PENGIKUT

Monday

pencipta hati

ada banyak benda aku nak luah. ada banyak benda aku nak cakap. ada banyak benda aku nak cerita. ada banyak benda aku nak coret kat sini. tapi, kadang-kadang dalam suatu masa kita nak sangat cakap tapi kita sangat tak boleh cakap. sejak sahabat karib peneman telinga cerita suka duka semakin jauh pergi mengejar cita2 masing2 aku jadikan ini sebagai tempat aku meluah segala rasa. namun sini bukan boleh mengetahui segala apa yang aku rasa. segala apa yang meresahkan. segala apa yang terbuku di hati. puas aku mencari pengganti. aku jumpa lepastu aku kehilangan. aku lupa. rupanya bukan manusia atau media ini yang paling mengerti. tapi sebenarnya yang maha mendengar lebih mengerti.

habis banyak titik air mata. habis banyak segala kata. habis banyak segala yang terbuku di hati aku katakan pada yang maha mendengar. aku pinta ketenangan. tapi aku lemah. kadang2 aku terasa seperti tidak mampu. mahu sahaja aku mencari merayu pada yang sudah hilang. namun, sebelum aku terleka merayu, KAU beri peringatan kepada aku semula.

KAU tunjukkan aku segala yang aku ragui. tapi aku manusia yang sangat sukar mengerti. setiap hari hati aku dibolak balik. dan setiap kali itu juga aku mengeluh dan gundah gulana.

banyak titik air mata menyimbah ke pipi kerana ketenangan yang dicari masih belum dirai.

wahai pendengar setia,
hanya KAU yang maha mengerti
kerana KAU pencipta hati ini.

2 comments:

ishiko said...

banyak2 kan berdoa.. n be strong keyh..

amalina wahida said...

awok ni mcm tau2 je kita ni kenape.. mueheheheh~~ insyaALLAH selagi iman masih didada.. =))