PENGIKUT

Friday

jom!! =D *BULAN REJAB*

assalamualaikum... salam sejahtera.. (nada pemberita)
hello there!!!
pejam celik pejam celik (sukati berapa kali kau nak pejam ngan celik) esok. eh tak hari ni dah masuk 1 rejab. am i right? rasa macam sebulan yang lepas, aku cari2 fadhilat bulan rejab. rasa macam sebulan yang lepas aku search2 pasal kisah bulan rejab nih. tup2! dah masuk rejab untuk kali yang ke 22 sepanjang aku hidup.

macam biasa, setiap kali rejab, aku akan pergi search balik fadhilat2 yang boleh diambil dari bulan rejab. selain tu, aku akan pergi search2 balik peristiwa2 penting dalm bulan rejab. dan apa amalan yang boleh dilakukan dalam bulan rejab. so, check this out guys, apa yang aku dapat.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan ke atas orang-orang Islam untuk mengerjakannya pada bulan Rejab ini ialah:-

Pertama: Membaca Salawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Umat Islam memang digalakkan untuk membanyakkan membaca salawat pada bila-bila masa terutama pada ketika pahalanya dilipat gandakan di dalamnya seperti pada bulan Rejab kerana membaca salawat sangat besar pahalanya.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Antara mafhumnya:" Barangsiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali. Dan barang siapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka. Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid". [Riwayat At-tabrani].

Kedua: Bertaubat.

Kita digalakkan untuk memperbanyakkan bertaubat pada bulan Rejab kerana bulan ini adalah bulan pengampunan.

Ketiga: Berpuasa.

Kita Umat Islam digalakkan untuk banyak berpuasa pada bulan Rejab. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi.Maksudnya: "Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebutkan sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu".

Keempat: Berdoa.

Apabila berada di bulan Rejab, kita berharap agar sampai pula pada bulan Syaaban dan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan yang dinanti-nanti oleh setiap orang Islam yang sentiasa merindui pahala besar.

Selain daripada itu banyak lagi ibadat-ibadat lain yang mempunyai banyak kelebihan untuk kita amalkan di bulan ini seperti bersedekah dan melakukan amal jariah yang lain.

(sumber dari SINI)


dah habis baca? hopefully dapatlah bagi sesuatu pada kau orang semua kan. jarang sekali (aik?) blog aku nih berilmiah. melainkan ikut mood si empunya blog (siapa?)



jom kita puasa sama-sama esok?


(selamat bersahur peeps!! =D)










































































































































4 comments:

Shuq Faqaţ said...

jom pose besok! =)

amalina wahida said...

jom.=)

Admin said...

pjam celik pjam celik..
da msuk rjab da..

huhu xlame ag puase n raya!
ehee~

Mohamadazhan.com said...

Selamat beramal =) moga dirahmati =)