PENGIKUT

Monday

beribu sesalan... monolog hati #1

semalam lepas balik dari kokorikulum kat sekolah, aku berdezup balik rumah.
bukan rumah sewa tapi rumah mak ayah aku kat kajang.
malam sebelumnya, aku mimpi ayah aku sakit. (harap ayah aku sentiasa sihat sampai aku puas nak balas jasa ayah ngan mak aku.)
rindu. yup. rasa rindu yang tak bertepi kat mak ayah aku.
walaupun nampak macam sia-sia sebab balik tak lama. tapi tetap berbaloi sebab aku boleh kurangkan apa yang aku rasa bila sampai je kat rumah, dua2 dah tunggu aku kat muka pintu.

dalam perjalanan balik tu, radio peneman aku sepanjang jalan.
tetiba aku dengar satu lagu nih. aku rasa korang semua pernah dengar lagu ni.
ala, sekarang tengah meletop letop kat radio.
aku dah dengar banyak kali lagu tu tapi takdo lah pulak aku nak rasa apa-apa.
sampai je dekat pajam/ nilai. hati aku meruntun-runtun dengar bait-bait lagu ni.
lagi-lagi bila jaclyn victor sebut

" kekasihku dijalanan yang berliku..
di saat ku perlukanmu
tertutup jua segalanya terhadapmu
disini ku tersedu-sedu
setelah cinta pergi
ku mengusung duka ini diiringi
kisah janji dimungkiri
lagi..."

sepanjang lalu pajam/nilai. air mata aku menitik-nitik.
haih..(sampai bila entah aku nak terasa macam ni.)
tahu kenapa aku LONTARKAN DENGAN JELAS tempat-tempat tu?
Aku rasa korang bijak untuk berfikir kenapa.





"...sia-siaku mencintaimu
setia padamu
percayakanmu
sebak dadaku
retak hatiku
luka jiwaku
dihiris pilu...."


2 comments:

ahsfantasy24 said...

syg, dri ni prnh brada d tmpt kmu,
sakit.. perit..

Diri ini sntiasa mnunggu kmu bngkit.
brgmbiralah!

amalina wahida said...

ryu~> doakan yang terbaik.. hihihihi~~ amal masih cuba bangkit.. perit, pedih, sakit dah macam makanan ruji kan?...