PENGIKUT

Friday

TOLONG TERUJA DENGAN AKU SEKALI BOLEH?

tajuk post macam nak suruh teruja tentang apa je.
eh!
kau semua tahu kan aku memang seorang yang teruja.
kau kata aku hiperbola, personafikasi, metafora whatever lah
aku tetap teruja dengan keterujaan aku sendiri.


keterujaan ini mula menampakkan taringnya
setelah kakak aku sendiri cuba mengketengahkan sifat keterujaan yang ada dalam diri aku nih.
sebenanya dia nak suruh aku berhenti dan cuba untuk menyampaikan maksud

"angah! boleh tak kau jangan teruja sangat? menyampah pulak along tengok"


tapi aku tetap aku.
masih dengan prinsip yang menyakitkan hati seperti
(degil + kepala batu + kau susah apa aku teruja ke tak + kau tak nak teruja sekali ke? + kau jeles tengok aku teruja macam ni ke?)
ok. ni dah macam nak emo dah ni. tak . tak. kali ni tak nak emo dah. janji.


aku selesa dengan teruja yang tak menyusahkan sesiapa ni.
contoh:

1) lepas format laptop masuk antivirus kaspersky baru dan page update dia sangat macam-aku-baru-nampak-pertama-kali-seumur-hidup-inilah-yang-pertama-kali-aku-tengok.
natijahnya, aku bukak laptop semata mata menatap page kaspersky tengah update. betul macam orang gila. ye aku tahu. tak perlu nak buat penegasan. aku teruja pada benda yang entah hape hape nih.

2) kau nampak blog aku? aha.. dah banyak kali aku tukar background. sebabnya, aku asyik rasa macam tak comfortable dengan background2 yang sebelum ni. aku nak kaler gelap ada purple2. purple itu wajib. dan macam misteri2 sikit macam misstreeshermenes. heh! cerewet. kau buatlah background kau sendiri banyak bunyik pulak. eh! dah jumpa. nah!!! yang sekarang ni punya background aku puas hati. purple + hitam. yes!!! natijahnya, aku asyik baca blog sendiri. dan tidak pergi ke blog orang lain. sebanya, aku teruja dengan background yang baru nih. hes!!!


3)kau teruja tak tengok ashton kutcher??? wah! menjerit macam orang gila kan kalau ashton kutcher masuk islam terus melamar kau dan ajak kahwin?? GILA!!MIMPI MACAM TAK INGAT NAK MATI. heh! jangan haraplah kau boleh fikir macam tu sekali. tolong balik ke dunia ok. dah! dah! balik kedunia sekarang.


4)teruja diteruskan bila aku terbaca fakta-fakta tentang cinta. hello! i memang peminat cerita cinta. novel cinta pun i minat. tapi itu dulu. dulu. aku bilang dulu. maksudnya dah lama dah tidak baca novel cinta.trauma. is a FACT ABOUT ME. eh! terbocor rahsia diri sendiri pulak. tapi aku masih meminati cerita yang menggunakan tema cinta. yup. i am believe what i am believe.


5) teruja ini masih bersaki baki sejak di form 1 lagi sampailah dah tukar sekolah teknik gombak yang mendesak diriku supaya lebih tabah. hess! teknik gombak memang tough! ok. bukan nak cerita pasal teruja tentang teknik gombak. tapi teruja tengok mamat hensem dekat sekolah dan ada geng untuk teruja sama. ceh. hampeh betul fakta ni. masa form 1 - form 3. dan terbawa sampai spm. bila tengok senior hensem terus buat muka comel mata berkaca-kaca dan macam terasa nak cakap. "abang! tolong pinang saya boleh?" ha! hambek gatal macam kala jengking. entah kenapa mesti kala jengking yang gatal.selama ni kala jengking asyik spread racun mari kita bagi kala jengking spread perasaan gatal merenyam pulak.


teman yang selalu teruja bersama 1.



i miss this person like hell.


teman yang selalu teruja bersama 2.

Thursday

OTOT PINJAMAN

MAKLUMAT DARI ENCIK GOOGLE

Kecederaan Otot Tertarik – Strain.


Kecerderaan otot tertarik adalah salah satu keadaan yang selalu atau biasa terjadi di dalam berolahraga atau bersukan dan boleh mencapai hampir sepertiga dari seluruh kecerderaan di dalam berolahraga. Kecerderaan otot tertarik ini biasanya terjadi apabila otot tertarik secara tidak normal atau biasa. Akibatnya meliputi rasa sakit, ketegangan, bengkak dan hilangnya daya kekuatan. Otot tertarik dalam otot hamstring (belakang peha) biasanya terjadi di dalam sukan (olahraga) yang memerlukan flexsi lutut untuk berlari, melompat, bola sepak dan sukan raket.

Otot tertarik pada otot Quadrisep (depan peha) biasa berlaku pada sukan seperti lari jarak pendik dan melompat. Otot Grastrocnonitis (betis) sering kali tertarik dalam olahraga yang mengharuskan Anda lari di atas permukaan yang keras seperti squash, badminton dan juga tennis.

Otot tertarik pada otot abdominal (perut) biasanya, terjadi dalam olehraga seperti bersenam, mengangkat berat dan bersepatu roda di mana terdapat gerakan ekstensi bahagian belakang badan dan pinggang.

Perawatan.

Sesiapa yang terkena otot tertarik harus istirihat (berehat). Gerakan urut hanya boleh dilakukan sekiranya tahap akut telah berlalu. Berikan terapi dingin (air batu) pada tahap awal dan di ikuti dengan terapi panas dan dingin.

Jika keadaan serius (akut) sudah berlalu ia itu setelah dua atau tiga hari. Maka Anda boleh melakukan urut layang (ringan). Tujuannya agar anda dapat meningkatkan sirkulasi, menghilangkan jaringan bekas kecederaan dan dapat memperkuat kembali otot-otot. Ketika otot sudah tidak lagi tertarik atau sembuh, maka urut gerakan meremas dan friksi akan menjadi rawatan yang lebih berkesan.


KENAPA TIBA-TIBA CERITA PASAL OTOT NI???

haruslah cerita tentang otot sebab otot aku cedera. tak tipulah weyh. serius. aku pergi klinik dah.

doktor bagi ubat ni.



tengok lagi jelas.
memang ubat aku kan?? so.. tak payah lah ada suara suara sumbang yang kata aku tipu.
(opss!! siapa yang kata aku tipu tu ye?? )



heh.
semester lepas aku cedera dekat otot pinggang bahagian belakang
kali ni aku cedera dekat biceps bahagian bawah peha kiri.
tak tahulah kenapa otot pinjaman ni suka sangat cedera.
dan FAKTA paling memusykilkan
paling penting lah kemusykilan pada FAKTA ni

AKU BUKAN ATLIT PUN NAK CEDERA CEDERA OTOT NIH!


serius aku tak faham macam mana boleh cedera. hess...

Wednesday

SUDAH LAMA RUPANYA AKU TINGGALKAN

kalau boleh putar masa aku nak berbalik ketika aku di tingkatan tiga.
walaupun ada periksa PMR tapi sepanjang hidup 21 tahun
ketika tingkatan 3 adalah tahun yang paling best sepanjang aku
menjadi pelajar sekolah menengah.


terbaekk lah kawan-kawan masa sekolah menengah.
khasnya tingkatan 3 nurani.


untuk pengetahuan umum, aku boleh faham bila orang menggunakan bahasa arab sebagai bahasa pertuturan. (tapi ade jugak yang aku tak faham)
sebab.
aku pelajar arab komunikasi dari form 1 sampai form 3.
arab memang best!
betullah,
aku tak tipu dan takde unsur-unsur gurauan di sini ye.
serius! (hahahahampeh!!)


