PENGIKUT

Tuesday

53 TAHUN TU DAH TUA

HYE MALAYSIA!
sebenarnya nak pos untuk 31 ogos.
selamat hari kemerdekaan wahai MALAYSIA.

Monday

MANA AKU TAHU PASAL MARIA OZAWA?

ah. rasa nak mencarut berbakul bakul
tapi memang salah sendiri.
tak pergi terawikh. padan muka. main web cam je kan. pergi ym entah dengan sape2.
weyh. kalau kau nak ym ngn aku make sure kau pakai baju.
bodoh lah kan sape yang tak pakai baju kan. geli lah weyh. setakat nak tunjuk six kerempeng baik tak yah. baik kau tutup pakai baju bulu-bulu macam main salji sane.

dah lah tunjuk six kerempeng lepastu boleh plak tak pakai seluar. aku dah bau2 fishy dah nih. ni nak berwebcam ke nak MELUCAH NIH!!! macam bodoh lah kan. (dah berapa kali aku type BODOH?)

eh! i tak ternoda lagi ok. sebelum dia MELUCAH entah tunjuk hape2 aku dah off webcam. weyh! bulan puasa tolong hormat boleh? bukan takat puasa je waktu pagi weyh. tiap2 hari sampai malam jaga kelakuan boleh? oklah.. aku salah sebab tak pergi terawikh sebab perut tak sedap kan. yela2.. aku terima cash ALLAH nak tunjuk.

wahai anda2 diluar sana.. moral ada tak?? sifat malu dah pergi ke mana? apa nak jadi? kalau kau nak buat dosa jangan ajak orang lain. buat sorang2 sudah. kau nak MEL**** ke apa ke ada aku kesah? ha.. aku memang tak kesah... tapi dosa kau? kau tanggung lah sendiri.. jangan nak ajak orang lain (aku lah tuh) pergi neraka sekali.. dosa dah bertimbun nak menambah lagi.. haihhh!!!

dah ah! aku tak nak web cam dengan sapa2 dah. kecuali mereka2 yang aku kenal dan SEORANG PEREMPUAN. kalau golongan 'adik2' pun aku tak nak!. setiap kali webcam mesti nak MELUCAH. apa muka aku ni macam MARIA OZAWA ke?? bodoh sungguh perangai macam hape2... pergi kahwin lah weyh!

**nota ragu2 = mana aku tau pasal maria ozawa?

Sunday

KENAPA MAK TAK BAGITAU AWAL-AWAL

baju salah design MEMANG TAK LAWAK.kain salah jahit MEMANG TAK LAWAK. MEMANG TAK LAWAK ok. dah takde mood nak pakai baju raya. HUH!

memang saya seorang yang tak suka orang lain buat keputusan sendiri tanpa bertanya pada saya. weyh. kalau tak libatkan sesuatu yang kepunyaan aku takper weyh. tapi melibatkan aku. AH! nak terasa hati lebih orang yang buat keputusan tu adalah orang yang mempunyai SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKINYA. (mak kau lah! sape lagi yang kalau ada syurga kat telapak kaki weyh. takkan boypren ko plak!)

nak menjerit lebih tu lah tempat letaknya syurga weyh! kau gila nak derhaka hanya kerana mak kau jahit baju adik kau menggunakan kain baju raya kau yang kau dah bayang nak pakai apabila beraya kelak? huwaaa!!!! ='( kemana tempat hendak ku mengadu..

''ape nih mak..... kenapa tak bagitahu awal-awal.. mak pakai jahit je tak bagitau angah pun.. huwaa~~ terguris hati anakmu ini wahai emak....''

Friday

KALAU KAU BOSAN SIAPLAH

bosan kan klik aremalwahida.blogspot je asyik nampak tajuk post LEGA =]
rasa macam jelik je asyik2 baca post yang sama.
well. nak buat macam mana. dah empunya blog takde idea nak mentype apa2.

antara sebab kenapa pentulis tiada idea:

1) pentulis tiada anak. jadi takde benda baru yang anak pentulis buat yang membuatkan pentulis mahu mentulis blog.

2) pentulis tiada pakwe. jadi tiada benda baru yang pentulis buat dengan pakwe nya yang membuatkan pentulis mahu mentulis blog.

3) pentulis masih belum pulang ke rumah kampung halaman tercinta. oleh yang demikian, tiada perkara excited yang entah hape2 yang pentulis buat sehingga memungkinkan pentulis mahu menghupdate blog.

4) kehidupan pentulis sepanjang bulan puasa ni hanya dilingkungan ASSIGNMENT + KELAS + TAK CUKUP TIDOR. pentulis dah takde mood nak update pasal cerita yang pentulis terlalu sibuk.

5) pentulis dah lama tak berfoya-foya dengan rakan-rakan tercinta sebab bulan puasa memang pentulis tak berfoya-foya pun. takde syaitan yang nak menghasut supaya pentulis berfoya-foya.

6) pentulis dah hilang mood nak perhabis duit. TIADA SHOPPING dalam hidup pentulis buat sementara waktu.

7) pentulis akan pergi ke hospital dalam tempoh masa 4 bulan lagi. maka tiadalah cerita tentang doktor kacak buat sementara waktu.

8) hidup pentulis sudah menjadi semakin BOSAN BOSAN BOSAN BOSAN BOSAN BOSAN BOSAN.

9) bila ada kesempatan pentulis akan memenuhi masa dengan TIDUR TIDUR TIDUR TIDUR TIDUR TIDUR untuk top up waktu pentulis tak cukup tidur buat KERJA SEKOLAH YANG TAK HABIS LAGI.

10) pentulis faham anda2 dah mula bosan nak klik blog pentulis. takpelah pentulis tak ambil hati.. (kau bosan siap kau!!)

Monday

LEGA =]

dapat rasa tak kelegaan aku?
ye..bukan pasal kehadiran kuliah yang aku legakan
kerana memang sedang risau tentang kehadiran kuliah yang tak cukup disebabkan sakit.
kau semua tahu kan aku sakit apa? err.. kalau tak tahu tak pelah. lupakan. sebab dah lepas dan bukan pasal sakit yang aku nak laporkan pada blogspot ni. eceh! nama diary ni dah tukar jadi blogspot. wow! tahniah diary kau ada nama baru.. hooyey! hooyey!

nampak tak bloghead aku?
nampak tak background diary ni?
waaaa~~ dah bertukar putih bukan?
memang aku tak berapa gemar warna putih sebenarnya, tapi entah bagaimana mahu memutihkan blog ini semula setelah mengkotorinya dengan warna hitam dan ungu sahaja. bukan kah putih juga satu warna kehidupan?
kau jangan ingat putih tu lambang kesucian sahaja. putih juga boleh buat kau semua buta pada kehidupan.

konten post kali ni adalah berkenaan dengan warna putih dan sinonimnya iaitu cerah.

putih = cerah.
dan aku dah tahu siapa dan apa 'fair lady'
fair lady = kereta.
boleh pulak aku bersangka tidak baik kerana kereta. KAH KAH KAH.
boleh pulak aku terasa hati kerana kereta. KAH KAH KAH
boleh pulak aku ter cemburu kerana kereta. KAH KAH KAH.
boleh pulak aku berfikiran negatif kerana kereta. dah tak 'KAH KAH KAH' dah sebab dah tak lawak.

kesinambungan tajuk post LEGA dengan pentulisan hari ini adalah AKU LEGA BILA DAH TAU SIAPA FAIR LADY yang dah sampai buat aku jeles dan sewaktu dengannya.. kikiki~~

Sunday

AKU TAK VS AKU SUKA

aku tak suka dengan asap sebab asap busuk. jadi aku tak suka orang yang merokok.

aku tak suka dengan pujian sebab pujian boleh buat kita lupa diri. jadi aku tak suka orang yang memuji tak kira tempat dan tanpa aku kenali.

aku tak suka cakap benda yang takde makna. jadi, aku tak suka orang yang cakap tak guna otak.

aku tak suka buat sesuatu tanpa tujuan. jadi aku tak suka orang yang takde matlamat hidup.

aku tak suka beraada dalam keadaan terdesak. jadi aku tak suka orang yang suka mendesak.

aku tak suka di arah untuk buat sesuatu. jadi aku tak suka orang yang suka mengarah.

aku tak suka meminta bantuan dan menyusahkan orang. jadi aku perlukan orang yang boleh membantu tanpa aku minta dan tanpa aku menyusahkan dia.

aku tak pandai mengekspresikan perasaan sayang pada orang. jadi aku perlukan orang yang memahami apa yang perasaan aku katakan.




aku suka dengan kebijaksanaan. jadi aku perlukan orang yang bijak dari segala segi.

aku suka pada kesetiaan. jadi aku perlukan orang yang percaya akan kesetiaan.

