PENGIKUT

Friday

sabar ye, seminggu je lagi...

balik dari sekolah semua orang terbungkang. tak kisahlah yang pergi trip awal ke yang trip paling last ke yang penting hall aras satu ni mesti senyap sunyi dari pukul 2 sampai nak maghrib kang. paling takpon, pukul 6.30 kang baru ada makhluk yang dah bangun dari terbungkang. mueh. aku tak cerita pasal orang. aku pon sama macam tu. cuma hari ni, aku macam tak tenteram sangat nak tidur waktu sekarang (2.24ptg).

memang tu dah jadi rutin aku ngan kawan2 yang 1st time praktikum ni. mana nak stay sampai pukul 3 kat sekolah? takde maknanya. penat kot mengajar. rasa nak tidur tu membuak2. yang sempat tidur malam pun rasa meronta2 nak balik dari mengajar terus tidur lagilah yang buat ABM, RPH, FOLIO sampai tak tidur 2 3 hari. boleh dikira. dalam seminggu 3 hari je dapat tidur macam makhluk manusia lain. lagi 2 hari terpaksa buat macam tidur tu bukan satu lumrah manusia.

macam kronik kan kitorang ni berpraktikum? yes! kalau kau kata praktikum ni macam gampang, kau memang silap. praktikum ni memang sangat mencabarkan diri. tapi dalam mencabar ni, banyak benefit yang bakal guru dapat sebelum dia menjadi seorang guru kelak. well, seminggu lagi praktikum pertama aku dan rakan2 nak habis. tepat pukul 12.00 tengah hari, jumaat, bersamaan 15 april, genap kami semua berjaya habiskan praktikum ni dengan penuh DEDIKASI.

aku tak perli dengan ayat DEDIKASI tuh. serius. aku puji dengan ikhlas kawan-kawan yang sama batch dengan aku ni. semua buat kerja tak banyak bunyik. mungkinlah berbunyi kat dalam hati tapi lahiriah nya, semua buat dengan penuh rela walau ada perkataan terpaksa dan berat hati. well, syabas untuk diri aku dan semua rakan-rakan.

3 comments:

ishiko said...

tahniah!!!

Mohamadazhan.com said...

pengorbanan seorang murid.hehe

Adila Farhana said...

syabas! cikgu amal. haha