PENGIKUT

Sunday

kecewa menang lagi.

otak : hi hati..!
hati : hai.
otak : kenapa kau nampak murung?
hati : aku mula sukakan seseorang
otak : sepatutnya kau ceria gembira.
hati : tidak.
otak : kenapa?
hati : bila aku mula sukakan seseorang, aku akan mula bersikap tamak.
otak : tamak?
hati : ye, aku akan tamak untuk miliki dia. aku tak suka berkongsi walau dengan rakan sekalipun. aku tidak mahu dia pergi walau dalam apa jua keadaan sekalipun. aku akan menjadi sangat tamak dan hanya mahukan dia sahaja.
otak : wahai hati, sifat tamak akan merugikanmu.
hati : aku tahu itu. sebab itu aku tidak mahu memulakan hubungan dengan sesiapa selepas kekecewaan dulu.
otak : kau seperti menghukum diri.
hati : biarlah kau kata aku seperti dihukum. daripada aku menurut fitrah diri kerana ingin menguasai sifat memiliki ini.
otak : kau tahu siapa yang maha memiliki.
hati : aku tahu. pemilik kau, aku, cinta, sayang dan segalanya di muka bumi ini.
otak : jadi, apa masalahnya?
hati : bila aku mula menyayangi, sifat cemburu dan ingin memiliki menjadi satu. aku tak suka berada dalam keadaan itu.
otak : fikirlah sewarasnya.
hati : sudah ku fikirkan panjang lebar. dari hati terluka dengan kecewa, lebih baik aku menjauhi dari sifat ingin memiliki.. kerna setiap kali aku setuju untuk memiliki, milik itu pasti bukan milik aku. ambil kecewa. sekali lagi kau menang..





1 comment:

ishiko said...

jangan tamak, sebelum dia milik kita dia adalah milik orang lain.
dya semestinya xkn lupakan pemilik awalnya ^^