aku sukakan kebebasan. jadi aku perlukan orang yang boleh beri aku kebebasan tetapi menarik aku bila aku terlampau bebas.

aku suka buat sesuatu bergantung pada diri sendiri walaupun kadang-kadang aku perlukan bantuan, jadi aku perlukan orang yang membiarkan aku buat kerja sendiri tetapi membantu bila aku perlukan.

aku suka buat keputusan terburu buru. jadi aku suka kan orang yang tenang masa buat keputusan.

aku suka eksaited terlebih pada benda-benda baru. jadi aku suka kan orang yang boleh control ke eksaited an aku supaya aku tak terkeluar dari landasan.

aku suka hilang pertimbangan bila masalah datang bertimpa-timpa. jadi aku suka kan orang yang boleh beri pertimbangan bila aku perlukan.

aku suka buat benda entah hape-hape pada sesuatu masa tanpa aku sedar. jadi aku perlukan orang yang tegur dan beri kesedaran bila sesuatu masa tu datang.

aku suka mendengar pendapat bila masa aku konfius untuk buat keputusan, jadi aku perlukan orang yang boleh beri pendapat YANG AKU NAK DENGAR.

aku suka mengada-ngada pada waktu yang tak tentu. jadi aku suka kan orang yang boleh terima mengada-ngada tu tapi menegur bila aku terlebih mengada-ngada.

aku suka dengan perasaan jatuh cinta. jadi aku suka kan orang yang boleh buat aku mempunyai perasaan itu berkali kali.

Saturday

SEKALI LAGI.



adakah anda seorang yang friendly?
friendly ni bukan maksud geli-geli ok.
bukan juga bermaksud kawan kepada Li.
friendly bermaksud ramah dalam bahasa ibunda.


disebabkan award ni warna ungu
ha... elok sangat lah tu bagi kat aku kan..
purpleholic is me! =))


terima kasih ye wahai afiq.

err.. nak bagi kat siapa ye?
ok
nak bagi kat
1. syirah
2.ishiko
3.aqmar
4.akubukanpuitis
5.iqa aka lollypopcorner.


orait... tugas beri award dah habis.. jadi nak habiskan kerja rumah pula. bye2.

Friday

PHEUWW!!

pheuww!! sambil sapu peluh dekat dahi.
what a week.!! memenatkan.
khamis nightmare berjaya dilalui dengan sabar.
bulan puasa memang sangat sangat sangat sangat sangat sangat menuntut kesabaran yang tinggi.
minggu depan perlu hadapi khamis nightmare sekali lagi.
khamis nightmare yang paling akhir UNTUK BULAN 8 NI.


pheuww!!
akhirnya neuron berfungsi untuk menghapdate.
walaupun macam cakar itik mentulis dalam blog ni.
janji mak update nok!! =P


pheuww!!
saman dah bayar.
what a relieve!!
walaupun 300 melayang macam burung layang-layang ='(
lepasni i akan lebih hati-hati.

pheuww!!
kesihatan semakin baik, alhamdulillah..ramadhan al-mubarak.=))


satu je yang masih belum lega.
kena HADAP minggu depan dengan kesabaran yang lebih tinggi.

Sunday

TAKDE KARANGAN UNTUK RAMADHAN

banyak sebenarnya aku nak mengomel dan disebabkan terlalu banyak jari aku spechless.
kalau tetap memekak ketuk-ketuk keyboard nanti entah hape2 yang aku type.
buktinya entry yang sedang anda semua baca ni lah.

*entahlah labu..layankan je lah..*


kalau dekat rumah time-time puasa macam ni sesungguhnya aku akan membuang masa dengan menonton televisyen.
nah! dekat hostel aku mengisi masa dengan menonton sinetron. lalalalalala~~
dah habis dah tengok KETIKA CINTA BERTASBIH SPECIAL RAMADHAN.
ok. tipu. tak habis lagi. sebab dekat indonesia baru tayang sampai episod 20. ya makanya aku sudah habis nonton sampai episod 20 ya. tangannya di tepuk in sekarang ibuk2 bapak2.


sebetulnya, aku tak sabar nak balik rumah 27 haribulan ni
kalendar aku dah conteng2 kotak2 nombor hari yang dah berlalu
malangnya baru 15 hari. *sigh* lambatnya....lahai...



lagi 3 hari hari lahir ayah aku
ye.. ayah kandung aku.. dan itulah bapak aku dunia akhirat..
entah kenapa aku jadi risau.
kalau boleh tak payahlah bertambah umur ayah dan emak aku..
tolonglah tak payah.. T__T
saban tahun aku jadi makin risau..
kalau kau tengok wajah kerisauan aku mungkin kau akan panggil aku 'onyang'
sungguh tua bila risaukan macam-macam hal.



