PENGIKUT

Tuesday

pukul 3 pagi

sekarang dah pukul 1.18 (waktu aku mula mentype lah kan) pagi. aku masih tak tidur lagi sebab nak mempenuhkan fail praktikum ni dengan benda entah hape2 yang dimintak "mama" lia. *muntah*

lagi 2 jam masuk pukul 3. yup. limit aku sampai pukul 3 je. setakat mana aku mampu nak mensiapkan fail ni, sesiap itu lah juga aku
bagi pn. zahlia tengok esok pagi. janji aku dah upgrade sesikit dari apa yang dia bebel pagi tadi. *senyum sumbing*

tengah-tengah aku buat RPH untuk 6 ADNIN pukul 8 lebih tadi, lagu man bai berkumandang

"izinkan ku menc
uri bayangan wajahmu
maafkanlah woooo
andai lagu ini mengganggu ruangan hidupmu..."

banyak kenangan lagu ni. ILHAMKU. ilhamku dah pergi jauh dari hidup aku. dah pergi tinggalkan aku. jauh. entah kemana perginya. siapa kata dengan kesibukan membuat kerja aku takkan ada masa nak terkenang "ilhamku". salah. siapa yang berani cakap macam tu memang tak kenal aku siapa. serius. sesibuk mana aku, otak aku, hati aku masih lagi ligat berfikir benda yang bukan dihadapan mata.

pukul 3 juga ada banyak kenangan pada setiap hari. sebab tu limit aku hanya sampai pukul 3. selepas pukul 3 aku akan terkenang semua perkara kisah aku dan "ilhamku". tak payah lah aku cerita tentang kenangan apa. yang semua orang
tahu bila sebut perkataan kenangan, mestilah perkara yang manis-manis.. =)

"beribu bintang di langit kini menghilang
ada kerdipan ada sinar
itukah bintang ataupun rembulan
terima kasih kuucapkan.."

ilhamku buat aku terhenti seketika menulis RPH. aku selak-selak RPH sebelum-sebelum ni, rasa macam aku selak kembali kenangan-kenan
gan dulu... =)





"apa yang saya mahukan adalah yang terbaik untuk awak.."



(i miss that word so much =') )

No comments: