PENGIKUT

Monday

IKUT SUKA I

oleh kerana blog ni takde tema..jadi ikut suka lah aku nak hupdate pasal ape kan.
tapi masalah terbesar sekarang, aku tak tahu nak hupdate pasal apa.
bukan bermaksud aku tak tahu perkembangan dunia semasa. aku tahu je pasal xcident yang jadi semalam 10.10.10. aku tahulah. jangan lah cakap blog aku ni ketinggalan zaman. tak semestinya semua blog nak kene hupdate pasal xcident tu kan. jadi biar sorang je cite pasal tu yang lain tak yah lah. well, kalau kau nak gak jangan nak sibuk2 libatkan blog aku ni. habis dah luah perasaan tak puas hati.
***********************************************************************************

dr fadzillah kamsah pernah cakap. (ini fakta yang benar) kalau kita tengok seseorang tu lepastu terus macam tersuka kan.. ada 99% berkemungkinan dia pun tengok kita mempunyai perasaan yang sama. maksudnya macam ni, bila kau tengok dia kau suka, dia pun tengok kau dia suka jugak. ha, macam tu lah lebih kurang maksud dia. dan kalau kau tak suka bila tgk dia ada kemungkinan orang tu pun tak suka tengok kau.

jadi, kalau macam aku tengah suka seseorang, 99% orang tu pun suka kat aku lah kan?
dan kalau aku gelisah sebab orang tu, ada kemungkinan dia pun punya perasaan yang sama lah kan?

ada lagi satu fakta yang aku tak tahu betul ke tidak.. tapi aku lebih suka dengan perkataan betul sebab.. fakta nya berbunyi begini

kalau kita mimpikan orang tu, berkemungkinan sebelum tidur orang tu sedang ingat kat kita.. wah2!! siapa yang tak nak kan?? lagi2 kalau aku mimpikan dia, maksudnya sebelum tidur dia tengah ingat kat aku lah?? hooooorrreeeeyyyy!!! dah2 tak payah nak suka sakkan. fakta ni tatau betul ke tak. jadi mari berduka. berduka?? apekah?

maaf lah, sejak akhir-akhir ni emosi tidak stabil. menyukai sesuatu yang tak tahu milik kita atau tak. menyukai sesuatu yang tak tahu akan disukai atau tak. menyukai sesuatu yang tak tahu sesuatu itu sudah ada yang disukai atau tak. menyukai sesuatu yang tak tahu sesuatu itu sudah menyukai sesuatu yang lain atau tak. penat. lelah.

gelisah kan sesuatu yang tak tahu kegelisahan ini berbaloi atau tak. gelisah kan sesuatu yang tak tahu kegelisahan ini dirasai atau tak. gelisahkan sesuatu yang tak tahu akan di ketahui atau tak. gelisahkan sesuatu yang tak tahu akan jadi kenyataan atau tak. impian. angan-angan. akan terjadikah?

ada yang suruh buat cara ekstrim ada yang suruh buat sedang2 je ada yang suruh pelan-pelan kayuh. semuanya ada risiko dan kelebihan tersendiri. jadi aku pilih yang pelan-pelan kayuh. tak kisahlah lambat janji selamat. takde gelojoh. tak ekstrim. walaupun risikonya adalah kehilangan, walaupun masih tak bersedia dengan perkataan redha. ikhlas. aku tahu satu hari nanti kalau terjadi aku akan redha. ikhlas. sebab dah biasa dah. sejak lima tahun lepas aku berhadapan dengan kehilangan.

aku dah cakap, kalau kali ni aku pilih. pilihan itu hanya itu. takde yang kedua takde yang ketiga. pilihan yang dipilih itu hanya itu sampai akhirat. tak mampu hadapi kehilangan. perpisahan. ada masa 2 tahun secara realitinya, secara diluar pengetahuan tak tahu. mungkin esok akan berlaku kehilangan. perpisahan. penat. lelah. semua dalam satu.

oleh sebab punya alasan yang konkrit, pilihan tu kene tepat sebelum mulakan langkah. bila dah mulakan langkah aku tak nak sesuatu yang lain dah. hanya itu. hanya dia. apa pun yang jadi hanya dia. tapi, apakah DIA redha akan dia untuk aku? apakah DIA takdirkan dia untuk aku dalam qada' dan qadarnya?

1 comment:

dd said...

bila kita dah kehilangan sesuatu yang beharga pada kita baru kita akan sedar apa yang kita hilang itu sesuatu yang sangat berharga.

sakit bercinta tu bukan sakit biasa2. bekorban untuk cinta tu, bkn korbankan benda yang biasa2.

fikir sebelum memulakan langkah. kalau dia ko pilih, aku sokong dr belakang sebagai seorang sahabat. klau lain ko pilih, aku tetap sokong ko.

ingat! ko layak untuk dapatkan yang terbaik dalam hidup ko. pilih yang terbaik!