*sigh* banyaknyelah xsignment.. dah sampai tak tahu nak mengadu macam mana...


AKU KECEWA SEKARANG NI ATAS ALASAN KENAPA AKU TAK DAPAT TIDO DARI LEPAS SUBUH TADI...

Friday

INTEREST - ING


ngeh!
nampak tuh? i dapat award lagi tau u ollz!!
interest - ing blog award..
ye.. mungkinlah aku seorang AH LONG yang suka amik interest dari kanak-kanak umur 4 tahun. jadi terus dapat award interest nih kan.. (hello! annoying nya ayat-ayat di sebelah)

wahai afiq terima kasih ye.
kau memang rajn bagi aku award kan..
walaupun lambat untuk meng tampal award ni disini...

err.. aku nak award yang satu lagi tuh! kenapa kau tak tag nama aku kat award tu??? ='(

Thursday

MEMANG PERLU KACAK EH?

grengg!! bunyi gitar cinta. tiba-tiba pulak kan bunyi gitar macam bunyi cinta kan.
kalau bunyi gitar gedik ye aku pandai nak bunyikan.
well u never know me, mak memang gedik kadang kadang nyah! jadi tak payah nak rasa irritating dengan permulaan post ini. T__T

wah. merepek macam nak kene terajang je kan.
eh! teruskan lah baca entry aku ni.
ala..ala.. please.. baca eh.

baiklah berjaya juga akhirnya mengannoyingkan setiap post sejak akhir akhir ni.
tak perlu sebenarnya, tapi macam aku cakap sebelum ni (walaupun sebenarnya aku rasa macam aku tak pernah cakap pun) lebih baik annoying daripada mencarut kan???kan???

memang perlu kacak eh?
soalan utama adalah KENAPA SEMUA DOKTOR OTOPEDIK YANG AKU JUMPA KACAK KACAK ORANGNYA?

dah genap 2 bulan lebih aku menghidap penyakit ... Errr... aku pun tak tahu apa nama sakit ni,
err.. tak kisalah sebab aku bukan nak cerita pasal nama penyakit.
kat mana kita tadi? ha, 2 bulan lebih dah aku follow up dekat hospital.
cuba eh kira berapa ramai doktor yang dah menodai kaki ku ini.
dr faizal,dr nurul fakhri,dr teo, dr govinth, dan dr asraf azhar.

DR faizal
pergh! hensem weyh!! hensem weyh!! aku dah macam kene hipnos.
dia suruh angkat kaki, aku angkat
dia suruh bengkokkan kaki, aku bengkok
dia tekan tulang belakang aku? ha.. yang ni aku tak suka. aku tak suka orang pegang2 aku. tapi disebabkan aku dah macam kene hipnos, aku senyap. KAH KAH KAH KAH. (nampak sangat kau gatal meghenyam amal oi!!)

DR nurul fakhri
waaa.... ini lagi tak boleh blah.. aku rasa macam nak menginap dekat hospital lama lama.
setiap pagi lepas subuh dr ni muncul checkup perkembangan kaki aku. dengan wajah yang mulus tidak mandi pagi lagi aku terpaksa menatap wajah dr ini.

"kalau nak keluar hospital, ingat pesan dr ye.. banyakkan berehat, jangan angkat barang berat, jangan buat aktiviti lasak, duduk elok2, jangan berdiri secara mengejut dan semua aktiviti yang boleh buat awak collapse balik. dan janji dengan dr. jangan masuk hospital lagi ok?" kata dr kepada pesakitnya.

(muka pesakit dah macam orang tengah berkhayal main kejar-kejar manja dengan dr yang sedang bercakap itu) T__T

DR teo
aku tak nak cerita sebab dia tekan tulang belakang aku kuat gila. rasa macam dia seligi tulang belakang aku nih. HUH!
DR govinth
aku tak nak cerita sebab dia macam tak faham apa yang aku cakap. HUH!

