PENGIKUT

Monday

KUTIP MASA

hari ni

pagi : pergi jogging dekat tasik cempaka. bagus. satu perubahan yang agak besar.

tengah hari : pergi shopping. yes. dapat rembat sehelai shawl, inner 3 helai, baju sehelai.. err.. ha. itu je. waa... tak membazir. bagus! satu perubahan yang agak besar.

malam : err.. tak tahu lagi nak buat apa. sebab belum malam lagi. mungkin nak perabih baca kompilasi "aku terima nikahnya" 3 bijik dalam satu. waa... satu perubahan yang besar jugak nih. takpun mungkin nak start buat nota untuk exam januari nih. bagus kan? weyh! aku bukan sengaja nak terajin macam nih. tapi memang kene paksa sebab aku sorang je tak amik exam lagi. *sigh*

esok

pagi : pergi jogging lagi. (waaa.. memang dah macam berazam baru je nih?) . ambil report card adik2. heh! mak ayah sibuk. apa guna kakak kan? T__T

tengah hari : mahu pergi alamanda pula. nak cari cd train. hopefully ada. need it damn much!! ='(

petang : tgk cite qasidah buat laila. best woo cite nih. walaupun ada gaklah sakit hati macam sinetron arissa dengan saket hati macam cerita ketika cinta bertasbih versi ramadhan, qasidah buat laila tetap best!!!

malam : nak sambung buat nota kalau dah semakin sedar yang periksa yang aku sorang je amik nih dah nak dekat!! bluwerrkkk.. malas lak aih nak buat. =__=

lusa

pagi,tgh hari, ptg, mlm : tak tahu lagi nak buat apa. T__T



saje je i type2 mcam nih sebab nak tunjuk yang i dah KURANG membazir masa.. MIAHAHAHAHA!!!

2 comments:

Anonymous said...

warna pelangi kalu campur sume jd kale putih la. warne pelangi tu kn sume spektrum dari warne putih.

amalina wahida said...

anonymous~> eh. yeke? err... terima kasih ye sebab bagitahu.. =)