PENGIKUT

Tuesday

MY HEART

hye hati!!
terkejut tak aku tegur kau tiba2 je hari ni? tak pernah aku tegur kau macam ni kan hati. oh ye hati kenapa kau suka menimbulkan macammacam perasaan sehingga kadangkadang aku tak terdaya nak melayan kerenah kau wahai hati.

wahai hati,
setiap kali aku berdiam diri kau mesti muncul supaya aku melayan kerenah kau. macammacam yang kau timbulkan. suka, sayang, cinta, rindu, sakit, kecewa, hampa, duka, gembira, semuanya boleh buat aku gila kalau iman tiada.

wahai hati,
kau nak tahu apa yang paling aku tak sanggup hadapi bila kau muncul. RINDU. ye, aku tak suka dengan perasaan rindu. rindu memang selalu menjatuhkan motivasi aku. bila aku sedang bersemangat untuk belajar kau tampil dengan perasaan rindu pada keluarga. bertimbun timbun air mata boleh aku kumpul kalau kau hadir dalam keadaan aku berjauhan dari keluarga. tapi saat ini bukan rindu pada keluarga yang kau timbulkan kerana aku masih bercuti sekarang. mungkin bila tiba waktu aku perlu pulang ke kolej kau pasti akan mengganggu hidupku semula kan? ah! hati kau memang suka bermain kasar dengan aku.

wahai hati,
kau memang suka potong mood. bila aku sedang bersukaria berada di samping keluarga tercinta kau tancapkan rasa RINDU pada yang lain pula. kau memang suka main kasar dengan aku kan hati. kalau aku dapat kau memang aku lepuk2 dah kau nih. yelah, aku mengaku aku sedang merindui seseorang. puas aku menolak dan cuba bertahan tetapi akhirnya aku tetap kalah dengan permainan kau. aku bencilah bila kau suka main kasar macam nih. sopan santun sikit dalam permainan ni tak boleh ke?

wahai hati,
aku merayu. boleh tak dalam 4 tahun yang akan datang jangan sekali kali kau campakkan RINDU tu dekat aku? boleh tak? boleh lah ye.. aku tak suka kalah dengan perkaraperkara yang semacam ini.




wahai diri,
kenapakah kau sukar nak mengakui
apa yang ada dalam hatimu ini...

2 comments:

Admin said...

Ucapkanlah kasih
Satu kata yang kunantikan
Sebab ku tak mampu membaca matamu
Mendengar bisikmu

Nyanyikanlah kasih
Senandung kata hatimu
Sebab ku tak sanggup
Mengartikan getar ini
Sebab ku meragu pada dirimu

Mengapa berat ungkapkan cinta
Padahal ia ada dalam rinai hujan
Dalam terang bulan juga dalam shedu sedang

Mengapa sulit mengaku cinta padahal ia terasa
Dalam rindu dendam hening malam cinta terasa ada

nyanyi ket pagi2 nei, hehe..

amalina wahida said...

hehehehe~~ bagus sgt nyanyian nih.. *tepuk tgn kuat2* heee~~