DR ASRAF AZHAR
well!! this is the most handsome doctor that i ever met. >__<
berbaloi baloi tunggu 2 jam untuk sampai angka giliran(pada yang pernah pergi hospital kerajaan akan faham) untuk jumpa doktor.
walaupun dah melebihi waktu sepatutnya seperti yang tertulis dalam buku appointment, aku tak jadi nak marah.
sebab dah speechless dengan kekacakan DR. ASRAF ni, tiba-tiba aku dah takde idea nak men type..



SEKIAN sahaja pengembaraan doktor doktor kacak otopedik. sekian, terima kasih.



** berani beritahu nama doktor-doktor diatas sebab doktor tu semua tak layan blog2 cenggini...**

Sunday

BOLEH LUMBA JALAN KAKI DENGAN ATLET PARALIMPIK.

hye sayang..(merujuk kepada blog tercinta)
bukan i sengaja lupa padamu
cuma kesihatan i tidak mengizinkan..
kesihatan fizikal dan mental hanya tinggal 20% sahaja.
tidak apa..
dugaan ini ku lalui dengan ikhlas..

***********************************************

randomly update
1. bila bersin masih sakit. tapi tidak sesakit sebelum ini. harap semakin sembuh
2.bila jalan sudah kurang terhincut hincut. harap boleh lumba jalan kaki dengan atlet paralimpik lepas nih. T__T
3. sudah boleh gelak ketawa seperti dahulu. JADI ANDA SEMUA SUDAH DIBENARKAN BUAT LAWAK SEMULA.
4. sudah boleh duduk dengan kadar yang lama sedikit daripada sebelum ni. sangat bersyukur.. =))..
5.bila panas merungut sebab berpeluh asyik nak pergi mandi je, tapi bila cuaca sejuk macam suruh tidur sepanjang masa, hidung meleleh hingus tak ingat punya..
6. hari rabu balik rumah balik, sebab khamis, jumaat, sabtu kena jumpa pakar balik. HYE HOSPITAL!! KITA BERJUMPA SEMULA YE!

******************************

hye readers..(ye! aku memang nak budget belog ini popular)
aku rasa lama kot aku tak mencoret sesuatu kat sini. ok. bila lama dah tak mencoret tetiba macam malu nak mencarut.
macam blur lah pulak nak mulakan ayat karutan nih. hish!
ok. i try. (weyh! annoying weyh!)

cukup cukuplah annoying kan belog sendiri kan. well, sebenarnya aku nak mengadu sesuatu. eh. mengadu lah kot. takpelah kita anggap ini belog aduan rakyat. KAH KAH KAH. eh. kenapa kau ketawa nih?

OK STOP IT AMAL!. T___T

permulaan yang cukup phatetic. rasa macam nak picit picit pipi sendiri (alolo.. comelnya..)
kalau kau semua setia membaca belog aku ni, mesti kau semua dah tahu yang aku ini AMAT JIWANG SAMPAI RASA MACAM AMAT meluat.

sebelum tu, mari jawab satu soalan. adakah seseorang itu dikatakan sombong sekiranya dia menolak untuk memberi no tel nya kepada seseorang yang lain, yang memberikan alasan untuk berkawan dengan lebih dekat?

jawapan aku
TAK SOMBONG.

~> setiap orang ada pandangan masing masing. bagi aku orang yang tak nak bagi tu mesti ada sebab tersendiri. aku lah orang yang tak nak bagi tu. KAH KAH KAH. terbocor rahsia sendiri terhadap soalan yang diajukan.

bagi aku, berkawan tidak semestinya wajib melalui tel. website boleh, facebook boleh, weyh. macam-macam lah weyh yang boleh menghubungkan kita semua. aku tak tahulah kan korang macam mana, bagi aku, no tel ni berharga. privacy pun ye jugak. aku hanya beri pada orang yang benar2 aku percaya dan yang betul2 dekat dengan aku. tak boleh bagi sembarangan rasa macam no telefon tu dah dilacurkan lah pulak. KAH KAH KAH.

sebab-sebab yang memungkinkan aku memberi no tel
1. BUSINESS
2. NAK SOALAN SPOT.
3. KAWAN, RAKAN, SAHABAT, DAN SEUMPAMANYA YANG AKU PERCAYAI
4. AKU SUKA ORANG TU
5. AKU SENDIRI NAK KAWAN DENGAN LEBIH DEKAT DENGAN ORANG TU.

jadi kepada rakan blogger, leh jerk mintak no fon, sebab anda semua jatuh pada ranking ke 3 dari senarai diatas. (ni promote no tel sendiri ke apa?? T___T)