ok. bukan kenangan lama atau putaran masa yang aku nak cerita.
tapi, masa aku google google kat encik google.
dan benda-benda merepek yang ter google,
tiba-tiba!!!(ceh! suspen plak)



tiba-tiba
aku terjumpa lah seorang rakan sekelas ketika form 3 dulu.
sebelum ni aku pernah dengar jugak yang dia ni dah jadi artis (ceh! artis gitu..auww!)
waktu reunion ke ada jugak rakan-rakan lain kata macam tu.
dan aku sendiri pernah tengok dia ni kat NASI LEMAK KOPI O datang sebagai artis jemputan.
teruja seyh! tengok rakan hingusan live kat televisyen. heh! jakun!


lepas dia masuk tv tu macam senyap jerk kumpulan dia ni.
aku cuba jugak cari vcd (original ok!) kumpulan dia ni
tapi masa tu takde lagi kat kedai. hello! aku tak tipu. kawan babe takkan tak nak tolong beli cd kan???


lama dah kot kes aku cari cd kumpulan dia ni
tup tup. (tup tup bukan tutup!)
aku terjumpa lah video-video yang di upload dekat utube.
ngeh! bagus jugak suara dia ni. nyanyi live tak sumbang mambang.
i bangga u. =)


cekid out video bawah nih.
nama band (nasyid tau bukan underground) = ALGEBRA
vokalis 1 = AHNAF JAMAL (dia ni lah rakan hingusan tu)


ALGERRA - AKU RELA.




semoga kau maju ye kawan.
nanti jangan tak rajin datang reunion ok??? >__<



**nak mintak sign boleh??? hahahahha!!**

Tuesday

JERITAN DALAMAN TAK TERLUAH.

sudah dua hari melalui hari hari tekanan.
sampai otak macam jammed!
macam jammed tu bila kau rasa tiba tiba kau murung,
rasa macam nak menjerit tapi tak terkeluar,
bila bangun tidur kepala kau rasa macam tertekan.


lagi dua hari kene lalui.










aku tak tahu nak buat apa.















STREES NYE WEYH PERIKSA PAPER KILLER BERTURUT-TURUT MACAM TAKDE DAH MINGGU DEPAN NIH!!
TOLONGLAH JANGAN BUAT LAGI JADUAL PERIKSA MACAM NI TAHUN DEPAN!!!!!!!
BOLEH GILA SEMUA ORANG JADUAL PERIKSA MACAM NI!!!


**jeritan dalaman yang tak terluah**

Sunday

NAMPAK CANTIK TAPI SEBENARNYA?

hari ini tajuk serius.


bermula dengan satu pengakuan.

pertama kali melihat gadis-gadis yang se angkatan dan seumur dengan saya memakai tudung yang berfesyen fesyen memang buat saya teruja untuk turut sama menukar fesyen tudung. lebih-lebih lagi apabila melihat rakan-rakan yang comel-comel belaka memakai tudung dengan sanggul yang tinggi dan jujurnya saya memuji dengan kata-kata

"eh! cantiknya anda"


sudah 2 blog yang saya baca mengutarakan tentang isu bersangggul tinggi itu haram.
(oh! jahilnya saya!)
anda semua boleh cek the both blog..
MENGENAL DIRI dan YNAA OH YNAA
hari ini saya di tag oleh rakan di face book berkenaan dengan sanggul tinggi.

saya mula melihat dunia blogger sebagai satu input yang cepat untuk saya mengetahui tentang sesuatu.(tiba-tiba puji bloggers kan)


jauh disudut hati saya bersyukur kerana saya tidak memulakan fesyen seperti itu dan saya tidak pernah mengaplikasikan fesyen seperti itu di khalayak ramai. alhamdulillah saya benar-benar bersyukur.

Thursday

TOLONG CEPAT SIKIT DATANG AMBIL SAYA

THE NOTEBOOK




**sigh**
sekarang dan nak pukul 4.
bukan 4 petang tapi 4 pagi.
(ceh! kata pening + sakit kepala tapi kenapa kau tak tidur2 nih??)


aku rasa dah ramai tengok cerita the notebook ni.aku je yang lambat. fine!! aku tak kisah.
kalau tak tengok lagi pergilah tengok.
terpulanglah nak beli cd ke, download ke,pinjam kawan ke kan?? hak masing-masing.


mungkinlah
mungkin je aku bilang mungkin.
mungkin kau semua boring dengan genre cerita macam ni.
LOVE.
ngeh! aku minat cerita tematik cinta.
kau nak kata aku looser ke whatever u moron ke kan. aku tak kisah
janji?? i likeee~~

the notebook ni bagi aku kreatif sebab tema dia cinta bagi pesakit alzheimer.
alzheimer babe! see?? citarasa aku dah semakin berunsurkan tua.ngeh!


banyak manfaat yang kau boleh peroleh kalau kau bijak tukarkan garapan cerita ni menjadi sesuatu yang bermakna. so, ada otak ada akal fikir dan gunakan betul-betul bukan kejalan yang sia-sia. faham?! (tiba-tiba macam marah pulak kan)


pesanan untuk someone which is 'my love life'

dear my love life...
kenapa kamu datang terlalu lambat ni..
tolong cari saya dengan kadar yang pantas boleh?
tolong..cepat sikit ambil saya kat sini.....

Tuesday

KALAU TAKDE INI PUN TIDAK APA



fakta berkaitan cermin mata dengan diri aku.

peringatan **cerita fakta di bawah tidak dinyatakan didalam bentuk point form sebab aku nak praktis buat ayat untuk jawab bahagian esei exam esok**


apa kena mengena exam, buku, ejaan, binaan ayat, huruf-huruf yang kecil sampai sakit mata nak baca sebab terlalu banyak dengan cermin mata (sweet gila bahasakan spect sebagai cermin mata)

masa kecil dahulu (heh! asyik cerita pasal waktu kecil je) aku tak rabun pun. rabun ayam pun tidak pernah. lagilah rabun itik, kambing, lembu, rusa dan sebagainya. tapi, kakak aku dia silau. aku tak sure silau ini satu kecacatan yang boleh disamakan dengan rabun atau tidak tetapi perlu menggunakan cermin mata untuk membetulkannya.

suatu hari (karangan sungguh nih!) ayah aku bawa kakak aku pergi pilih cermin mata. disebabkan aku ni memang kaki sebok sejak kecil, aku pun nak cermin mata sekali . gedik bukan? aku tahu, gedik tak payah nak highlight.

lantaran itu, tukang penjual cermin mata pun tunjukkanlah cermin-cermin mata yang berwarna warni. disebabkan aku tidak rabun, silau dan sebagainya ayah aku tak mempedulikan sikap aku yang kaki sebok nih. tapi, aku memang tak makan saman (ngeh! saman tak bayar lagi!!) aku pun sebok nak pilih warna. kakak aku diam jerk. nampak tidak apa yang aku cuba ceritakan dekat sini??

the point is, aku yang kaki sebok telah menghasut kakak untuk beli cermin mata yang bulat gila dan bingkai dia warna warni macam clown. BOLEH BAYANG TAK?? nak tahu apa reason aku kat kakak aku kenapa aku paksa dia beli cermin mata yang bulat gila dan bingkai dia warna warni macam clown tuh??

perkara utama adalah, aku nak pakai sekali.TAK NAMPAK KAN PENEGASAN YANG KUAT DARI SEBAB YANG AKU BERIKAN. aku terus mintak tukang jual cermin mata ambil dan aku yang try dan semuanya aku. tengok??? SUBJEK YANG NAK MEMAKAI DAH BERTUKAR KEPADA AKU. BUKAN KAKAK LAGI. HAHAHAHAHAmpeh!!

ngeh!
panjang gila cerita pasal cemrin mata pada waktu kecil.
kesan untuk jangka panjang.

sekarang.
aku yang rabun tapi tak mahu pakai cermin mata walaupun cermin mata telah dibeli ketika form 4 sebab waktu itu nikmat melihat memang tahap kritikal. (pelajar cemerlang memang macam nih. belajar sampai rabun)


aku tak tahu kenapa aku buat entry macam ni.
mungkin sebab dah banyak membaca dan teringat cermin mata aku yang tak selalu disayangi itu.

"heh! dasar manusia tak sedar diri. guna aku bila perlu.bila tak nak kau campak2 aku kan! heh!" <-- kata2 cermin mata kepada aku

Sunday

SABAR DAN BERTAHAN HANYA 2 MINGGU.

2 minggu sahaja periksa berlangsung
tetapi persediaan berbulan bulan lamanya
kenapa jadi macam ni?
kenapa tak 2 hari je persediaan nya?


2 minggu je pun
tapi nerves dia macam nak kene akad nikah (heh! knp mesti kahwin dijadikan contoh?)


2 minggu je
tapi baca buku, buat nota dah macam nak jadi penyelaras soalan peperiksaan.
heh! kenapa lah tidak belajar lepastu buat kuiz lepas belajar
settle.
tidak perlu persediaan berbulan bulan
hanya untuk menghadapi peperiksaan 2 minggu sahaja.

ulang!
2 minggu sahaja.

saya



kamu




**aku pandai lukis orang lidi yang tak hensem dan tak cantik sahaja(gelakkanlah kalau berani!)**


heh!
mata mengeja
tapi hati dan kepala fikir benda lain.
syoh! syoh! syoh!


FOKUS! 2 MINGGU SAHAJA.
LUPAKAN YANG LAIN.


doakan aku dan rakan-rakan tabah mengharungi peperiksaan 2 minggu sahaja ini ye. >__<


TANAM DARI KECIL

waktu kecil bila ada kene isi borang tentang biodata mesti ada ruangan

nama : amalina wahida binti kamsari
hobi : membaca (memang semua nak nampak cendikiawan jerk)
makanan kegemaran (ini aku letak sendiri): kuey tiow kerang (sebenarnya banyak lagi tapi ruangan tak cukup)
minuman kegemaran (ini aku letak sendiri): air kosong (heh! membosankan)
CITA-CITA : pensyarah, guru, jurutera.

**saja highlight cita-cita sebab itu subjek utama yang nak diceritakan.**


tengok?
nampak tak?
kecik-kecik dah tanam cita-cita untuk tergolong dalam warga pendidik. padahal memang budakk kecik tak didedahkan dengan cita-cita sebagai tukang masak, bisness woman, pembuat kereta, cari gali minyak, pereka helikopter, etc.
nampak tak apa yang saya (tukar ganti nama sebab nak nampak matang) cuba tekankan dekat sini??

disebabkan environment influence saya hanya dikelilingi dengan guru, pensyarah, jurutera..maka sekarang saya dah berada dan akan menjadi seorang pendidik 2 tahun lagi. heh!
lari mana pun, disebabkan jurutera diletakkan paling akhir dekat ruangan cita-cita, maka jurutera sangat jauh untuk dikecapi. heh! (kalau tahu, aku letak awal-awal setiap kali isi borang biodata macam tuh)


SELAMAT HARI GURU UNTUK DIRI SENDIRI SERTA GURU-GURU SEKOLAH YANG SENTIASA SAYA RINDUI YANG BERMAIN DI BIBIR SETIAP KALI LEPAS SOLAT..
TERIMA KASIH WITH THE FULLEST LOVE...>__<


Saturday

SINDROM cinta BERKEPERLUAN KHAS.

LIONEL RICHIE -HELLO-



kredit kepada adila farhana =))



heh!
sindrom cinta memerlukan keperluan khas untuk diuruskan.
hoh!
hati membuak2 macam lirik-lirik dalam lagu nih.


memandangkan sindrom yang memerlukan keperluan khas untuk diuruskan ni
melanda diri aku dah nak masuk tiga minggu dah.
dan aku tak tahu kepada siapa yang aku sandarkan untuk sindrom yang aku
alami ni..
jadi para pembaca semua (budget ramai gila baca blog kau)
kalau rasa macam meluat tolong muntah
lepatu baca balik.
nak muntah?
muntah dulu lepatu baca balik.
ha.. ulang-ulang lah kau buat perkata yang sama
muntah baca balik
muntah baca balik
sampai kau semua puas.



my love...i miss u..

Friday

INI TERLALU COMEL UNTUK DICERITAKAN

hai all!! **kenyit2 mata sambil cakap perkataan nih**
comel kan??
kenyit2 mata sambil cakap perkataan "hai all!!"
tapi takde bunyi macam 'adik adik' ok.
comel sampai rasa nak lempang kan?? heh!


sekarang nak cerita tentang cerita comel.
cerita comel bukan berkenaan dengan kucing.
heh! kucing bukan subjek atau objek yang comel untuk diceritakan.
heh! aku tak berminat dengan kucing.
kau bagilah kucing yang kau rasa seribu kali comel.
aku tetap kata kucing tak comel.
huh! sangat tidak suka kucing.
beruang, kambing,anjing tikus, hamster ke pekebenda
tentang binatang berbulu dan kalau bukan binatang tapi berbulu pun aku tidak.
tidak. tidak. tidak tidak. tidak. suka. ok. cukup.
nanti kau fikir bukan-bukan dan boleh jadi 18 sx. haip!!


sambung tentang cerita yang terlalu comel untuk diceritakan.
selain dari cerita yang terlalu sedih untuk diceritakan
cerita comel adalah cerita yang sangat sangat sangat sangat aku addicted sekarang.


*pengakuan*
sejak dua menjak tiga menjak ni asyik nak tengok cerita berunsurkan cinta sahaja.
biasa ye dia ni. mak rotan nanti baru tahu.


cerita comel ni dah lama dah ditayangkan kat tv.
tahun 2007.
aku tak berapa nak hayati sebab sibuk nak SPM. heh! pelajar cemerlang memamng macam nih.
(ye2 je bz padahalll!!)


macam terbuka hati jiwa dan raga nak tengok balik
dan guess what???
roarrrr!! i'm fall in love with this drama like hell!!!



ok. tak payah kecoh dan tak perlu nak nyatakan betapa teruja nya dan betapa
ketagihnya aku dengan cerita yang terlalu comel ini.
dan tak perlu diceritakan lagi betapa banyaknya aku ketagih nak makan dadih.
jadi..
kau semua layan lah video kat bawah ni.
nak lagi syok kau beli dvd!
baru cara beb! heh. kenapa ntah suka cakap perkataan macam nih.





kan2??
comel kan??
romantik macam ......... je..
hero bila salah minta maaf dengan cara yang macam ................ haih... no word! sebab dah melting macam cadbury tertinggal kat dalam kereta malam bila ambil dah macam hot chocolate cairnya.





my love.. i miss u damn much

Wednesday

BUKAN UNTUK HARI KEKASIH



looser gila buat post tentang ini
padahal dah bulan mei dah.
hoit! diam. (asyik2 nak marah je kerjanya)
ok.
aku mencari cerita ni dah lama sejak bulan januari lagi
tapi tak jumpa-jumpa
dan sebab terlalu sibuk mencari ilmu (ceh! berbau riak) sampai tak tahu cerita ini dah habis ditayangkan di pawagam. atau sebenarnya tak pernah tayang pun.

ingin aku tekankan disini. (copy paste dari xsignment)
aku tidak menyambut valentine's day.
tak pernah sedikit pun perasaan nak sambut hari ni.
teringin ke terkempunan ke pun tak pernah ada.

jalan cerita
cerita yang aku cari2 dah lama ni sangat best.
tapi!
sekali lagi aku tekankan
ini cita rasa aku. kau punya cita rasa kau punya pasal.(ok. tiba2 nak marah lagi)

dan cuba teka berapa ratus kali aku tengok cerita ni?
100 kali pun tak sampai.
hahahahhampeh!
gila apa. rosak dvd player tengok tanpa henti.
tak perlu aku nyatakan berapa ribu kali aku tengok
cukuplah kalau kau semua membayangkan seseorang yang sedang
ketagih. berapa kali dia nak makan dadih? ok. dadih tak khayal.
dadah. tapi dadih lagi best dari dadah. tapi aku tak pernah rasa pulak dadah tu macam mana. tapi dadih lah lagi best. ok. banyak 'tapi' dan 'ok' rasa macam nak tampar diri sendiri.


oklah.
mengaku.
sebenarnya aku suka tengok
ASHTON KUTCHER je sebenanrya. hahahahampeh!!



**u know what my love, everytime i look at ashton kutcher i'll see u. yup!u seems like him =P (tak payah perasan)**

Tuesday

buatan manusia

BOLEH TAK KALAU BENGANG AKAN BUAT 100 POST DALAM MASA 10 MINIT??
cepat kira berapa minit aku perlukan untuk buat 1 post??
cepat!!
cepat!!
hutrry!!
hurry!!!

arghh!!! bengang dengan teknologi buatan manusia.
bengang sebab tak boleh dilentur mengikut masa dan keadaan
tiada perasaan timbang rasa atau perikemanusiaan
hanya buat kerja yang dilakukan apabila sudah di setting.
lepas tu kalau rosak.
diam!
diam!diam!
tiada perasaan langsung.


bengang dengan teknologi buatan manusia.
memang tidak sempurna.
ish!!!
rasa nak KETUK JE PRINTER KAT SEBELAH NIH!!!
BENGANG!
BENGANG!
BENGANG!!


**dah diam. aku tahu post ini tidak berkualiti**

Saturday

INI UNTUK EMAK TERCINTA



EMAK TERCINTA
macam dalam phone book kat dalam telefon selular aku.
EMAK TERCINTA.
selepas ALLAH dan RASULULLAH..
EMAK TERCINTA yang aku CINTAI.


bukan hanya sempena hari ibu sahaja
tetapi sampai akhirat emak saya adalah yang saya cintai..

i dont have anything to say about my mom
because i dont have any suitable word
to describe about my WONDERFUL MOM.

Thursday

my dear mentee









tak.tak
i am not sit for geografi exam
but i am doing my mentee mind map.
u r so 'manja' my dear mentee.. ^__^
dapat A tau exam nanti... T__T

Wednesday

kembali ke pangkal jalan.

TOLONG ABAIKAN SEMAK SAMUN

















EXAM HUBUNGAN ETNIK ESOK!

gila.
esok exam hari ni baru dapat tau.
bagus!
bagusss!!
bagussssss!!!
bagussssssss!!!!!!!!
aku memang suka exam terkejut mejut macam nih!





**huwaaa ='( boleh ke aku jawab esok ni.....**

Monday

masih wujudkah lagi cinta antara dua darjat??



tujuan gambar : ................

air batu campur memang sedap. lagi lah kalau kau makan err.. minum air batu campur err..makan air batu campur lagi tepat rasanya. sebab air batu macam elok untuk dikunyah sebelum ditelan. betul ke? **dahi berkerut**
ok. keputusan. air batu campur DIMAKAN bukan DIMINUM. ok. ape ape lah yang penting aku nak gunakan perkataan diMAKAN. baiklah. sambung.
air batu campur memang sedap. lebih lebih lagi kalau kau MAKAN apabila tiba musim sejuk. gigil sambil ketap ketap gigi kau kunyah lagi air batu tuh. pergh! mencabar babe! baiklah. nampak sikit ke oversea an apabila aku menggambarkan situasi musim sejuk. ok kalau di malaysia, (i'm proud to be MALAYSIAN). kalau kau makan air batu campur bila tiba dinihari, suasana hujan lebat kau kunyah air batu campur. serius! anda sangat coold.

air batu campur sama cool nya seperti seorang lelaki yang tinggi. ok. samakan lelaki dengan air batu campur yang lemak berkrim memang tidak patut. tapi aku terpaksa. (gunakan ayat terpaksa sebab mahu nampak innocent kerana men samakan lelaki dengan air batu campur) terpaksa. (sebab nak kaitkan dengan tajuk post )

lelaki tinggi adalah ciri fizikal yang wajib dipatuhi. kerana aku tinggi. kalau lelaki rendah bukan ke murah rezeki? oh. mungkin benar. tetapi lelaki tinggi memang cool macam air batu campur yang lemak berkrim. ok. merujuk kepada tajuk "anak ayah dah jumpa lelaki macam ayah....." ye. aku dah jumpa lelaki yang tinggi macam ayah. u know what?? i'm fall in love dengan lelaki tinggi ini. rupa paras bukan ukuran asalkan tinggi saya akan jatuh cinta (ces! tiba-tiba gedik guna kata ganti diri saya)

1. TINGGI. check!

gitar adalah alat muzik yang sangat PANAS!! roarrr!! (tiba-tiba buat bunyi beruang miang kan) oklah. lelaki tinggi yang pandai bermain gitar sangat PANAS! oh. saya jatuh cinta dengan lelaki tinggi yang pandai main gitar. ok. ayah tidak pandai main gitar tetapi lelaki tinggi ini pandai bermain gitar. jadi ini satu bonus!

2. GITAR. check!

lelaki tinggi yang pandai main gitar seorang yang sangat sangat sangat sangat sangat menyayangi keluarganya. bijak berkata-kata. berwawasan. tidak seperti lelaki yang saya kenali suatu waktu dahulu. wahai lelaki tinggi. anda sangat buat saya impressed dan menjatuh cinta kan diri terhadap anda.

3. SAYANG KELUARGA. BIJAK BERKATA KATA.BERWAWASAN. check! check! check!

lelaki tinggi yang pandai main gitar seorang yang sangat sangat sangat sangat sangat menyayangi keluarganya. bijak berkata-kata. berwawasan. ini seorang yang berfikiran kehadapan. ye. kebijakan anda membuatkan anda sangat charming. kau tahu tak aku dah lama mencari lelaki yang berilmu seperti ini? tidak bercakap benda-benda yang bukan-bukan yang sia-sia?? kau tahu tak?? semua perkataan yang anda keluarkan sangat bermakna. semuanya berilmu dan saya tak tahu macam mana nak buat PETA MINDA bila anda berkata-kata untuk catit isi-isi penting because everything come out from your mouth is meaningfull.

4. BERFIKIRAN KEHADAPAN. CHARMING.BERILMU. check! check!

kejatuh cintaan ini semakin bertimpa timpa setiap kali anda berkata-kata dan memandang saya sambil tersenyum. T____T



**akan pastikan perasaan ini tidak berubah.insyaALLAH, if ALLAH will....we belongs together..**

** i will be your big fan for those thing u r doing now, i'm pretty sure u r doing this for your family (ibu,ayah n so on) and for us one day.. ^___^ insyaALLAH..i'm not sure becuse soon is beyond our control, i will follow u soon to reach my goal(Actually my goal is YOU!hehehe~~) n help u**



p/s: tolong jangan tanya apa2 lepas baca, walaupun soalan itu berlegar diminda kalian (tiba2 guna perkataan 'kalian' sbb dah jatuh cinta dengan org yang berilmu) sekalipun. (ceh. budget mcm ramai je yang baca blog kau)

Saturday

AWAL BULAN MEI YANG JIWA-JIWA

MEMANG HANYA NAK MENJIWANG SAHAJA

pembaca yang geli bulu mata nak baca
sila cantas bulu mata anda sendiri
sekian, harap maklum.


Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama

Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan

*
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan

**
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin

Reff:
Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas ijinNya

Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
KU MENANTI CINTA..


**ambil perhatian pada perkataan yang di gelapkan.**