PENGIKUT

Thursday

dataran batu pahat

tak tahu lah kenapa entah. satu malam tu aku sebenarnya nak pergi cari pashmina hitam kat pasar malam. tapi dah terpergi makan kat buluh. lepastu tertengok bola lah pulak. tengok jam rasa-rasa macam dah tutup pasar malam. alih-alih memang betul pun pasar malam dah tutup. HUWAAAAAA!! wa nak pashmina wa. wa tak kira bai!!

lepastu terus pergi ke dataran batu pahat. pernah korang pergi dataran batu pahat? aku tahu ramai yang dah pernah pergi. sebelum aku habis belajar tahun depan meh aku cerita serba sedikit tentang aktiviti dataran ni.

kalau jumaat malam sabtu, sabtu malam ahad. seriously, dataran batu pahat ni hidup macam kat dataran putrajaya nuh. pernah pergi tak? ada gerai macam kat downtown lah lebih kurang, ada satu aiskrim ni aku macam curious jugaklah macam mana rupa parasnya. so, memang dah takdir agaknya, haritu aku dapat gak membeli aiskrim nih. 


macam ni lah rupa aiskrim tuh.
*ais krim goyang*
(gambar tak berapa jelas sebab tengah berjalan)


nak aku cerita pasal aiskrim ni panjang lebar ke? tak payahlah kan. so, teruskan. takkanlah nak beli aiskrim je kan. so misi mencari pashmina masih diteruskan. pergi kesemua kedai. hambik. aku pergi beli perfume pulak dah. haih. takpelah dah beli. dah pakai dah pun. kalau korang nak tahu, aku bukan jenis beli barang ikut brand atau tempat. takde maknanya. asalkan halal boleh pakai, berbaloi, wa rembat jerk apa yang ado. senang. takde pening-pening fikir. 

atlast. takde maknanya membeli pashmina hitam tuh. MUAHAHAHAHA.. tapikan ada satu yang menarik (bagi aku lah) kat sini. nah certengok video bawah ni.



aku baru first time tengok baju lampu-lampu macam ni. kalau korang dah pernah tengok ada aku kesah??!!



sekian,
ok bye.

No comments: