PENGIKUT

Monday

LANGIT TAK SELALU CERAH

dulu sebelum diberi perasaan aku selalu berdoa akan dikurnia perasaan seperti itu bila tiba masanya.
akan dibuka kan pintu hati untuk menerima sekiranya sudah tiba masanya.
bila dah terbuka pintu hati untuk menerima aku mesti bersedia untuk menghadapi gelojak jiwa dan gelora pasang surutnya sesuatu yang aku terima itu.

namun, aku manusia yang sangat lemah..
tak tahu apa yang akan jadi, dah tak ingat apa yang sudah terjadi, dan tak tahu apa yang sedang terjadi. sebab aku bukan MAHA MELIHAT. tetapi DIA yang memberikan perasaan ini YANG MAHA MELIHAT.

DIA mengetahui setiap sesuatu.
sungguh, langit tidak selalunya cerah..
mungkin kerana kekhilafan aku, perasaan tu bertukar menjadi hambar dan lesu.
aku tak suka mengongkong atau merimaskan
tetapi manusia memang selalu alpa..
bila diberi nikmat kebahagiaan, jadi terlupa kebahagiaan juga suatu ujian...

jangan mudah mengalah sekiranya kau menyayangi apa yang diberikan olehNYA ini.
jangan mudah mengalah untuk menyelesaikannya secara perlahan-lahan.
insyaALLAH, memang permulaan mungkin berliku, tapi penghujungnya akan mudah terurus.

No comments: