PENGIKUT

Sunday

R . A . R . E

hoi hai!! kan dah habis exam kan. lepastu malam tu terus je pergi menonton di pawagam. ok. dah gelojoh sebab excited habis exam takde salam takde ucap selamat terus serbu entry kan.. ape-ape lah nak teruskan cerita.

menonton di pawagam cerita ni...


aiseyhman... tengok banner pun dah menggigil lutut..

kan pergi menonton dengan mereka ni..



yang hujung paling kiri tu paling penakut.
*umur paling lanjut pun ye juge =P

lepastu esoknya terus merayap pergi cari ikan laga betina. setelah 7 kedai di sekitar batu pahat, rengit, seri bengkal, bukit pasir, aku jelajah bersama roommate dan *suami (*penegasan bahawa rommate dah berpunya), walaupun sedar bahawa ikan laga ada berlambak dalam longkang.. tahu tak laga jantan berlambak lah, laga betina rare ko tahu. RARE!! pernah dengar perkataan RARE???!! (tak payah nak emosi sangat lah kan)


bosan jadi pembonceng kereta di belakang.
mungkin kalau ada mamat hensem di sebelah akan lebih tabah duduk bersopan

dari pukul 10.30 pagi kami buat lawatan sambil cari laga betina akhirnya pukul 5.30...



tadaaaaa!!!
ingat kalau barang RARE ni cantik ke? tak payah
nak berangan, lagi RARE lagi entah hape-hape.

dah dapat semua yang dicari, akhirnya aku berjaya menghabiskan duit pada perkara yang aku tak pernah beli sebelum ni. hokayyy, dah tak dah kenapa orang kalau hobi dia memancing dia boleh beli joran paling mahal untuk puaskan hati. ataupun kalau minat helikopter boleh beli helikopter sebijik macam dia adalah cucu cicit hilton kan..T__T



hai!

nampak tak? aku beli 3 akuarium mini untuk letak dalam bilik. cuba teka? ha, betullah tu.. aku dah teruja terhadap binatang akuatik. boleh shopping ikan macam shopping kasut tahu. punyalah rambang mata nak pilih.




close up laga betina yang RARE sangat tu kan!!!

kenapa kau tiba2 beli binatang, sibuk2 cari ikan ni amal???

ha...untuk semester 5 ni, aku dengan rakan-rakan se opsyen yang lain kene bela binatang peliharaan untuk subjek binatang dan haiwan kesayangan. memang. betul aku tak suka binatang. tapi aku tak kata aku BENCI BINATANG. kalau orang bersifat kebinatangan ye aku memang benci. eh. bukan BENCI BILANG CINTA. tapi... err.. oklah bye!

2 comments:

Anonymous said...

nk tny boleh??? kt kedai mane ea jumpe ikan laga betina ni??? thx for sharing... :)

amalina wahida said...

kedai dekat batu pahat.. area bukit pasir dekat dengan carefour.. kat situ ada banyak kedai ikan, try lah cari.. =)