PENGIKUT

Tuesday

ONE STEP BACK vs ONE STEP FORWARD

dalam masa 3 bulan kebelakangan ni, hidup aku berjalan dengan terlalu cepat. seriously, cepat yang tak tahu macam mana aku nak cakap. if u r the loyal readers, yang selalu baca apa yang aku merepek kat sini, kau mungkin dapat menghidu apa yang sedang berlaku kat aku. ha, betullah tu apa yang ada dalam kotak fikiran kau semua (tiba2 kan macam ni).

kecepatan masa tu berlaku bila dia datang jumpa mak ayah aku untuk minta izin berkawan dengan aku. lepastu dengan tak semena-mena seminggu lepastu secara tak sengaja aku dah diperkenalkan kepada family dia. paling tak boleh blah adalah diperkenalkan kepada whole family. i mean, keluarga besar dia.

boleh kau cuba bayangkan, semua ni berlaku dalam masa 3 bulan. kenal bulan september after that november terus dua2 dah jumpa mak ayah masing2. hello? drama apa yang tengah berlaku ni? ingat ni slot akasia ke? ingat lepasni boleh terus kahwin ke hape?? lepastu tetiba jadi hapily ever after kan?? banyak cantek muka, macam lah hidup ni sesenang macam fairy tales kan. tak payah nak berangan lah kan.

paling peliknya, masing2 dah kenal mak ayah masing2, mak ayah masing2 dah restu dah bagi pendapat dan sangat surprise! kedua2nya bagi feedback positif. tapi SURPRISE!! aku dengan dia masih tak kenal hati budi masing2. macam mana tuh? apesal drama yang tengah berlaku ni macam tak kena??

dalam masa 3 bulan ni, aku banyak fikir. eh? kenapa macam cepat sangat semua2 benda ni jadi ni? aku rasa macam aku dengan dia masih baru sangat kenal. tak sampai 6 bulan. tapi macam mana takdir dah membawa dia dan aku mengenali ibu bapa masing2?? hello! ada masalah nih.

so that, aku rasa aku kene slow down balik perjalanan cerita ni. kene tukar gear rendah dan berhenti kejap dekat traffic light, makan2 dulu dekat RNR. Sebab, laju sangat 'kereta' yang kitorang bawak ni.

perbincangan sudah dilakukan, atas persetujuan bersama, kitorang buat keputusan untuk slow down, kenal dulu hati budi, sesuai atau tidak, adakah kami punya keinginan dan impian yang sama. yup. sakit memang sakit. sebab kenderaan yang terlalu laju, hampir2 buat aku dan dia terbabas.

jadi, sebelum eksiden kita perlu beringat. berbalik pada jalan cerita yang terlalu laju yang kami lalui, itu semua biarkan. mungkin itu petanda untuk hari kemudian, dimana kalau jodoh antara kami dah sampai, ibu bapa kedua2 nya sudah saling mengenal, sudah boleh menerima dengan baik sesama kami.

besar kemungkinan keputusan yang dibuat akan membuka jurang yang besar antara kami. tapi... hey! tak sedar ke ada yang MAHA KUASA penentu segala. ada YANG MAHA PEMURAH untuk kau sandarkan harapan. DIA yang mengatur segala yang terbaik untuk hamba2NYA.. jadi, kenapa perlu takut?

aku sangat percaya pada jodoh. kalau jodoh aku dan dia kuat, insyaALLAH dengan dia lah aku akan bersatu dengan izin-NYA pada suatu hari yang tepat kelak yang telah ditentukan sebelum aku dan dia dilahirkan kedunia lagi....


kesimpulannya, we are not belonging to each other yet. it is too fast for everything we did in this past 3 month. so that, we take one step back and hold on. perasaan terhadap diri masing2 memang dah tak perlu nak diluahkan, sebab masing2 dah tahu apa yang ade dalam hati masing2.







**kalian doakan kekuatan jodoh kami berdua ye**

5 comments:

ahsfantasy24 said...

masa ibarat pedang,
jom kte potong mase..!
hehhe ^^,

cik nurulain said...

kenapa lah nak kena tekan break amal.. just go with the flow. umo skang ni, tak salah going fast. nak kahwin terus pun bagus. kenal lah lepas kahwin. :)

amalina wahida said...

ahsfantasy~> kalau boleh potong masa, rasanya nak pergi tahun 2012 terus, nak tgk apa yag jadi.. hahaha..

amalina wahida said...

kak ain~> flow terlalu laju lah kak.. kalo boleh kahwin, dah kahwin dah skrg.. tapi flow yg berlaku tak selaras dgn keadaan sekeliling... heee~~ takpe.. doakan jodoh saya ye. hahahaha!!!

aziehoneys said...

amal. no big deal. n dun worry about that.
just follow the flow k.. doa2 yang baek2.. kenal antara 1 sama lain take time. kalo cpat ape salahnye ;) hehe
happy for u k :))