PENGIKUT

Sunday

tipulah tuh.

tipulah kalau aku kata aku tak suka gila nak habis praktikum. weyh. aku suka weyh nak habis dah praktikum nih. suka gila tak payah biat RPH, ABM yang dah meragut segala tidur aku. MEMANG!! AKU SUKA GILA DAH NAK HABIS PRAKTIKUM.

tak payah nak menghadap lecturer nak observe. tak payah nak menghadap anak murid yang nakal-nakal. tak payah nak menghadap anak murid yang tak nak hantar buku, yang tak hantar latihan. tak payah nak menghadap anak murid yang SENTIASA LUPA NAK BAWAK BUKU KEMAHIRAN HIDUP. HABIS SEMUA LATIHAN AKU BAGI DIA TAK PERNAH NAK HANTAR. AKU NAK BUAT PENILAIAN MACAM MANA??? CUBA HABAQ KAT AKU SAT???

memang aku tak sabar nak habis.


tapi,


ko pernah dengar tak orang yang hipokrit dengan perasaan dia sendiri?
aku pernah.

ye. memang aku tak sabar nak habis. tapi ada satu side dalam diri aku, aku rasa berat sangat nak tinggalkan anak-anak murid selama sebulan aku ni. macam-macam perangai. macam-macam kerenah. buat aku nak tergelak bila mengajar.

"child is unpredictable creature"

seriously, memang betul. hari-hari tak dapat nak jangka apa jawapan yang diorang akan bagi kalau aku ajukan soalan. macam-macam jawapan yang menggelikan hati. menduga kesabaran, menduga keikhlasan. sorang sorang perangai entah hape hape sampai buat aku termimpi mimpi. buat aku pening kepala nak mengajar cara yang macam mana supaya ilmu tu sampai dan diorang faham..


anak-anak murid cikgu sayang...
kita hanya ada masa 1 jam untuk bersama...
minggu depan dan tahun tahun berikutnya,
belum tentu kita semua akan bersua macam ni lagi..
melainkan jodoh kita semua kuat antara satu sama lain..


No comments: