati sudah pulih dari rajuk yang masih berpanjangan.
bukan pulih sepenuhnya
tapi aku pasti DIA ada menemani..
sentiasa di sisi walau aku mungkiri beberapa kali..



jumpa lagi nanti. bye. =)

2 comments:

Admin said...

Ya,
Dia takkan pernah tinggalkan kita
slagi kita tdk mmblakangkanNya.. :)

amalina wahida said...

yup. i am agree.. ihihihi~ =)