PENGIKUT

Sunday

sebak

entah kenapa entah rasa sebak tengok beberapa keping gambar.
oh. bukan gambar 'dia' tapi gambar lain.
sebak berkati-kati dalam hati.
rasa nak terburai berkali - kali.
tak salahkan rasa sebak tengok gambar yang memotretkan tentang kebahagiaan.
sebak sebab kebahagiaan itu dapat mereka raih seperti yang mereka rancang.


("bersyukurlah, kerana kau masih dapat menggunakan nikmat air mata
tatkala hatimu dalam kepedihan
")



oh. bukan aku salahkan takdir.
bukan aku cemburukan takdir mereka.
kerana yang tersirat dalam kehidupan mereka
aku tidak pernah nampak
tidak pernah rasa sebelum mereka raih kebahagiaan itu.

ah.
terlalu tinggi khayalan
sehingga hati menjadi sebak.
sudah ku katakan aku sudah pulih.
tapi hanya manusia punya hati yang selalu berbolak balik
sama juga macam aku.

sudah berbulan meninggalkan episod itu
tapi kesannya masih lagi nampak jelas.
sukar.
mungkin kau pernah rasa dan mungkin juga kisah kau lebih perit.
bagi aku.
kisah ini paling perit.
mungkin akan ada yang lebih perit di kemudian hari.
tapi buat waktu ini
ini yang paling perit.

sebak kembali.
bukan kerana dengki
tapi kerana bahagia
bahagia kerana jalan mereka tidak berliku seperti aku
bukan.
aku tidak menyalahkan.
aku syukur.
yang berliku ini adalah satu nikmat
nikmat yang sukar ditelan.
pernah kau terfikir
perit itu adalah suatu nikmat?
kecewa itu adalah suatu nikmat?
kepedihan itu adalah suatu nikmat?
pernah kau rasa?

waktu, dan masa masih tidak lupa melakukan kerjanya
hari-hari masih dapat dilewati
samada mahu atau tidak
rela atau terpaksa..
tanpa kau, atau aku sedar