PENGIKUT

Monday

"...kami ini golongan berparut..."

dah lama sebenarnya aku nak post tapi aku macam tak tahu nak olah macam mana supaya kau semua paham dan tak salah paham. tengok? aku dah eja "f"aham kepada "p"aham. ape nak jadi?
okeyh tak payah membebel straight to the point. ohmygolden fish bila membebel je aku terkenang. aiseyh man.... tak rock lah kan.

sejak menjak menjadi "alone ranger" semula nih. ada
beberapa perkara yang semakin hari buat aku semakin gusar. nak tahu tak apekebendanya yang buat aku gusar.

1) sifat STALKER aku semakin menjadi-jadi. tak tahan punya stalker tak dapat dibendung dah. aku pergi stalk semua page yang berkaitan lepastu mula lah nak emosi2 kat diri sendiri. lepastu mula lah nak pergi ketuk kepala kat dinding nak pergi butakan mata nak pergi patahkan jari sebab pancaindera berkenaan yang bertindak mengikut arahan otak. so, puncanya otak kan? kenapa aku tak rasa nak pergi cacatkan je otak nih... ini idea gila. harus muhasabah.

2) ada satu bahagian dalam organ dalaman aku ni macam hilang. aku try nak pergi xray tapi nanti doktor tanya sakit apa takkan nak cakap "kami ini golongan berparut" pulak kan.. kalau doktor tu dah tengok merong mahawangsa mungkin dia paham lah.. nak mintak mak backup nanti mak akan tanya benda yang sama kat aku. aiseyh man boleh berlaku pertumpahan air mata kalau mak yang tanya. jadi, aku buat checkup sendiri. aku raba2 bahagian2 yang aku rasa macam kosong pastu kat satu bahagian tu betul2 kosong. bahagian belah kiri tempat dimana segala perasaan tersimpan disitu. suka, duka, gembira, bahagia, cinta, tenang, damai pendek kata segala rasa lah berpunca dari organ tu, dan organ tu dah hilang...




gambar : " oh, itu dia 'organ dalaman' yang hilang tu"

3) keinginan untuk bersuka ria semakin pupus. aku hanya keluar bila teman2 ajak makan. aku hanya keluar bila teman2 ajak tengok movie. aku hanya keluar bila teman2 ajak. itu sahaja. kalau teman2 tak ajak aku akan duduk dekat hostel d
an jadi stalker. phatetic.

4) bila pulang ke rumah aku suka duduk kat satu tempat. dekat kerusi yang meninggalkan sejarah. kenangan sentiasa bermain main macam dah takde butang stop. aku jalan satu tapak satu tapak dan kenangan tu sentiasa berulang2. wajah, senyuman, perasaan, suara, suasana.. semuanya berulang2.. phatetic.

5) aku sentiasa pergi kedai buku. MPH, POPULAR dan segala mak nenek buku bertemakan motivasi berkenaan dengan hati, perasaan, cinta aku beli. semua yang aku baca mengundang pertumpahan manik jernih. phatetic. walaupun mengkasihankan aku dapat ketenangan.

"bacalah, kerana dengan itu kau akan faham..."

6)emosi jadi tak menentu. kadang2 kilang air mata produce banyak gila air mata sampai boleh beroperasi selama berhari2. kadang2 aku rasa sangat hening. ye. hening. aku baru tahu apa itu rasa hening.

7) aku lebih banyak berfikir. berfikir tentang itu dan ini. berfikir wajar atau tidak. perlu atau tidak. baik atau tidak. ye. aku lebih banyak berfikir sampai aku sakit kepala.

8)semakin mengenal erti SABAR dan cuba untuk menjadi IKHLAS.

9)susah untuk menerima salam perkenalan dari orang lain semula.

gambar : mungkin "itu" adalah pelangi yang aku cari.

10) aku perlukan lebih banyak masa untuk mencantum semula "organ dalaman" yang hilang tu. dan aku tak tahu berapa lama tempoh masa yang aku perlukan untuk kali ini.

11) masa. ye aku cuba untuk menerima perjalanan masa itu.

"jodoh itu terletak di dalam satu kotak,
kunci untuk membuka kotak itu adalah MASA"

12) aku rasa aku makin tua. hahahahha!!! jadi keinginan untuk bertukar imej semakin memuncak. dah sikit2 aku tukar supaya menjadi lebih baik. mula2 kita tukar cara pakai tudung. lebih menutupi bahagian "perhiasan wanita" .

13) semakin menjauhi novel2 cinta.menjauhi cerita2 yang tak beri moral value.

14) aku dah faham kenapa dalam novel bila seseorang termasuk dalam "golongan berparut" diorang akan cuba sedaya upaya untuk pergi jauh dari tempat yang membawa parut tu.

"Nobody has ever measured, even the poets, how much a heart can hold." - Zelda Fitzgerald

12 comments:

Admin said...

sayang..
jiwa kte kena kuat~
kwan2 tu kdg2 jd kekuatan kte,

klw kte cari tp xjmpe2,
mngkin kte lupe nk cari sumthin
tu dlam diri kte sndiri..

mw kamu ceria spt slalu!!
:)

Mohamadazhan.com said...

pergi jauh dr tempat mungkin akan lupakan seketika pengalaman silam.

bangkit dari kejatuhan akan terus menguatkan hati yang hilang :)

pikaka said...

try to chill urself ama.
aku penah rase pe ko rase nie.
nak sembuhkn amik mase.
kene take time.
just chill kn diri ko.
g buat aktiviti2 yg best2 yg ko x dpt buat lagi.
bnde2 tu dpt bntu ko dapat balik diri ko.
yg penting g happykn diri ko.
tu je. :)

Sesopie said...

Hye golongan berparut!! Hehhehe..

nadia sallehudin said...

sabar. nanti da kt sekolah ko da tak de masa nk pikir kan hal2 yg boleh membuatkan kilang air mate ko tuh bergerak aktif. hohoho

zatilnabilah said...

amal kuat.! ;)

amy said...

memikir panjang maksud2 yg tersurat itu...hahaha

amalina wahida said...

ahsfantasy~> insyaallah sy akn cuba cari "sesuatu" yang awk nyatakan tu... =))

adzhan~>masih cuba bangkit...

amalina wahida said...

pika~> i'll try my best pika.. =))

sofie~> takmohlah ramai2 masuk golongan berparut nih.. perit tau.. hehehe..

**thanks for follow my blog **

wan~> mueh. tiba2 aku dah teringat zahlia.. hahahaha!!!

amalina wahida said...

zatil~> anda tak nampak ke saya semakin sasa nih?? hahahaha!!! aku cuba jadi mcm syed mashor nih.. hahahaha!!

amy~> teruskan berfikir... berfikir tu satu senaman tau sebenarnya.. hehehe..

Arm_mj said...

be strong dear..kne taw sakit tuh ape..kne ase luka yg dalam..baru nnt boleh hargai erti bahagia..sedangkan sebelum dpt menatap 7 warna pelangi nan indah perlu basah dlm renyai hujan, than ketakutan mndengr gurh memndang petir..=)

amalina wahida said...

arm~> ure word make me calm... thanks.... sedang berusaha bangkit dan cuba kuat.. insyaALLAH..